Nursyafiqahsyaf9's Reading List
198 stories
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 44,410
  • WpVote
    Votes 2,869
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 319,010
  • WpVote
    Votes 12,606
  • WpPart
    Parts 66
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
Rayyan's Cinta (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 485,141
  • WpVote
    Votes 10,302
  • WpPart
    Parts 77
//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, pernikahan MELISA masih diteruskan tetapi bersama pengantin lelaki yang lain. "Mateen this, Mateen that. Fuck him. He's dead! 7 feets deep down this fucking ground! Memang hidup kau berpaksi pada Mateen je ke? Daripada dulu, memang Mateen yang kau cari. Entah apa hebat dia, aku pun tak tahu" "Nak saya bawa cermin ke depan awak? Banding diri tu sendiri dengan Mateen" ujar Melisa. ... Sikap tidak ambil peduli RAYYAN terhadap MELISA sedikit sebanyak meluluhkan hati seorang wanita yang mendambakan kasih sayang seorang suami setelah dibuang oleh bapa kandungnya sendiri. Masih mampukah MELISA bertahan dengan perkahwinan yang hanya tertulis di atas kertas? Apa rahsia yang disimpan sebalik perkahwinan mereka? ... Playlist Rayyan's Cinta: 1. Masing Masing by Ernie Zakri 2. Satu Shaf dibelakangku by Arvian Dwi 3. Yang Terindah by Daqmie Highest rankings #2 novelmelayu #1 cinta #10 romance-friendship #1 wattpadmalay ... Author's note Enjoy reading yaaaaa ❤️ jangan lupa vote dan boleh komen untuk memeriahkan suasanooo
REVAMP | SHADOW WAVE : MISSION ALPHA by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 9,416
  • WpVote
    Votes 336
  • WpPart
    Parts 4
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
Kasyaf by Lovaleon
Lovaleon
  • WpView
    Reads 9,571
  • WpVote
    Votes 755
  • WpPart
    Parts 34
KASYAF ADRIAN, nama seindah rupa. Berbadan kekar, berwajah kacak dan berkulit tan, sudah tentu dia akan menjadi jejaka idaman dara bukan? Namun takdir berkata lain, asbab dia berpenyakit mental iaitu BPD, gelaran 'gila', kejian dan cacian sememangnya sudah sebati dalam hidup. Selepas ibu bapanya meninggal dunia di usia Kasyaf yang sangat muda, dia terpaksa bertahan hidup demi arwah ibu ayah dan Mak Som. Dia benar-benar kehilangan separuh jiwanya, paranoia menghantuinya sehingga pemergian Mak Som menghancurkan sisa akal warasnya. Ubat bukan lagi penawar, namun kali ini dia menemui 'penawar' sesungguhnya. SENJA MARIA, hanya sebab berkulit putih pucat dan berambut panjang, terus saja dicop 'langsuir' oleh para gadis di kampung itu. Iri dengki yang menguasai diri kerana kecantikan Maria yang tiada tandingan membawanya ke berbagai fitnah yang sedikit sebanyak meretakkan hati namun dia cuba cekalkan diri. Pertemuan pertama mereka mencetuskan sesuatu di dalam hati lelaki itu. Cinta lelaki itu bukanlah biasa, malah jauh lebih gelap dari apa yang disangka. Namun, hal itu diketahui oleh DANIAL TAHRIM, lelaki yang akan menggunakan segala cara untuk miliki Maria. Obsesi dan paranoia bersatu, segala cara untuk mendapatkan Maria harus dia lakukan, dia mahukan 'penawarnya'! "Salah ke lelaki gila macam aku ni untuk jatuh cinta?" - KASYAF ADRIAN "Awak tak gila, awak cuma sakit..." - SENJA MARIA Adakah Kasyaf dapat merampas Maria daripada lelaki itu? Atau kalah di tangan Danial yang berkuasa? AMARAN ⚠ ⚠︎ Bacaan matang (16+) ⚠︎ Cringe/cliche ⚠︎ Kesalahan tatabahasa/error grammar 𝑨𝒖𝒕𝒉𝒐𝒓'𝒔 𝒏𝒐𝒕𝒆 📝: 𝑃𝑙𝑒𝑎𝑠𝑒 𝑑𝑜 𝑛𝑜𝑡 𝑝𝑙𝑎𝑔𝑖𝑎𝑟𝑖𝑧𝑒 𝑚𝑦 𝑠𝑡𝑜𝑟𝑦. 𝐴𝑛𝑦 𝑓𝑜𝑟𝑚 𝑜𝑓 𝑐𝑜𝑝𝑦𝑖𝑛𝑔 𝑖𝑠 𝑛𝑜𝑡 𝑎𝑐𝑐𝑒𝑝𝑡𝑎𝑏𝑙𝑒!
