Love
3 stories
KERANA TERPAKSA ...AKU RELAKAN by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 15,974
  • WpVote
    Votes 300
  • WpPart
    Parts 5
Karya ke-3 Umie Nadzimah Kerana Terpaksa...Aku Relakan Karyaseni Adaptasi : Slot Akasia , TV3 ,2014 SINOPSIS Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Di hari pernikahan, dia hilang ayah,hilang saudara malah tunangnya juga turut dirampas. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis paling malang , sebatang kara dan tidak punya apa-apa. Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayangi apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan , Indah Halina mendapat tempat teristimewa di hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo Dato’ Safiyalah bermulanya kisah cinta dongeng antara Indah Halina gadis kampong yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segala. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah pabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa… Akhirnya Tajul Razin seolah-olah tidak sudi lagi… Indah Halina : Dirinya umpama seekor pipit di hutan, yang lansung tiada istimewa sedangkan si dia merak kayangan …manakan mungkin terbang beriringan… Tajul Razin : Sungguh dia tidak tega untuk melepaskan segalanya…hanya kerana terpaksa, dia merelakan… Namun kuasa Tuhan mengatasi segala perancangan manusia… apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,920
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb