fatinnursyazwanni's Reading List
12 stories
Dia ImanKu by misslolipop2k17
misslolipop2k17
  • WpView
    Reads 1,171
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 6
"Abang janji pada Insyirah,cinta abang hanya untuk Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam Insyirah.Tiada lain,insya-Allah."-Muhammad Naufal. "Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi imamku sedari awal,cuma aku tidak menyedarinya."-Nur Insyirah. ______________________________________________ NUR INSYIRAH...dia yakin dengan mimpi-mimpi yang bertandang.Mimpi yang membuatkan dia berasa debaran di dada dan rasa bahagia menggebu di jiwa. "Memang mainan tidur semata-mata but I wish somehow it'll come true." MUHAMMAD NAUFAL...si dia yang kelat ii masam,manis ii gula kapas,gedik ii manja,penyejuk hati,pendamai jiwa telah lama membenih cinta dan meyemai rasa. "Orang tak kira.Awak setuju atau tak,orang nak kita kahwin.Biar orang aje jaga awak!" ______________________________________________ Mampukah kasih bersemi saat berjauhan? Mampukah kasih dipertahan saat cemburu menguasai keadaan? Wujudkah kesetian apabila' Si dendeng' datang menyendeng?
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] by by_asmirose
by_asmirose
  • WpView
    Reads 218,123
  • WpVote
    Votes 15,395
  • WpPart
    Parts 130
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?
Cempaka Di Langit Rajab by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 422
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 6
Karmini - Taatnya tertumpah pada Daeng Amid. Karmila - Cintanya berkecai di rusuk Aidit. Sengsaranya tercipta di neraka Fakri. Cempaka - Semangatnya menjulang tinggi, memacu langit. Wanita harus mandiri. Wanita boleh mencipta bahagia sendiri biar jiwa meronta mahu menyambut kasih Hizairi. Cempaka Di Langit Rajab, kisah penuh sejarah yang nyata, menyusuri pedih luka, tawa canda dan rebah bangkit, jiwa tiga wanita, tiga generasi. Cinta menjadi sangat epik tatkala ia mampu mengasuh kalbu, menjadi manusia yang lebih dewasa. Ada ketika, takdir hidup amat menguji diri. Lebih menambah sengsara apabila kebahagiaan bagai sukar digapai sepanjang kehidupan. Takdir merantai hati, cinta sejati bagai tidak bertemu jalan pulang ke sanubari. Entah di mana yang salah, entah apa dosa di masa silam, tiga wanita dari leluhur yang sama, sukar menjamah erti cinta. Hidup sentiasa diduga. Namun Cempaka tidak sesekali beralah. Dia mewarisi semangat juang keturunannya. Dunia peragaan tidak pernah membuat dia lupa diri. Penderitaan ibunda, Karmila, menjadi tunjang kekuatan. Wanita harus bangkit. Bahagia itu pilihan. Hanya Hizairi yang mampu melunakkan perasaannya. Antara dendam, kecewa dan semangat untuk bangkit, Cempaka akur dengan rencana Tuhan di kala bulan Rajab menyapa langit.
... Dan Cinta Pun Tersenyum by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 451
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 6
Merasa 'dilempar' ortu ke Pulau Besar, Malaysia, Ervan Prima Sakti, Indonesia's Most Eligible Bachelor protes berat. Bertemu pula dengan Surihani, cewek muka imut tapi jutek alias ngeselin banget! Salah faham bahasa, sering bikin dia dan Suri adu mulut. "Kamu hobinya nyerocos ... padahal aku belum habis ngomong, aku butuh bantuan kamu!" - Ervan "Tapi di sini, perkataan butuh maksudnya lucah, mencarut. Kalau kau sebut perkataan itu depan orang lain, terutamanya lelaki, jawabnya kau makan penumbuk!" - Surihani Bukannya Surihani menidakkan pesona Ervan tapi sikap pongah jejaka Indonesia itu membuat dia menyampah. "Dalam majalah, bukan main lagi cakap Indonesia dengan Malaysia serumpun! Tapi sebenarnya dia yang tercabut dari rumpun!"- Surihani. Bentrokan dua negara, budaya dan bahasa membuat mereka saling meresan, meledek sifat jelek masing-masing. Tapi setelah berdamai, baru tersedar keserasian mulai merambat hati mereka. Melihat sisi rapuh, tertanam keinginan dalam diri Ervan, mahu melindungi dan memenuhi impian hidup gadis itu. Sementara Surihani mula menemukan sisi humor dan baik hati dalam diri Ervan. Mereka menganyam impian menuju ikatan halal. Hanya saja takdir berkata lain. Sejak tragedi ngeri yang berlaku di Mersing, Ervan hilang dari radar. Meninggalkan Surihani dalam tanda tanya tak berkesudahan. Sehingga Surihani nekad memperjuangkan cinta biarpun Akhil tak jemu menghasut. "Kumohon padamu berhentilah nyari aku. Jangan bego mencintai pria buntung kayak aku." - Ervan "Tidak akan ada lelaki lain boleh menggantikan kau dalam hati aku..." - Surihani "Ya Tuhan, ampunkan aku karena terpaksa melukakan hati Surihani." - Ervan Di mana Ervan sebenarnya? Cinta butuh dua orang untuk saling mencintai. Tapi bisakah cinta mereka tersenyum lagi?
LELAKI YANG KAU PILIH by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 613
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: LELAKI YANG KAU PILIH Penulis: ZAZA QRY Harga: RM31 / RM34 ISBN: 978-967-2902-73-7 Perkahwinan dengan rasa cinta itu tiba-tiba putus di tengah jalan. Kalau meraung pun sudah tidak berguna kerana si suami sudah melafazkan talak. Bukan satu, tapi tiga sekali gus! Apabila tersedar, Nafis tidak dapat buat apa-apa lagi. Hidni sudah diceraikan dengan talak tiga! Kerana cinta yang masih mendalam, Nafis buat rancangan gila. Mencari cina buta! "Awak nak tengok saya merana ke?" - Nafis "Awak baru terfikir, kan? Bukan senang nak cari cina buta yang betul-betul tak tahu apa. Nak cari orang gila tak sah pula nak kahwin?" - Hidni Selepas puas dipujuk, Hidni bersetuju kerana dia juga masih cinta kepada Nafis. Walaupun mendapat tentangan daripada kawan baiknya, Isya, dan mama Hidni sendiri. Nafis mengambil kesempatan dengan seorang lelaki yang melanggar belakang keretanya. Lelaki bernama Aydeen yang disangka seorang mekanik. Aydeen bersetuju kerana tidak mahu terlibat dengan polis. Tiba hari perkahwinan, mereka semua terkejut kerana Aydeen itu tidak seperti yang diceritakan oleh Nafis. Hidni membayangkan lelaki yang diceritakan oleh Nafis kurus kering, tapi yang muncul berbadan sasa. "Tapi, ni hanya kisah cina buta, kan? Kau tak boleh paksa-paksa macam ni. Aku nak balik!" - Hidni "Memanglah kisah cina buta saja. Tapi, aku tak paksa pun kau kahwin dengan aku. Kau terpaksa ke?" - Aydeen Memang benar, Aydeen tidak akan lepaskan Hidni. Tapi, siapakah Aydeen yang sebenarnya? Macam mana Hidni nak lepaskan diri daripada Aydeen si cina buta? 🍀Untuk melanggan & pertanyaan: https://shopee.com.my/kedaibukudn http://www.wasap.my/+60132588069
TERLANJUR MILIKMU by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 3,446
  • WpVote
    Votes 72
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: TERLANJUR MILIKMU Penulis: AREUMI Harga: RM34 / RM37 Rasa sakit hati yang masih bersarang dalam hati dan dek desakan demi desakan daripada si ibu, Sofea mula mengatur strategi. Dia mendekati Tengku Adam, seorang jejaka yang berpengaruh. Dengan bantuan daripada sebuah agensi jodoh, pelbagai rancangan diatur untuk menarik perhatian Tengku Adam. "Ni bukan kali pertama kita jumpa. Kafe, padang polo dan sekarang galeri. Ni ke yang orang panggil jodoh?" - Tengku Adam Pertemuan yang dicipta oleh Sofea menyebabkan hubungannya dengan Tengku Adam semakin rapat. "Sebab tu I cakap, kita saling melengkapi. You tak tahu, I boleh ajar." - Tengku Adam "You sarapan gula ke tadi?" - Sofea Apabila semuanya berjalan seperti yang dimahukan, Sofea menarik nafas lega. Bekas teman lelaki dan ibunya sudah berhenti bertanyakan soal jodoh. Oleh kerana tidak mahu terjatuh hati dengan layanan VIP daripada Tengku Adam, Sofea buka langkah untuk tinggalkan Tengku Adam. Tapi, lain pula yang berlaku. Permainan Sofea rupanya sudah lama dihidup Tengku Adam! "Kalau you nak saman I, teruskan. Tapi, I tak ada masa nak teruskan game ni. I bosan." - Sofea "Tak seronoklah macam ni. Macam mana dengan keluarga you? Dia orang tahu tak you dah habis berpuluh ribu untuk I?" - Tengku Adam "Jangan libatkan keluarga I!" - Sofea "I'll grant your wish. Let's get married, Arin Sofea." - Tengku Adam Pelan yang disangkakan begitu sempurna, mula tunggang-langgang. Kehidupan Sofea yang aman, kini jadi huru-hara disebabkan satu insiden dan akhirnya, mereka pun bergelar suami isteri.​ Untuk melanggan & pertanyaan: shopee.com.my/kedaibukudn http://www.wasap.my/+60132588069
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 35,728
  • WpVote
    Votes 511
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-2102-28-1 Muka Surat : 528 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Kerana sebuah cerita perlu ada penamatnya.
Mrs. Faiq Hyder | His Saviour by jeo_carl
jeo_carl
  • WpView
    Reads 2,840
  • WpVote
    Votes 268
  • WpPart
    Parts 11
"Awak ni asyik merajuk je kerja. Budak kecik ke apa ni?" - Adella Durrah Dapat seorang suami seperti kebudak-budakkan bukanlah sesuatu yang dia impikan. Tetapi, kalau nak jodoh, nak buat bagaimana? Nasib baiklah Adella mempunyai kesabaran yang tinggi. Terpaksalah dia melayan karenah suaminya yang kadang-kadang meminta kaki ini. "Ish dahlah, tak nak kawan dengan awak lagi. Awak puji orang lain handsome, habis saya ni?" - Faiq Hyder Warning ⚠️: - Cringe - Clingy ALL RIGHT RESERVED jeo_carl
Dalam Rintis Hujan by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,350
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 9
Tajuk: Dalam Rintis Hujan Penulis: LizaNur www.karyaseni.my Kerna tiap pilihan akan membawa kita ke destinasi berbeza... Dalam rintis hujan, Mirza setia menanti wanita yang berjanji untuk memayungi dirinya dengan kasih sayang. Namun, hampa belaka. "... Mak dah janji nak ambik Mir! Mana mak Mir?" Saat dia dipertemukan semula dengan wanita kesayangannya, dia digesa memilih antara 'emak' dan 'mama'. Namun, Mirza nekad tidak mahu melepaskan kedua-duanya. Dalam ribut permasalahan keluarga yang belum tenang, cinta si Hawa yang seorang ini pula datang bertandang. Terketar hatinya. "Jiwa klasik? Apa maksudnya tu?" "Kalau saya suka seorang perempuan tu, saya tak ajak keluar. Saya beli pisang suruh dia buat cekodok." Mirza terus dibuai rasa tanpa menyedari ada jiwa lain yang sebenarnya terluka. "Lepas Mel belajar lepaskan abang, baru Mel tahu hargai diri Mel sendiri, bang." Ah, kacau! Dia dipaksa memilih lagi dan kali ini antara dua wanita dalam persalinan pengantin di depannya. "Sekarang saya dah sedia jadi isteri awak. Saya sanggup korbankan semuanya demi awak."-Ana Sofiya. "Abang tahu hadis 'payung emas' untuk wanita bermadu tu hadis palsu, kan?" - Melissa. Dan tika hatinya memilih, dia nekad untuk mencintai dan setia sehingga ke titik noktah hidupnya.
Marjaan Permataku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,999
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 15
[Cerita akan dikemaskini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam] SEKOLAH pondok? Tak pernah terlintas dalam fikiran Marjaan yang dirinya akan tercampak di tempat 'jin bertendang' itu. Hanya disebabkan keputusan SPM teruk dan risau Marjaan bergaul dengan rakan-rakannya yang liar, akhirnya Puan Mahani membuat keputusan agar Marjaan menyambung belajar di Sekolah Pondok Al-Muhaimin Dunia Marjaan bertukar 180 darjah. Kini Marjaan menjadi gadis yang berjubah dan berniqab di hadapan orang ramai. Kecantikannya tersorok. Keseronokannya direnggut sekelip mata. Namun hidupnya kembali berwarna apabila mengenal sebaris nama Ustaz Nawfal Husaini. "Satu lagi, tak baik juga makan sambil berjalan. Dah macam kambing. Anti tahu kambing tak? Sambil merenggut pucuk-pucuk kayu ia berkeliaran. Mahu jadi kambingkah?" - Nawfal Husaini "Biarlah! Kenapa ustaz sibuk-sibuk hal saya?" - Marjaan "Ana hanya mengingatkan supaya anti berakhlak dengan akhlak wanita solehah. Dan perlu juga diingat anti tu pelajar dan ana guru." - Nawfal Husaini Cinta dalam diam, penuh rahsia akhirnya terbongkar lalu dicemari amarah. Ustaz Hanafi mengambil keputusan untuk mengahwinkan Marjaan dengan Ustaz Wadie lantaran terhutang budi. Kerana kecewa, Nawfal Husaini melarikan diri ke Morocco lantaran tidak sanggup melihat Marjaan menjadi milik Ustaz Wadie. "Ana rindu jelingan tajam anti tu. Mengancam tak ubah macam pisau menghiris dada ana. Darahnya membasahi, sakit hingga ke urat nadi." -Ustaz Wadie. Dalam pada Marjaan ingin memberontak, akhirnya gadis itu tersepit apabila bapanya, Ustaz Hanafi diserang penyakit misteri. Siapakah pemilik cinta Marjaan? Apakah Nawfal Husaini yang jauh di mata ataupun Ustaz Wadie yang sanggup berkorban apa sahaja demi untuk merealisasikan impiannya?