All fantastic books
136 stories
My P.O.V by violetfasha
violetfasha
  • WpView
    Reads 54,179
  • WpVote
    Votes 4,557
  • WpPart
    Parts 196
Some beautiful words i guess...
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 54,955
  • WpVote
    Votes 7,264
  • WpPart
    Parts 29
BOOK #1 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 IRIS'Z BEST ACTION 2020 AWARD #1 STAR GALAXY AWARDS - DEIMOS ACTION ROMANCE AWARD #3 THE SUPERNOVA Bismillah Pemuda bernama Salman Firash ini melalui hari-harinya sebagai seorang pengedar dadah demi menikmati kesenangan hidup sejak melarikan diri dari rumah 8 tahun yang lalu. Dia dan Zack bergerak sebagai teman dalam melangsaikan setiap tugasan hinggalah pada suatu hari lelaki ini terjumpa seorang kanak-kanak tanpa nama. "Berhenti panggil aku ayah." - Salman Firash Hasrat Salman untuk meninggalkan kanak-kanak itu kian goyah apabila dia terus menganggap dirinya sebagai ayah. "Apa masalah kau? Ni anak kau ke? Ke anak hasil kau terlanjur dengan mana-mana betina?"-Zack Itulah persoalannya, dia tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan perempuan. Anak itu tiada pertalian darah dengannya. "Ayah. Adik cuka (suka) main buai." - Ahmad Hati itu pernah merasai hubungan akrab dengan seorang kanak-kanak hinggalah peristiwa gelap pada satu malam. Kini, dia dibelai lagi dengan sentuhan kanak-kanak yang terus membahasakan diri sebagai adik. "Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?" -Atiqah Najla "Kau tak faham? Kau akan mati kalau kau cuba keluar dari geng kita. Aku sayang kau, Man." - Zack "Just stop it. Jangan tunjuk sangat terhegeh-hegeh dekat Ain." - Farah Ain "Najla, kau rasa betul ke tindakan aku untuk luahkan hati aku pada dia?" - Aisyah Qomar Hijrahnya bukan kerana perempuan atau sesiapa. Hijrahnya kerana hati itu sudah muak mengejar kemewahan. Dia hanya mahu hidup seperti lelaki lain yang akan membina keluarga. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia punyai seorang anak yang menganggap diri itu sebagai ayah. "Aku bukan nak menang pun. Tapi aku nak Zack keluar dari dunia dadah ni." - Salman Firash Bismillah. Semoga Allah redha. --- Action + Family + Romance sta
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 40,244
  • WpVote
    Votes 5,346
  • WpPart
    Parts 32
BOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jawapan. "Kalau betul abang sayang Aisyah... Abang letak Ahmad dekat rumah anak-anak yatim hari ni juga." -Aisyah Qomar " Salman, baru dia datang sini berapa jam... Hati aku dah sakit. Semua benda tak kena dekat mata dia." -Zack "You tahu tak dia tu siapa? Ada nampak apa-apa tatu dekat badan dia?"-Doktor Fadzli Hati itu sikapnya berbolak balik. Satu titik hitam melekat, jangan ditambah lagi hingga keseluruhan menjadi legap. New message! Daripada: unknown Harimau mati meniggalkan belang. Manusia mati meninggalkan? Di pengakhiran, erti kehidupan sebenar terungkai. *** Sekuel novel Untuk ke Syurga. Sila habiskan pembacaan novel yang pertama. Bismillah. Moga Allah redha. --- Action ft. Romance ft Islamic start: 24 Jun 2020 end: 7 July 2020
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 139,604
  • WpVote
    Votes 17,297
  • WpPart
    Parts 45
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MAHFUZ. Ringkasnya seorang anak ustaz. Pelajar Usuluddin yang baru pulang dari Mesir. Sempurna, hanya dia terlalu naif untuk mendapatkan hati seorang perempuan. Biarkan jasad tertukar. Biar mereka belajar erti bersyukur walau di mana pun asal kejadian. "Buta? Abang bukan anak ustaz. Orang lain yang ustaz, lahir-lahir dah dengar ayat Al-Quran. Lahir-lahir dah diajar macam-macam. Abang? Terbiar macam ni, macam sampah dari kecil. Abang takkan pernah percaya yang hidup ni adil." - Luth "Dia tak sama taraf dengan Mahfuz. Saya anak ustaz, arif dalam usuluddin dan terdidik. Dia pula cuma seorang gadis yang kerja di stesen pam minyak dan baru nak berjinak-jinak dengan ilmu fardhu ain ni." - Mahfuz "Kenapa abang nak sibuk sangat dengan urusan Mawar? Abang bukan siapa-siapa tau pada Mawar. Kita cuma kenalan di rumah anak yatim. Tu je!" - Mawar "Ya. Saya nak kahwin dengan awak." -Balqis Luth adalah Mahfuz. dan Mahfuz adalah Luth. Pinjamkan seketika kehidupan yang berbeza. Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz. *** support my new story i ll try to reply each comments from you! start : 17 sept 2020 end : 13 oct 2020
