Fav reading
49 stories
My Mr. Chef ❤{Completed}  by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 1,700,206
  • WpVote
    Votes 61,059
  • WpPart
    Parts 81
Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang penting anak bukan bapak! Takkanlah si Wulan yang jelitawan inginkan suami yang sudah tua bangka? Tak ada kelas namanya! Namun, impiannya itu menyimpang jauh tatkala dia menjejakkan kaki ke Restoran Pasta Delight. Dia yang tidak pernah sekalipun jatuh cinta akhirnya terkena panahan cinta pada chef Raykal Hazizi. Seorang chef yang sangat segak dan penuh dengan karisma. Pelbagai cara yang Wulan lakukan demi untuk merebut hati chef idamannya tu walaupun acap kali dimaki hamun oleh si chef. Dia tabah. Katanya demi my chef... "Nama pun tak boleh nak tahu ke? Kedekutlah chef ni." "Tak ada sebab untuk cik nak tahu nama saya. Saya bukannya kenal dengan cik pun." "Siapa kata tak ada sebab?" Mata mereka saling berlaga. "Sebabnya awak tu bakal suami saya." Raykal merengus kasar. Kucar kacir hidupnya bila perempuan gila itu tiba-tiba muncul. Semua serba tak kena dia rasakan. Dia yang sememangnya terkenal dengan hati batu berubah menjadi lelaki yang paling sweet untuk cik bulan dia. "Aku mencintai kau kerana gigihnya usaha kau untuk mendapatkan aku. Sudikah kau jadi makmum aku buat selamanya?" Lamaran Raykal diterima tanpa berfikir panjang. Sungguhlah usaha dia selama ini tidak sia-sia. Gedik dia pun berjaya juga tundukkan chef hati batu itu. Kehidupan berumah tangga memang indah. Lebih-lebih hidup bersama orang yang dicintai. Namun, tidak semuanya menjanjikan kebahagiaan. Ujian tetap melanda walau utuhnya cinta antara mereka. Pelbagai cara yang Wulan gunakan demi menyelamatkan hubungannya bersama si suami daripada perempuan di luar sana. Termasuklah meminta tips hamil dengan kadar segera pada Dania, sepupu Raykal yang juga merupakan seorang doktor.
L E Y L A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 212,257
  • WpVote
    Votes 12,554
  • WpPart
    Parts 22
[ONGOING] Leyla Amani Sendirian, seperti bunga elderberry Sendirian, melintasi hutan tanpa teman di sisi Sendirian, menyalakan tanglung dan menunggu seseorang untuk menyelamatkan diri Sendirian, menyalakan bunga mawar malam di atas buku menggarap kisah berantakan diri alami Sendirian, tetap kekal seperti awan lama yang tidak berarak Jejaka Bermata Helang Setiap penglihatan tentang keindahan akan lenyap Setiap perkataan yang manis akan memudar Namun, janganlah kau berputus asa Karena mereka semua datang dari sumber yang sama-dari Keabadian. Masukilah Keabadian itu, maka kau akan melihat segala sesuatu tumbuh dan berkembang Memberi hidup baru dan kegembiraan baru bagimu Mereka banyak menggunakan bahasa metaforik dan ungkapan yang tidak keluar dari bahasa pengetahuan sehingga membuatkan diri terbuai sesaat memasuki wilayah pengalaman dan mencium semerbak wewangian dunia lain. Leyla merenung lama terfikirkan sesuatu - Ada ratusan pesan dari Tuhan di setiap momen yang kita alami. Mungkin si jejaka bermata helang adalah si dia yang ditunggu selama ini untuk mencerahkan kerohanian diri 🍁🍁🍁
Mr. Mafia & Mrs. Psychiatric by Liylyrse
Liylyrse
  • WpView
    Reads 195,139
  • WpVote
    Votes 3,908
  • WpPart
    Parts 13
[ U N P U B L I S H F O R E D I T E D ] [ O N - G O I N G ] [ S L O W U P D A T E ! ] Darren Vincenzo, hanya kerana butakan cinta dirinya sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada wanita yang dicintanya. Walaupun terpaksa membunuh, Darren Vincenzo sanggup untuk mengotorkan tangan demi mendapatkan hak miliknya. Tiada siapa yang boleh menghalang dirinya, sehinggalah wanita itu jatuh ke tangannya. "Persetankanlah semuanya ! Yang aku tahu, aku nak dia balik dengan cara apa sekalipun ! Siapa yang halang aku, memang mampus aku kerjakan ! Aku tak kisahkan semua itu. Aku cuma nakkan dia" - DARREN VINCENZO "Gila, awak sedar tak apa yang awak buat sekarang ni ? Awak merosakkan rumah tangga saya, Darren !" - HANA AUDRIA Kegilaan Darren mengacau bilaukan rumah tangga Hana Audria berakhir tragis apabila kesalahan yang dilakukan nya berat dan atas sebab tertentu dirinya terpaksa merempat di penjara gila buatan nya sendiri. Siapa saja yang dapat terima kenyataan dia sememangnya sudah kurang siuman ? Orang gila pun tidak mengaku dirinya gila. "Saya Annastasia Denver, doktor pakar psychiatric yang akan merawat awak sepanjang saya bekerja di sini. Saya akan bertanggungjawab atas kesembuhan awak, Darren. Saya cuma nak awak sembuh dan bebas dari sini." - ANNASTASIA DENVER Kehadiran Annastasia sedikit sebanyak mengubah kehidupannya. Sebengis bengis dirinya, kehadiran Annastasia serba sedikit membina taman di hatinya. Namun entah mengapa, disebalik kebaikan yang diberi ada rahsia yang terbuka mengundang dendam dalam diri Darren kepada Annastasia. Rahsia 17 tahun yang lalu mengubah persepsi Darren terhadap Annastasia. Dendam yang terkubur akibat kematian ibu dan adik perempuannya kembali bangkit semula. Apakah kesudahannya ? Dimanakah taman yang baru dibina di hatinya kini ? Sudah musnah atau masih dibina ? "if the hurt comes, so will the happiness" - be patient
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 840,066
  • WpVote
    Votes 28,057
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)
HANI : First LOVE Never Returned by RoselyzCaeWill
RoselyzCaeWill
  • WpView
    Reads 4,113
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 33
LEE RUO LAN Ataupun di dalam industri hiburan tanah air,orang sering menggelarnya sebagai Hani Lee.Jiwanya yang kental selepas kehilangan orang tuanya banyak mengajar Hani Lee untuk terus maju ke hadapan dengan menjadi seorang model terkenal serta berusaha membahagikan masa sebagai pewaris MR LEE Corporation.Namun bila salah satu pengarang jiwanya mulai hilang.. "Hani..I'm sorry.Qal tak rasa Qal dapat teruskan hubungan kita selama ni.Qal harap Hani dapat cari orang yang lebih baik daripada Qal" - Raiqal Rashdan.. Mampukah Hani terus berdiri di kaki sendiri? "Percaya? How can I trust you? Raiqal,Qal pernah janji dengan Hani untuk setia di sisi Hani.You have make a swear to me.What happen to you?" - Hani Lee Di saat dia sudah mulai lali dengan taburan janji untuk hidup bersama lima tahun lalu,kini terlalu banyak benda yang dia harus hadapi.Aturan jodoh tidak pernah lekang daripada bibir Sara Fua bila Hani mulai rasa pasrah dengan takdir. Dia mengalah.Jiwanya bukan untuk pengaruh yang kuat seperti Adrian,bukannya penyabar seperti Zain,bukan sesetia seperti Owen..dan juga bukan untuk yang bermulut manis lelaki misteri.Bukan itu yang membuatkan hatinya jatuh tunduk untuk menyanyangi lelaki tetapi HATI YANG IKHLAS. "Kalau aku kata yang hidup aku cuma untuk keluarga aku.Kau percaya?" - Damien Zhen Mo "Percaya" - Hani Lee "Kenapa?" -Damien Zhen Mo "Sebab awak setia dengan mereka sampaikan awak tak sanggup nak cari pengganti seperti dia.." - Hani Lee
MEI LIN by cerpenathebrokensoul
cerpenathebrokensoul
  • WpView
    Reads 9,279
  • WpVote
    Votes 407
  • WpPart
    Parts 33
Kisah hidup seorang Mei Lin @ Maryam Mei Lin tahu apa yang diingini hatinya, dia tidak menolak kebenaran itu, sejak kecil rasa ingin tahu mengheretnya untuk terus mencari sehingga usianya 18 tahun, dia terus nekad memeluk islam. Namun tragedi yang besar berlaku didalam keluarganya. 13 Mei 1969 tarikh itu menyaksikan kehilangan orang yang dia kasihi yang mengubah perspektif keluarganya terhadap orang melayu, menyebabkan kehilangan yang lebih besar, dia dibuang keluarga dan hilang kewarasan, hilang peluang ke universiti iaitu cita-citanya dari kecil dan hilang Hassan, pujaan hatinya. Namun yang Maha Kuasa punya perancangan yang lebih baik, dia tidak membiarkan hambanya tergapai-gapai hanyut, Zain hadir dalam hidup Mei Lin, Pemuda melayu yang boleh dikategorikan sebagai bujang terlajak itu menjadi penyelamatnya. Saling melengkapi, keluarga kecil Mei Lin @ Maryam dan Zain dianugerahkan Mysara dan Jefri. Kisah Mei Lin ini menyelusuri sejarah Malaysia selepas tragedi 13 Mei dan kisah-kisah kelompok kecil didalam masyarakat yang mahukan perpaduan dan perubahan kearah Malaysia yang lebih jaya.
S A R A H ✔ by ZacharyMatthewBackup
ZacharyMatthewBackup
  • WpView
    Reads 1,077,572
  • WpVote
    Votes 19,868
  • WpPart
    Parts 42
Mula: 20/11/2018 Tamat: 11/01/2019 Sarah Benjamin di usia 16 tahun terpaksa membatalkan niatnya untuk menyambung belajar. Dalam sekelip mata dia kehilangan semua ahli keluarganya dalam kebakaran rumah. Dalam usia yang muda, dia terpaksa berdikari untuk mencari duit. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, agak sukar bagi dia untuk mencari kerja. Satu hari dia ditawar menjadi gadis pemuas nafsu di usia 18 tahun. Dia terima tawaran kerja itu. Dia menjadi gadis pemuas nafsu VIP. Di usia 19 tahun dia dibeli oleh seorang mafia. Dengan kuasa yang ada pada mafia itu dia tekad untuk mencari pembunuh keluarganya. Dapatkah dia mencari pembunuh itu?
Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit) by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 476,664
  • WpVote
    Votes 3,404
  • WpPart
    Parts 11
BIG BOSS INEED YOU! BLURB: "Marry me." Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila. Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big boss di kilang tempat dia bekerja! "Tuan Adriy!" - Awaanis "Jom." - Adriy "Jom apa?" - Awaanis "Jumpa ayah awak." - Adriy Adriy terus mendesak. Awaanis pula curiga. Big boss ajak minah kilang sepertinya berkahwin, tentulah mencurigakan! Bagi Adriy pula, apa saja permintaan datuknya, pasti dipenuhi. Walaupun diminta bernikah dengan cucu saudara lelaki tua yang baru ditemuinya itu. Dia punya motif tersendiri. "Please help me..." "Then, will you marry me?" Demi bapanya, Awaanis terpaksa merelakan pernikahan terjadi antara mereka. Mengenali Adriy, banyak derita yang sebenarnya dipendam oleh suaminya itu. Mampukah Awaanis menyusuri jiwa sunyi lelaki itu? Mell Mariann ***** All right reserved. All ideas are originally from the author. Any part of this story cannot be reproduced or redistributed in any form without permission. Plagiarism is a big offence and strictly prohibited. Charge will be taken if occurs. Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis. Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin. Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku. ® All right reserved
You Are My Life! (E-BOOK) by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,543,605
  • WpVote
    Votes 12,888
  • WpPart
    Parts 18
Siri pertama. Hottest Romance Award 2018. "Camne pengalaman malam pertama kau dengan aku? Mesti kau nak lagi erk? "-Tengku Fazril. "Aku tak nak mengandungkan anak pembunuh!"-Putri Risha. Menjadi igauan para lelaki di luar sana, bukan kehendaknya.Ditangkap basah bersama seorang lelaki yang cukup pakej, bukan kehendaknya juga. Lelaki yang pernah bergelar bekas kekasihnya kini menjadi suami atas satu sebab. Adakah kebetulan atau disengajakan? "Kau dengan Fazril dah putus! Asal kau ganggu hubungan kitorang lagi hah?! "-Nur Farah. "Risha, bagi Haikal peluang untuk buktikan yang Haikal jauh lebih baik daripada dia. "-Tengku Haikal. Apakah nasib mereka berempat? Mampukah Putri Risha hidup bersama dengan seorang lelaki yang dianggapnya seorang pembunuh? Ingatkan Tengku Fazril tu orang biasa saja rupanya dia mempunyai pengaruh terlalu luas di serata dunia. Persoalannya, mampukah Putri Risha hidup bersama seorang pembunuh yang bergelar ketua mafia? Wajib ke Mafia jadi jahat seperti yang difikirkan oleh semua orang? "Lu nak mati?" - Tengku Fazril.
A Reason To Stay by Eunnie00
Eunnie00
  • WpView
    Reads 79,985
  • WpVote
    Votes 5,680
  • WpPart
    Parts 30
status:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.