NurQalissa's Reading List
100 stories
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 655,497
  • WpVote
    Votes 44,167
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
INDAH CINTAKU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 754,139
  • WpVote
    Votes 6,128
  • WpPart
    Parts 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,877
  • WpVote
    Votes 15,573
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️ by DeFliq
DeFliq
  • WpView
    Reads 949,878
  • WpVote
    Votes 29,695
  • WpPart
    Parts 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti tua kan..." "eh tak lah, muda lagi... dia baru 25 tahun" "kakak tak percaya selagi tak jumpa face to face" "fine jangan menyesal" Tak diduga juga akhirnya si bunga menyesal dengan kata-katanya sendiri apabila telah berjumpa dengan si kumbang. Malu untuk bertegur sapa, malu untuk melihat si kumbang dan hanya melihatnya dari jauh. Berlagak sombong dengan si kumbang tetapi apabila tidak berjumpa kenal pula erti rindu. Tanpa pengetahuan si bunga, si kumbang juga menyimpan perasaan yang sama. "setelah sekian lama kita dapat berjumpa MY SEÑORITA" "she is really grow up very well, dulu tengok dia time sekolah menengah comel jer, sekarang bukan setakat comel, tapi dah cantik." "finally you're mine BABY" "I'm not letting my angel go forever and ever we'll STUCK TOGETHER" Bagaimana rasanya apabila tercrush dengan kawan ayah sendiri? Tanpa dijangka si crush pun mencintainya dalam diam, saling stalk sama sendiri, saling renung dalam diam sama sendiri. Malah makin lama makin possessive, obsessive dengan si bunga dalam diam. Status ( COMPLETE ) Start - 17/10/2021 End - 4/5/2022 WARNING: TATABAHASA/GRAMMAR ERRORS & TERSANGATLAH CRINGE & CLICHÉ Beautiful cover by beautiful @nssignature @aesthetiquehxney @Sarah123aisyah @ranchakv My angel @arlunaxaria
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 1,008,553
  • WpVote
    Votes 13,678
  • WpPart
    Parts 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022
He's my Mr. Hot [✔️] by Fii_Aurora
Fii_Aurora
  • WpView
    Reads 608,513
  • WpVote
    Votes 14,900
  • WpPart
    Parts 66
Mengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan seorang pelajar lepasan degree dalam bidang perniagaan. Kerja? Usah dikata, sudah awal lagi ditolak. Katanya perniagaan bukan bidangnya. Dia mengambil kos itu hanya kerana di paksa oleh ibu bapanya. Bersemuka dia dengan seorang lelaki berusia lewat 40'an membuatkan hidupnya tidak tenteram. Ada sahaja yang tidak kena dimata lelaki lewat 40'an itu. Dialah Ghazli lelaki berusia lewat 40'an, berwajah tampan tidak setanding usianya yang sudah meningkat itu. Dia juga merupakan rakan perusahaan papa kepada Etyani. Setiap tutur katanya pasti menusuk kedalam jiwa Etyani sehingga menaikan rasa kebencian Etyani terhadapnya. "Pakcik ni siapa nak tegur saya? Urus diri sendiri tu dulu. Rumah kata pergi, kubur dah kata mari"-Etyani. "Trend ke warnakan rambut macam tu? Orang tua nak nampak muda. Kau pula nak nampak tua"-Ghazli. Dalam pergaduhan dan kebencian, mereka disatukan dalam satu ikatan perkahwinan oleh kerana Ulah Etyani itu sendiri. Itulah dinamakan jerangkap makan tuan. "Sebabkan pakcik tau saya terpaksa kahwin dengan pakcik!"-Etyani. "Aku cabar kau. Siapa yang akan jatuh cinta terlebih dahulu"-Ghazli Macam mana kehidupan Etyani apabila perlu tinggal sebumbung dengan Ghazli? Adkah kata-kata pedas Ghazli akan menghantui hidup Etyani? Atau terdapat jurang didalam perhubungan mereka? 'I am baby girl pakcik hot' Start:21/09/2021 End:12/07/2023
DOMINASI by mayasariemma
mayasariemma
  • WpView
    Reads 335,318
  • WpVote
    Votes 1,725
  • WpPart
    Parts 16
Orked hilang segalanya dalam satu kebakaran yang mengambil nyawa ibu dan ayahnya. dia cuba untuk membina hidup baru dengan menjadi pembantu rumah merangkap penjaga rumah agam yang tidak berpenghuni. Namun, rumah yang kosong itu mula berpenghuni apabila waris tunggal Arwah Tengku Azrai dan Tengku Mariam kembali dari luar negara. Namun Orked mula sedar, dia bukan sahaja terpenjara bersama jutawan muda itu tapi dia juga terjerumus dalam sisi gelap Tengku Zakrul yang tersembunyi di dalam bilik di tepi tangga. Orked tidak pernah tahu dunia seorang Submission tapi dia tahu siapa yang mendominasinya. CAST : Orked - Han Ga In Tengku Zakrul - Robert Pattinson Zakwan - Ansel Elgort Aliaa - Shailene Woodley This Is my trial To do some erotic romance novel! ENJOY! :D
Perfectly Halal [ TERBIT : JULY 2022 - PENERBITAN KAKI NOVEL  ] by SuriRyana
SuriRyana
  • WpView
    Reads 347,049
  • WpVote
    Votes 10,949
  • WpPart
    Parts 14
FATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》 Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual di POPULAR BOOKSTORES seluruh negara. . Stok novel akan sampai ke warehouse POPULAR esok dan akan diedarkan ke seluruh cawangan POPULAR LEMBAH KLANG & KUALA LUMPUR. Dalam minggu ni rasanya dah available ❤️ Stok juga akan diedarkan ke seluruh negara secara berperingkat. Untuk Sabah / Sarawak, insya-Allah mungkin akan available second week of August nanti rasanya..boleh jd juga lebih awal ❤️ will keep on updating about this soon, insyaa Allah ❤️ Terima kasih semuaaaa ❤
Cuma Cinta Express by darimatapena
darimatapena
  • WpView
    Reads 210,626
  • WpVote
    Votes 3,424
  • WpPart
    Parts 28
Athira gadis muda yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Tangkak Johor. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah sejak lima tahun lalu. Dia hanya tinggal bersama ibu dia dikampung. Athira yang mahu merubah nasib cuba menerima tawaran untuk belajar di sebuah Universiti di selangor. Namun kehadiran dia ditempat baru mengundang titik hitam dalam hidup. Athira diganggu seorang lelaki yang berhidung belang. Risau akan terjatuh dalam dangkapan seorang lelaki yang cuba mencemarkan maruah dia. Dia cuba sedaya upaya menyelamatkan diri. Hingga dia lupa bila nasib tidak memihak pada dia. Dia harus menerima kenyataan yang dia akan tersungkur juga dengan nasib malang. Dia Azran Hakimi sudi menghulurkan pertolongan. Namun dek kerana nafsu yang menguasai diri pertolongan itu bertukar mimpi buruk pada gadis itu. "Kenapa Fatin yang dapat cinta? Dan dia cuma tempat lelaki itu melampiskan nafsu sahaja?" Airmata nya semakin laju mengalir. -Nurathira- "Kau selalu cakap aku gunakan kau sebab nafsu kan. Kau tak nampak apa yang aku cuba sampaikan? Kau tahu tak aku sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku. Tapi kau tetap layan aku macam perogol!" -Azran Hakimi- "I still love you Azran. Kalau you berubah fikiran. I masih ada untuk you. Sentiasa ada untuk you" -Fatin- Benci yang dia tanam. Namun sebalik nya tumbuh di dalam hati. Sikap lelaki yang di anggap pemusnah masa depan bertukar persepsi menjadi insan yang setia mendampingi. Namun dia sendiri tak pasti. Apa sebenarnya yang terbuku dihati lelaki itu. Apakah cuma rasa bersalah atau pun cinta? Beautiful Cover By- @bunnyaf PERSONA AWARD 2020 CATEGORY: LUCKY AWARD WINNER🎖️ PS/dilarang plagiat sama sekali! 💯 idea sendiri. Baca dulu jangan skip. Amaran ada sedikit adegan 🔞 Jangan lupa vote okay🤗 Happy reading 💕
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,913,119
  • WpVote
    Votes 76,747
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL