Reading List
16 stories
D.I.R.I.D by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 4,693
  • WpVote
    Votes 238
  • WpPart
    Parts 23
Cubaan tiga beradik untuk menjodohkan along dengan jejaka bekerjaya pujaan kampung (dan merangkap seteru along). Kisah berkisar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam dan gelagat adik-beradik. Setiap satu mempunya fi'il yang unik yang membuatkan kehidupan mereka tiada apa-apa melainkan kebahagiaan dan sedikiiiit kemuraman. Along dengan pendirian tak mahu berkahwin, angah yang hilang dari radar, alang yang suka bergosip, achik yang hampir dibuli dan Daniel yang licik. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Fiksyen, Kekeluargaan, Kehidupan, Komedi, Remaja, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,347,917
  • WpVote
    Votes 63,614
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
Somnambulis (Tamat) by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 4,200
  • WpVote
    Votes 506
  • WpPart
    Parts 17
Kelopak baldu bara rindu mangsi merah nian nyawa gugur kelopak, mengalir mangsi kesumat lerai di hujung atma. Thea kerap dibayangi mimpi ngeri. Mimpi-mimpi yang suram, menggerunkan, kerap berulang dan sentiasa mendominasi lenanya. Enggan ditakluki mimpi-mimpi tersebut, Thea meluangkan waktu jaganya dengan menulis novel. Tersingkap Hijab Mimpi, bergenre thriller yang ditulis dinobatkan sebagai bestseller dan berjaya mendapat sambutan dalam kalangan pembaca. Namun, satu demi satu yang digarap Thea bertukar menjadi realiti yang menakutkan. Kematian demi kematian berlaku sama seperti apa yang ditulis Thea dalam novelnya. Dengan bantuan suami, Thea mula menyiasat sama ada mimpi-mimpi yang dialami sebelum ini memang sekadar mainan tidur ataupun sebenarnya titik mula yang membawa kepada suatu penemuan tidak terduga. Antara cinta belahan jiwa, kasih darah daging dan keakraban teman baik, ada sesuatu yang Thea perlu korbankan. Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali
RAHSIA DIA (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 19,200
  • WpVote
    Votes 444
  • WpPart
    Parts 99
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan ❗Nama watak, perwatakan, tempat, peristiwa adalah imaginasi penulis 100%. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati ❗Alur cerita mungkin boleh menyebabkan pembaca trauma atau triggered Mengisahkan Delisha (Del), seorang gadis biasa yang begitu meminati bidang penyiasatan. Dia bekerja di sebuah premis penyiasatan jenayah milik Tuan Hizril (Tuan Eril), seorang polis yang meninggalkan kerjaya selepas kematian isteri dan anak sulungnya. Delisha bersama Danish (Dany), Eziqil (Ez) dan Laith (Leo) menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang berlaku dengan tunjuk ajar daripada Tuan Hizril. Delisha yang merupakan satu-satunya bunga dalam pasukan, dilayan bagai adik bongsu di dalam kalangan ahli kumpulan. Danish, Eziqil dan Laith melayaninya ibarat tuan puteri. Begitu juga Tuan Hizril. Penubuhan kumpulan penyiasatan jenayah oleh Tuan Hizril ini, salah satunya adalah untuk mencari orang yang bertanggungjawab akan kematian isteri dan anak sulungnya. Selain itu, Tuan Hizril juga ingin mencari anak bongsunya yang sempat dilarikan oleh adiknya sebelum adiknya dibunuh kejam. Di setiap kes yang mereka cuba selesaikan, banyak perkara mereka belajar dan itu membuatkan hubungan di antara mereka lebih erat. Namun, terdapat satu rahsia yang tersimpan setiap antara mereka. Apakah rahsia itu? Dapatkah Tuan Hizril berjumpa semula dengan anak kandungnya yang entah hidup atau mati itu? Dapatkah mereka menyelesaikan satu-satu kes yang mendatang?
Kelam Semalam by saif_almasyriq
saif_almasyriq
  • WpView
    Reads 41,660
  • WpVote
    Votes 4,912
  • WpPart
    Parts 83
Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pilih, sama ada kita mahu menghampiri-Nya atau menjauhi-Nya. Membesar dalam bayangan kisah semalam menjadikan Aqil Zarfan seorang remaja yang bermasalah. Bicaranya kasar, gemar bersendirian dan sering melanggar peraturan sekolah. Anehnya, kerapkali kehadiran Zarfan mengingatkan Cikgu Fatih pada arwah pelajar kesayangannya dan Batch Lagenda. Walhal mengikut kiraannya mereka tiada pertalian. Umar... Seorang pemuda misteri yang tiba-tiba muncul dalam hidup Zarfan. Wajahnya yang sering ditutup dengan topi atau kaca mata itu membuatkan Zarfan tertanya-tanya. Lebih menghairankan lagi, dia rasa selamat setiap kali berada dekat dengan pemuda itu. Rahsia demi rahsia terbongkar membuatkan kekeliruan yang ada semakin kusut. Tatkala semua teka-teki telah dileraikan, Umar pula menghilangkan diri. Zarfan berduka, Cikgu Fatih menyalahkan diri dan Batch Lagenda diselubungi penyesalan yang tiada pengakhiran. Andainya kelam semalam terus menghantui mereka sehingga ke hari ini, bisakah mereka melihat sinar di hari esok? Mampukah Zarfan menerima Umar? Apakah Umar akan memaafkan Batch Lagenda? Adakah doa Cikgu Fatih akan dikabulkan? Semuanya terjawab di dalam Kelam Semalam...
