NishaRawichandran's Reading List
47 stories
Musim Salju Buat Mr. Grey by TheNewCintaTeruna
TheNewCintaTeruna
  • WpView
    Reads 8,944
  • WpVote
    Votes 499
  • WpPart
    Parts 22
Side Story 1 : Penerimaan cinta baharu yang digantikan adakah sama nilainya dengan cinta lamanya?. Perasaan yang semakin hari berubah kepada sesuatu yang tidak pasti. Cintanya menjadi tidak kuat dan semakin rapuh dengan sikap manusia disekelilingnya. Maafkan aku.... Side story dari - Cinta Si Traveler Blogger Joshua x Christian Grey
Kau Pun Samalah!! by TheNewCintaTeruna
TheNewCintaTeruna
  • WpView
    Reads 22,076
  • WpVote
    Votes 979
  • WpPart
    Parts 27
Side Story 2 : Bila 2 jiwa berbeza status mula mempunyai perasaan cinta yang sama. Mereka cuba membuang perasaan ini dan membiarkan ego menguasai kedua jiwa itu. Namun.. semakin hari semakin mereka terseksa dengan perasaan itu. Rindu + Sayang = wujudlah sebuah CINTA. Side Story dari - Cinta Si Traveler Blogger Firas x Kiser
Pelacuran Cinta(boyxboy) by xenxhinicon
xenxhinicon
  • WpView
    Reads 312,627
  • WpVote
    Votes 11,215
  • WpPart
    Parts 50
Kehidupan Aizat tidaklah seindah dongeng putera raja. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak kenal erti kasih sayang menyebabkan dia dijual oleh keluarganya kepada bapa saudaranya. Beribukan seorang pelacur dan berbapakan seorang kaki judi, menjadi penyebab hidupnya musnah. Selepas tamat sekolah, maka bermulah kisahnya yang terpaksa melayan nafsu serakah manusia yang tiada erti takut untuk menodai orang seperti dia. Hutang ayahnya dilangsaikan dengan cara yang paling jijik. Namun, setelah sekian lama, takdirnya berubah disaat dia bertemu sang malaikat penyelamat yang membawa dia keluar dari neraka kecilnya. Namun, bayaran harga dirinya bukanlah sekadar begitu sahaja. Setiap kebaikan ada terselit satu perjanjian. Dari situ, dia bertemu dengan Yusof. Seorang lelaki yang penuh misteri namun, disebalik wajah dan perangainya, tersimpan sekeping hati yang terluka. Aizat merasakan bahawa hati Yusof perlu dirawat. Hatinya perlu disembuhkan. Mampukah dia menarik Yusof keluar dari ruang dukanya? Mampukah Aizat membawa sinar baharu dalam dunia Yusof? Pelacuran cinta... Dimana satu jiwa dibayar demi kepentingan satu jiwa yang terluka... Ps: mintak maaf pada yg selalu terasa keliru tentang watak Aizat. Tapi cerita ni, Aizat tu lelaki ye. Dan ini adalah cerita berunsurkan lelaki dengan lelaki, gay lah senang cakap. Jadi kalau tak suka baca tak apa, faham. Harap maklum. Harap takde lagi salah faham dan kekeliruan. Please baca tag ye. Terima kasih.
AKU BUKAN DIA✔ by Ash_lmh
Ash_lmh
  • WpView
    Reads 390,660
  • WpVote
    Votes 11,185
  • WpPart
    Parts 54
Dua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabkan Damia tersepit. Antara kehendak mama atau kebahagiannya sendiri. Nak tahu kisah dalam AKU BUKAN DIA dengan lebih lanjut, teruskan bacaan sehingga ke bab yang terakhir.
