We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Best story
117 stories
CEMPAKA SARI by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 9,332
  • WpVote
    Votes 2,147
  • WpPart
    Parts 61
BLURB Cempaka Sari - Perkahwinan bukanlah sesuatu yang pernah ada dalam kamus hidupnya. Dia tidak kisah untuk hidup sendiri, meskipun sunyi tanpa teman. Baginya, itu sudah cukup membahagiakan. Elhasiq - Seorang lelaki yang serius, tenang, dan lebih selesa memerhati daripada berkata-kata. Perkahwinan juga bukan keutamaannya ketika dia sedang membina kerjaya. Namun takdir menemukan mereka dalam satu ruang yang tidak pernah dirancang. Sari, seorang yang tegas dan bukan juga wanita yang mudah didekati. Bagi Elhasiq, setiap perbualan dengannya seperti masuk ke dalam ruang sunyi - tiada bicara sia-sia, tiada perbualan kosong, tiada senyuman, jauh sekali gelak ketawa. Semuanya berubah apabila Elhasiq membuat satu tawaran yang tidak terlintas di fikirannya iaitu sebuah perkahwinan. Tanpa cinta. Tanpa janji manis. Dan tanpa perlu fikir panjang, Sari terus menolak. Namun, Elhasiq berdegil. "Baik. Saya setuju kita nikah. Tapi, akad nikah mesti di pejabat agama, pada hari bekerja.. petang selepas waktu lunch." "Tak pernah dibuat orang, Sari." "Tak apalah. Biar saya yang buat dulu." "Sari..." "Segalanya awak urus sendiri dari A hingga Z. Saya tak nak ambil tahu langsung!" Mampukah sebuah perkahwinan yang bermula tanpa rasa cinta dan sayang kedua-duanya, menjadi sesuatu yang bertahan? Dan mampukah Elhasiq menghadapi Sari yang tidak pernah mudah dijangka? Tarikh mula :
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 325,392
  • WpVote
    Votes 27,600
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
57. The Leather And Lies by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 522
  • WpVote
    Votes 122
  • WpPart
    Parts 8
Caleb Blackwood merupakan bad boy popular di kampus mereka. Tipikal remaja kolej yang masih di puncaknya. Tambah-tambah lagi kalau yang popular ni budak bermasalah dan suka buat hal ikut suka sendiri macam dunia ni dia yang punya. Semua orang di Oak Creek High kenal siapa 'Ice' Blackwood ni. Suka berparti, skip kelas dan kuliah. Tugasan pun dia bayar orang suruh buatkan. Bekas teman wanita tidak terhitung kerana begitu ramai yang jadi teman wanitanya setiap seminggu. Tapi tidak kekal lama. Sebolehnya semua di situ enggan libatkan diri dengan lelaki tersebut kerana mereka tahu apa akibatnya jika mereka bertembung laluan dengannya. Sehinggalah muncul seorang pelajar baru. Danna Winter. Gadis baru yang berpindah ke situ atas urusan keluarga. Seorang gadis yang bersahaja. Maka pertembungan di antara dua karakter yang seakan minyak dan air ini berlaku. Hanya gara-gara kopi tertumpah pada pakaiannya, dan pertukaran jaket leather, kisah si jejak Ice yang tidak suka berkongsi dan gadis yang tidak peduli menjadi cerita popular di kampus mereka. Tapi selepas penipuan yang terdedah, adakah dua insan dari dunia berbeza ni dapat bersama hingga akhir cerita atau hanya berhenti di tengah jalan? Mula Julai 2026
Swipe Right (+18) by nova_amarylis
nova_amarylis
  • WpView
    Reads 554
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 21
It is start with a bad day! Nia one swipe dekat apps Zumi change everything! And then muncul Fizi. Seorang arkitek yang tenang, matang, dan berbeza daripada lelaki yang pernah dia kenal. Perbualan yang bermula dengan soalan biasa seperti "Dah makan?" perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang Nia tunggu setiap hari. Tanpa sedar, seseorang yang pada awalnya hanya sekadar nama di skrin mula menjadi sebahagian daripada rutin hidupnya. Tapi kadang-kadang, bertemu dengan orang yang tepat tidak semestinya bermakna semuanya akan menjadi mudah. Kerana ada perkara yang lebih rumit daripada sekadar perasaan. Ada masa. Ada luka lama. Dan ada hati yang masih belum bersedia untuk memilih. Swipe Right. Right Swipe, Wrong Time