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 310,860
  • WpVote
    Votes 13,486
  • WpPart
    Parts 48
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧  by lostlynad_
lostlynad_
  • WpView
    Reads 40,306
  • WpVote
    Votes 1,332
  • WpPart
    Parts 43
𝓓𝓻𝓪𝔂𝓮𝓷 𝓔𝓷𝓷𝓲𝓸 - 𝓣𝓱𝓮𝓸𝓷𝓪 𝓕𝓮𝓵𝓭𝓸𝓻𝓪 Drayen Ennio seorang lelaki kejam yang berasal dari Itali . Dia merosakkan seorang wanita yang bernama Theona Feldora , kerana dendam . Selepas dendam nya tercapai , dia bertanggung jawab atas tindakan kejamnya . Namun segalanya menjadi sukar apabila , dia tersedar bahawa tindakannya membuatkan isterinya itu , mengalami kemurungan , dan trauma yang besar. Drayen mula bersumpah , terhadap wanita itu , yang dia akan berubah dan mahu membuktikan bahawa dia mampu menyembuhkan segala trauma yang dihadapi isterinya . "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝑫𝒓𝒂𝒚𝒆𝒏 ." - 𝐓𝐇𝐄𝐎𝐍𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐎𝐑𝐀 - "𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 , 𝒎𝒚 𝒍𝒂𝒅𝒚 . 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 , 𝒊'𝒎 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 , 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 , 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 ." - 𝐃𝐑𝐀𝐘𝐄𝐍 𝐄𝐍𝐍𝐈𝐎 - Adakah Drayen mampu bersabar untuk memulihkan segala trauma Theona , atau Drayen hanya menenangkan Theona dengan mulut manisnya kerana terpaksa sahaja ? KARYA : 1 GENRE : Darkromance | Thriller 🔞⚠️
silence of love (SLOW UPDATE) by Isyahs
Isyahs
  • WpView
    Reads 1,974
  • WpVote
    Votes 91
  • WpPart
    Parts 20
Falling in love in silence. Perkara yang semua orang selalu buat. Menyukai seseorang itu dalam diam sehingga menyakitkan diri sendiri. Apatah lagi jika orang itu kawan baik sendiri. Namun, lebih sakit lagi jika didapati bahawa orang yang kita suka itu akan berkahwin dengan orang lain bila kita baru saja balik semula ke tanah air. Malah, dijemput sekali untuk datang ke majlis perkahwinan mereka. "Kau nak kahwin? With whom? Kenapa kau tak bagitahu aku dari awal?" - Tengku Alfaiz Zhuir "Aku mula nak bagi surprise dekat kau, tak sangka pula mama aku dah bagitahu." - Alyyzah Zhaina "I see. Hope you happy with your soon to be husband." -Tengku Alfaiz Zhuir. Alyyzah sedang bahagia bersama si suami sementara Tengku Alfaiz memerhati si gadis dari jauh. Sehinggalah dia tidak dapat lagi menahan dirinya, dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Malah, Alyyzah itu hanya mengikuti perancangan Tengku Alfaiz. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa, tetapi bila berada dengan si jejaka itu, dia berasa.... Tenang . Selesa . Suka . Tetapi, ada satu ungkapan yang Tengku Alfaiz Zhuir rahsiakan. Jika dia memberitahu ungkapan itu, maka hancur lah si gadis dan keluarga nya itu.
My mischievous princess   |Completed| by _urmyraa
_urmyraa
  • WpView
    Reads 46,917
  • WpVote
    Votes 2,591
  • WpPart
    Parts 39
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 383,026
  • WpVote
    Votes 13,815
  • WpPart
    Parts 47
[1st story] RAYYAN ADYAN x NAYLA ALEENA Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" HARITH "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." RAYYAN ADYAN Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." Rayyan Adyan Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?