The Temptation Of Wife by xxoknyeoxx
xxoknyeoxx
  • WpView
    Reads 1,486,445
  • WpVote
    Votes 17,716
  • WpPart
    Parts 62
Hanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hanya membalas perbuatan suami dan madunya Namun semuanya berakhir kerana satu kejadian " orang macam saya memang tak layak untuk merasai nikmat bahagia kan? " - Hanis " kau berambus dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Dasar betina sundal! " - Adam " saya mintak maaf Hanis, kita tidak ditakdirkan untuk bersama. Semua yang berlaku pada malam tu hanyalah rekaan semata-mata " - Shahrul " maafkan aku Hanis " - Rania Mungkin orang lain akan berubah menjadi lebih baik setelah diuji. Tapi bukan dia Pengalaman mengajar dia untuk berhati-hati namun apakan daya apabila rasa di hati tidak mampu ditahan lagi Dia kini kembali bagi memastikan status sebagai isteri Dapatkah Adam menerima kembali diri? Mampukah Adam bertahan dengan godaan Hanis? Akankah kebahagiaan milik mereka? Highest ranking #9 Highest ranking #6 19/01/2018 #berteraburabiss #sisxpandaibuatsinopsis ☺☺ WARNing MATURE CONTENT !!!
Egokah Lelaki Itu | ✔ by CikNovello_
CikNovello_
  • WpView
    Reads 280,623
  • WpVote
    Votes 10,610
  • WpPart
    Parts 44
#Novel Of The Year Besties Awards 2018 #Romance Novaestar Awards 2017 #Shortlist The Wattys Awards 2018 #Nominate In The Wattys Awards 2019 #Participate In The Wattys Awards 2020 Setiap jam, setiap minit dan setiap saat pasti akan terpandang wajahnya. Nak cakap ada tahi lalat? Habuk di muka pun susah jumpa apatah lagi tahi lalat. Tahi lalat lutsinar? Tak Mungkin dan mustahil. Kerja berasingan pun dah tengok sampai tak terlepas pandang. Apa nak kata? Boleh tak, kalau awak tak kacak sehari? Otak saya dah full memory dah sebab penuh dengan wajah awak. Belum termasuk nama awak lagi. Jem otak awak tahu tak? -Raisya Aqira Kau boleh pergi mampus dengan ayat jiwang kau tu. Naik loya aku dengar. And kau boleh pergi daripada hidup aku buat selamanya. Aku tak heranlah. Petik jari, 10 yang datang. -Syed Affan Fawwaz Nak tak nak, terpaksalah aku stalk instagram dia. Mahu taknya, dia dah block FB! -Raisya Aqira Perempuan macam kau ni tak layak hadir dalam hidup aku! Dasar perempuan tak sedar diri! -Syed Affan Fawwaz Sedang melawan masalah, timbul lagi masalah yang tiada punca merumitkan keadaan Syed Affan Fawwaz. Giliran Raisya Aqira tersenyum girang dalam kehairanan. Ini sungguh pelik. Apakah masalah tersebut? Nak tahu? Kenalah baca! Start: 05 Sept 2017 [12:40 a.m] End :05 Dec 2018 [12:00 a.m] Cover by @nshrien
LELAKI KHAS UNTUK HANIS by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 67,922
  • WpVote
    Votes 1,421
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Lelaki Khas Untuk Hanis Penulis: Aimy Haniya Muka Surat : 832 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-034-2 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my/ ATAU APLIKASI KARYASENI DI APP STORE PLAY STORE Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih...
Cinta awak selamanya√ by Pinkydreaming
Pinkydreaming
  • WpView
    Reads 186,091
  • WpVote
    Votes 3,857
  • WpPart
    Parts 44
Hanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. walaupun 9 tahun sudah berlalu, dia tetap membenci jejaka itu. Tetapi bagi Ahmad Daniel walaupun 9 tahun mereka tidak bertemu kerana menyambung pelajaran masing-masing, Ahmad Daniel tetap mencintai Puteri Syasya. Mereka disatukan juga hanya kerana pujukan ibunya. Puteri Syasya terpaksa menerima. "Encik Daniel gila ke?"- Puteri Syasya. "Awak rasa?"- Ahmad Daniel tapi, lama-kelamaan Puteri Syasya jatuh cinta pada Ahmad Daniel.Setiap kali mereka bersama, pasti ada rintangan yang menimpa sehingga menyebabkan mereka mulai ragu antara satu sama lain. Mampukah mereka bertahan? bertahan dengan segala dugaan?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,576,789
  • WpVote
    Votes 257,659
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,093
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.