nasha2711
- Reads 213
- Votes 17
- Parts 17
Dikhianati kekasih dan sahabat baik sendiri, dunia Daria hancur sekelip mata. Saat dia hampir putus asa, muncul seorang lelaki asing bernama Ghaz dengan tawaran gila, "Kahwin dengan aku."
Tanpa cinta, tanpa rasa, hanya perjanjian.
Daria setuju, tapi dengan syarat, Ghaz mesti tolong dia balas dendam.
Namun, hidup sebagai isteri Ghaz jauh berbeza daripada yang disangka. Ghaz terlalu melindungi, terlalu mengawal... malah terlalu obses. Apa sahaja yang Daria buat, ke mana sahaja dia pergi, Ghaz sentiasa ada.
Segalanya jadi lebih rumit bila musuh lama muncul kembali: bekas tunang Ghaz, bekas kekasih Daria, dan bekas sahabat yang khianat, semua berpakat untuk hancurkan Daria.
Tapi satu rahsia akhirnya terbongkar... Daria sebenarnya perempuan yang Ghaz cari selama ini.
Dan obsesinya bukan sekadar cinta, ia sudah jadi ketagihan.
Adakah Daria akan bahagia dengan Ghaz? Atau mereka hanya sebatas "perjanjian"?