my fav
4 stories
Isteri Pakai Buang✔️ by shasafkim
shasafkim
  • WpView
    Reads 2,576,177
  • WpVote
    Votes 54,773
  • WpPart
    Parts 70
|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandung tetapi anak yang dipungut oleh bapaku Semuanya telah mengubah hidupku hanya disebabkan suatu malam yang malang.Tubuhku menjadi mangsa sebagai pemuas nafsunya.Hanya satu akad nikah,satu lafaz cerai dan satu seksaan hanya disebabkan dendamnya telah membuatku rasa terhina "Kenapa awak seksa saya macam ni Ad? kalau awak kahwin dengan saya hanya nak seksa,pukul dan jadikan saya sebagai pemuas nafsu awak,lebih baik awak ceraikan saya!." ~BELLA "No! aku takkan ceraikan kau. Aku akan ceraikan kau bila aku dah jemu dengan diri kau tu, and then aku sendiri akan jatuhkan talak!" ~AD "Jadi saya ni cuma isteri pakai buang awak?" ~BELLA Orang dulu-dulu menyatakan Jangan terlalu benci dengan seseorang, nanti bertukar cinta. Ya, salah aku membenci lelaki bernama Adrian Sufi sehingga terjunam dengan percintaan dan hadirlah zuriatku. Saat mencapai bahagia, pasti ada dengki. Itu lumrah manusia. Kau berubah serta merta kerana dia. Kau buang aku serta merta kerana dia. Kau hina aku serta merta kerana dia. Semuanya kerana dia. Ya, aku telan semuanya kerana aku ada Allah yang maha adil. Tetapi, usahlah pelik jika perasaan aku berubah disebabkan lafaz yang terukir di bibirnya. Aku ada prinsip. Sudah ludah, takkan lah nak jilat semula? Kau hadir membawa bahagia Kau pergi membawa derita, Kau hilang membawa ketenangan Kau muncul membawa kenangan •••••••••••••••••••••••••••••••••• Copyright © by Syaa
"Saya Izinkan Abang!"[Complete√] by Miss_CxpeX
Miss_CxpeX
  • WpView
    Reads 615,294
  • WpVote
    Votes 20,973
  • WpPart
    Parts 35
Kesakitan yang dirasa oleh Azwa bukanlah kesakitan yang calang-calang..Mengandung dalam pada masa yang sama mengidap penyakit kronik memang satu dugaan besar pada Azwa.. Apakah penyakit yang diidap Azwa sehingga mampu meragut nyawanya?! Apakah kekuatan yang berbekal pada Azwa untuk terus hidup dan harungi konflik rumah tangga yang dah macam tak rumah tangga langsung.. Rumah tangga yang dimusnahkan oleh kawan kolej sendiri yang berlagak baik sedangkan berniat jahat atas satu sebab yang tak pasti... Siapa dia? *kalau nak tahu lebih lanjut bacalah..Cuma pesan satu..Kalau emosi terganggu jangan baca takut nanti basah tilam sebab mata masuk habuk!! START-5/12/2016 THE END-18/3/2017
Aku Bukan Isteri Simpanan 2  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 547,645
  • WpVote
    Votes 16,635
  • WpPart
    Parts 34
Kehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan kesihatan Syazira yang tidak menentu. Jalinan hubungan mereka semakin jarak sehingga Syazira terpaksa menyembunyikan kesihatan dirinya daripada diketahui Adam. Hal ini membuatkan Adam sakit apabila dia terjumpa Syazira dengan seorang lelaki sedang berseronok di sebuah kawasan. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah yang berlaku kepada rumah tangga Syazira dan Adam? #35 in romance #39 in romance #45 in romance #87 in romance
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,499
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?