XIX ialah sebuah projek kejuruteraan bio yang menggunakan manusia sebagai bahan ujikaji untuk mencipta superhuman. Superhuman yang dicipta akan dijual kepada kerajaan yang berminat untuk membelinya.
Orange pula merupakan seorang pembunuh upahan yang dibayar untuk menangkap manusia yang berpotensi untuk dijadikan superhuman.
Namun Orange cuba mencari misteri yang berada dalam XIX. Dia cuba mencari identiti dan memori asalnya.
Adakah dia juga bahan kajian XIX?
Mengisahkan seorang pembunuh upahan yang mempunyai kuasa untuk mencipta pelbagai benda yang terdiri daripada pelbagai unsur logam.
Dia telah menyertai satu organisasi selepas dirinya menjadi bahan eksperimen mereka. Bersama dengan rakan sepasukannya,mereka telah menggegarkan satu dunia dengan aktiviti mereka.
Black Rider tersenarai dalam orang yang dikehendaki dunia.
Walaupun yang sebenarnya dia bukanlah penjahat.
"Kematian Dalam Seribu Kehendak Maut"
#BlackRider