Orkedmenulis
Kesilapan tiga tahun lalu membuatkan dia hidup dalam penyesalan. Demi sebuah kemaafan, Hanan datang kembali dalam kehidupan lelaki itu.
"Boleh tak abang bagi peluang untuk Hanan perbaiki semuanya? Hanan janji Hanan tak akan sia-siakan abang lagi."
"Bila saya cakap saya dah lupakan semuanya, saya betul-betul maksudkannya."
Bukan mudah untuk Hanan tawan kembali hati bekas suaminya itu. Ditambah pula dengan kehadiran Balqis.
"Kalau abang tak nak bagi Hanan peluang, boleh tak abang izinkan Hanan untuk terus cintakan abang?"
"Terpulang pada awak. Tapi jangan salahkan saya kalau awak terluka. Awak sendiri yang memilih untuk menggenggam duri. Jadi jangan terkejut kalau tangan awak berdarah."
Masihkah ada peluang kedua untuk Hanan perbaiki semuanya? Atau tiada lagi pintu kemaafan buatnya?
Untuk sekali lagi... Hanan mahu tebus segala kesilapannya.