Bayangan Pengkhianatan by _IZULL_
_IZULL_
  • WpView
    Reads 44
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 14
*Bayangan Pengkhianatan* mengisahkan perjalanan penuh cabaran dan keberanian Haris, Sofia, dan Faisal dalam membongkar rangkaian jenayah terancang yang dikepalai oleh Razlan, seorang penjenayah berbahaya. Kisah ini bermula dengan penipuan besar yang menimpa Haris, yang memulakan usahanya untuk membongkar kebenaran dan membela maruah dirinya. Sebagai penyiasat yang tidak kenal penat lelah, Haris bersama Sofia, seorang pakar keselamatan siber, dan Faisal, seorang wartawan penyiasatan, menghadapi pelbagai dugaan dan risiko dalam usaha mereka. Mereka terpaksa berdepan dengan ancaman dari Razlan dan kumpulannya, yang tidak akan berhenti untuk menghalang mereka daripada mendedahkan kebenaran. Dengan keberanian dan tekad, mereka berjaya membongkar sindiket jenayah *"Phoenix"*, yang merupakan pelanjut kepada rangkaian Razlan. Novel ini membawa pembaca melalui perjalanan penuh ketegangan, intrik, dan ketabahan, di mana kebenaran dan keadilan menjadi matlamat utama. *Bayangan Pengkhianatan* bukan sekadar cerita tentang penjenayah dan penyiasat, tetapi juga tentang keberanian untuk melawan kejahatan, kekuatan persahabatan, dan dedikasi untuk memastikan keadilan ditegakkan. Dalam menghadapi ancaman yang tidak pernah reda, mereka menunjukkan bahawa walaupun dalam kegelapan, ada cahaya yang membimbing kepada kebenaran dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.
Tetamu Tuhan 50 Hari by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 5,529
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 5
Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?
HUD 1 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,630
  • WpVote
    Votes 1,056
  • WpPart
    Parts 47
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025
Tanah Di Antara Dua Sungai by Nazrie_Karim15
Nazrie_Karim15
  • WpView
    Reads 3,900
  • WpVote
    Votes 456
  • WpPart
    Parts 14
TDADS - Terdampar di tanah asing pada zaman sebelum Masihi nyata menguji diri mereka. Segala yang dipelajari perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan nyawa kekal bersarung di jasad. Kala ini, pertimbangan wajar sangat dituntut. Ilmu yang dituntut, untuk peperiksaan atau kehidupan? "Arrghh..aku benci sejarah!" - Subky " Sudah! Sudah! Ini bukannya masa untuk kita bergaduh. Kalau kau menang, apa kau dapat? Kalau kau kalah, apa kau dapat? Tak dapat apa-apa kan? Jadi berhenti bergaduh okey!" - puteri "Kita nak makan apa sekarang ni, makan pasir?"- Syamim "Beta tak percaya! Tak mungkin kerajaan beta yang gah ini akan jatuh di tangan budak mentah tu. " "Tapi tuanku, ramalan saya tak pernah salah" - Tukang tilik Mereka ramai, tetapi itu bukan jaminan mereka semua akan kembali. Ada yang terus berkubur di sana tanpa nisan, tanpa nisan. Mampukah mereka untuk survival dalam dunia yang bukan sepatutnya mereka berada? Sebuah kisah berlatarbrlkangkan tamadun Mesopotamia...
Arjuna Dharmabakti 1: Melerai Sumpahan [BAKAL TERBIT] by Iqmalizzat_
Iqmalizzat_
  • WpView
    Reads 491
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 10
#InkfinityNovellaContest #INC2024 Dek kerana terancam dengan kelahirannya ke muka bumi, 'dunia gelap' dilanda keresahan dan huru-hara. Mereka mengerah seluruh kekuatan sihir semata-mata untuk menghancurkan 'ancaman' itu. Kota Jenggala turut menjadi sasaran, ditakluk dan dikuasai untuk menguat dan mengekalkan sebuah sumpahan yang telah dipateri. Arjuna menjadi yatim ketika masih memerlukan kasih sayang ibu bapa. Dia dihujani ujian dan penderitaan yang cukup berat. Dibuang dari negeri kelahiran sendiri sebelum diangkat menjadi anak asuhan Tok Guru Meor yang merupakan seorang pendekar sakti yang terkenal. Semangat juang dan ilmu kependekaran sakti dipupuk untuk menyediakan Arjuna supaya dapat menempuh liku-liku kehidupan yang penuh ranjau berduri. Sementelah, anak itu bukan sembarangan manusia yang menjadi asbab-musabab 'dunia gelap' berjuang untuk menghapuskannya.