WanAsyiqin4's Reading List
2 stories
LELAKI YANG TAK PUNYA APA UNTUK DIPERSIA by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 10,770
  • WpVote
    Votes 318
  • WpPart
    Parts 9
Kehidupan Monet berubah sama sekali setelah melanggar seorang gadis bergaun merah ketika pulang dari kerja. Di dunia yang dihuni Monet, orang yang dibunuh akan menjelma kembali selama lapan hari sebagai Roho yang boleh membalas dendam atas kematiannya. Monet seorang lelaki yang pendiam menjadi ketakutan apabila gadis yang bernama Arabella mula menjadi tetamu di rumahnya bermula saat kemalangan tersebut. Dia boleh sahaja mati selama tempoh lapan hari kerana Arabella boleh sahaja membunuhnya pada bila-bila masa. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tempoh yang singkat menerbitkan rasa cinta antara Monet dan Arabella di kediaman yang sempit, kisah dua manusia yang berada di alam yang berbeza. Menyingkap segala kisah lampau antara mereka dan membuka satu persatu rahsia dalam dunia yang penuh misteri.
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,724
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.