Nabil_hkim's Reading List
2 stories
Balas by FzHziq
FzHziq
  • WpView
    Reads 1,747
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 8
Tubuh sasa itu melayang ke udara. Irfan sudah tidak berdaya. Makhluk kali ini lebih kuat dan memang bukan tandingannya. Barisan gigi yang runcing dan tajam mula menerkam. Irfan mengerang kesakitan namun tiada guna. Makhluk yang tidak memiliki sifat ihsan itu terus menerus membenam giginya ke dalam bahunya. Irfan tidak mampu memfokuskan dirinya. Tenaga tidak mencukupi untuk berhubung dengan minda makhluk durjana itu. Namun, tanpa disangka suatu kelibat seperti makhluk yang berupa bayang hitam terbang menikam dan menembusi kepala makhluk itu dari belakang. Makhluk itu menjerit dengan kuat sebelum hancur dan memercikkan darah hitam yang pekat likat. Tersemur darah pada baju Irfan yang sudah koyak itu. Matanya ligat melilau mencari punca serangan itu. Kelihatan seorang lelaki muda berbaju hitam dalam lingkungan umur Irfan dan agak tinggi lampai berdiri di sebalik pokok. Belum sempat dia mengenal pasti wajahnya, lelaki itu lantas bertukar menjadi bayang hitam dan terus ghaib meninggalkan Irfan dalam panahan persoalan.
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,705
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.