Always, you... by EmbunKurnia
EmbunKurnia
  • WpView
    Reads 4,720
  • WpVote
    Votes 75
  • WpPart
    Parts 57
SINOPSIS Langit malam itu gelap pekat, seakan merestui perasaan yang berselirat dalam jiwa Khayra. Dalam genggaman erat stereng kereta, dia cuba menenangkan debar hatinya yang kian menggila. Danish, lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya dalam dua hari lagi, tiba-tiba menghilang tanpa sebarang penjelasan. Panggilan demi panggilan tidak berjawab, meninggalkan hanya kekosongan dan tanda tanya yang menghimpit. Namun, rahsia yang lebih besar sedang menanti. Sebuah rumah, sepucuk surat, dan satu keputusan yang merobek seluruh jiwanya-Danish memilih untuk pergi. Bukan sehari dua, bukan untuk mencari ruang, tetapi untuk meninggalkan segala-galanya. Ireland menjadi destinasinya, dan Khayra? Hanya ditinggalkan dengan nota perpisahan yang dingin dan penuh tanda tanya. Tapi tidak. Khayra tidak akan menyerah semudah itu. Tidak tanpa jawapan. Dengan langkah yang dipandu oleh emosi dan hati yang remuk, dia menjejaki lelaki itu hingga ke lapangan terbang. Namun, saat mata mereka bertemu di pintu pelepasan antarabangsa, jawapan yang dia harapkan bertukar menjadi luka yang lebih dalam. Apa yang membuat Danish berubah hati? Apa yang begitu besar hingga dia sanggup melarikan diri daripada sebuah ikatan yang sepatutnya menjadi titik bahagia? Adakah ini tentang dirinya... atau sesuatu yang lebih gelap sedang bersembunyi di balik keputusan Danish? Saat cincin tunang itu melayang jatuh ke lantai, Khayra yakin segalanya telah berakhir. Tetapi dia silap-kerana kisah mereka baru sahaja bermula. Sebuah kisah cinta yang bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi tentang rahsia, luka, dan takdir yang tidak terduga.
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 77,732
  • WpVote
    Votes 5,523
  • WpPart
    Parts 55
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
The Andez's Court    by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 19,446
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 1
[THE COURT'S 4] Semenjak hari itu, Tengku Andez hilang tanpa khabar berita. Pernah ditanya ke pusat pentadbiran universiti Tengku Andez tidak lagi menuntut disitu. Orang terdekat dari kerabat Tengku Andez, Tengku Zurin juga tidak tahu di mana keberadaan Tengku Andez. Tapi ada berita yang tidak seberapa sahih Isabella dapat dari bekas kawan-kawan Tengku Andez. Tengku Andez koma dan terlantar sakit di German... Malah ada juga khabar angin Tengku Andez melanjutkan pelajaran di UK dan telah pun bertunang dengan gadis German. Jika Tengku Andez sudah berjaya mencari kebahagiaannya sendiri, Isabella tumpang gembira. Tapi- jika Tengku Andez benar-benar koma dan sedang dirawat di German agak meresahkan fikiran Isabella. Koma? Lelaki itu koma sebab apa? Bila dan kenapa?
Beloved, Always by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 11,188
  • WpVote
    Votes 1,040
  • WpPart
    Parts 9
Darla Denara | Zachary Aiven Cinta hancur kerana orang ketiga? Itu kisah Darla. Dia cuma mahu bahagia tapi takdir yang berlaku tidak seiring dengan impiannya. Bila hati sudah hilang pertimbangan, Darla terima permainan yang dicipta Zach tanpa berfikir panjang. Sehingga pada suatu masa keputusannya perlahan-lahan menjerat diri sendiri. Dan yang paling parah, hatinya turut sama terjerat. Darla mula sedar satu perkara. Dia tidak patut berurusan dengan Zach. Kerana dia Zachary Avien. Lelaki paling bahaya! Bahaya untuk hati, jiwa dan fikirannya.
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 337,926
  • WpVote
    Votes 15,978
  • WpPart
    Parts 34
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.