Akan ku pujuk hatimu by CHIKOCEQ
CHIKOCEQ
  • WpView
    Reads 403,737
  • WpVote
    Votes 12,195
  • WpPart
    Parts 63
Mahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau!! Kau tahu tak?" - Maryam Eiliya "Payah sangat ke sayang nak terima takdir Allah yang anak kita sudah tiada"- Afizul Afiq "Saya tetap nak awak lepaskan saya " -Maryam Eiliya Afiq melafazkan talak disaat dia tidak mengetahui Liya mengandung anak kedua mereka. Adakah mereka bersatu semula? Ataupun Liya meneruskan hidupnya tanya Afiq disisi. Sila baca
Forever Love ✔ by beasties_
beasties_
  • WpView
    Reads 137,216
  • WpVote
    Votes 4,499
  • WpPart
    Parts 41
× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi untuk berdiri. Ini kan pula hati manusia yang mudah terluka. "Apa yang kau sembunyikan dari aku tentang Faqih?" - Alyah Lelaki yang sentiasa tersenyum dihadapannya, rupanya sedang berusaha menutup perit dengan senyum manisnya. "Tolong bertahan demi Alyah." - Alyah. Janganlah terlalu percaya dengan tipu daya. Kerana ia hanya akan meninggalkan derita yang tidak sudah. Begitu juga dengan garam dan gula. Kedua-duanya kelihatan sama tetapi rasa yang berbeza. (2017) Start : 3 March 2017 End : 19 October 2017
Indahkah Cinta? by syafasuha
syafasuha
  • WpView
    Reads 337,084
  • WpVote
    Votes 8,938
  • WpPart
    Parts 51
Siapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatkan hubungan semakin lama semakin dingin. Akhirnya masing-masing membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apabila tiba waktunya Aisy dan Wafiy bersatu semula dapatkah mereka jernihkan semula hubungan yang lama dibiarkan mengeruh? " Tak aku akan pergi jugak tak kiralah kau nak halang macam mana sekalipun. Tempoh untuk kau halang aku dah tamat. Kau nikmati usia muda kau dulu, InsyaAllah kalau ada rezeki empat tahun yang akan datang aku akan balik jumpa kau semula. Masa tu kau boleh fikir samada nak teruskan atau tak hubungan ni. Bye Assalamulaikum." - AISY ARIANA. "Abang dah belajar mencintai Aisy, tolong beri Abang peluang." - WAFIY AFWAN. Memilihmu bukan kerana cinta, bukan kerana dendam, bukan kerana nafsu. Memilihmu adalah keputusan yang terbaik tetapi meninggalkan kamu adalah perkara yang paling bodoh pernah ku lakukan. Maafkanku kerana tak menghargaimu. INDAHKAH CINTA itu ? AMARAN KALAU TAK NAK SAKIT HATI JANGAN BACA🚫 start: [31.10.17] ➡ [14.10.18]
TAKDIRKU MENCINTAIMU (TERBIT)  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 43,758
  • WpVote
    Votes 500
  • WpPart
    Parts 1
Unofficial blurb: QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Adam masih teguh mencintai arwah Qaira. Namun, perkahwinan itu tetap berlaku dan siapa sangka, ada satu rahsia besar yang tersimpan tentang identiti sebenar Qaseh, serta perkara yang telah berlaku 15 tahun yang lalu. ADAM HAZIM- Semakin dia ingin melupakan wasiat Qaira, semakin mimpi buruk menghantuinya dan berhenti di mana dia melamar Qaseh sebagai isteri. Adam tidak berniat untuk menyakiti Qaseh, tapi apakan daya hatinya masih mencintai Qaira. Tapi sayang, saat perkara sebenar terbuka luas, semuanya bagai terlambat buat Adam untuk membetulkan keadaan. Adakah takdir mereka untuk mencintai antara satu sama lain masih tertulis oleh Sang Penyatu?
Demi Peluang Kedua (✔) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 1,396,533
  • WpVote
    Votes 38,288
  • WpPart
    Parts 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,444,302
  • WpVote
    Votes 90,839
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.