Fantasi/Imaginasi
5 historias
The Last Great Magician [Completed] por Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    LECTURAS 91,456
  • WpVote
    Votos 9,104
  • WpPart
    Partes 99
(BOOK 5 - Tempest Trilogy / Felidae Felis Catus) Sejak kecil, Asa terpaksa menjadi lebih matang dari usia sebenar disebabkan oleh situasi di sekelilingnya dan keluarga sendiri. Keluarga Asa merupakan tukang tilik yang terkenal. Perniagaan keluarga mereka adalah menjual barangan magik dan menilik nasib orang. Sejak kecil dia dan keluarganya diejek membuatkan Asa semakin lama semakin jauh dari manusia dan dia menutup pintu hatinya. Asa tak percayakan sesiapa. Asa cuma ada dirinya. Dunia Magik? Dia tak percayakan dongeng yang menjadi pilihan datuknya setiap malam untuk bercerita sebelum Asa tidur. "Hei." sehinggalah satu suara menegur. "Nama aku Lazarus." "Macam mana kau jumpa aku?" --- Asa. "Dalam diri kau mengalir darah keturunan The Great Magician, Alexander Laurence Remington." --- Lazarus. Asa menerima jemputan untuk ke Dunia Magik melalui keluarganya. Dia diterima masuk ke Akademi Magus, sebagai pelajar mewakili Dunia Manusia. Keluarganya dengan rela hati telah menghantar Asa ke Dunia Magik. Kini, dia duduk di atas katil sambil berhadapan dengan seekor kucing hitam. Sepasang mata bulat yang merenung ke dalam mata Asa itu kelihatan seperti basah dan bersinar. Anak mata itu berlainan warna, sungguh menakjubkan. Asa menekup wajah dengan sebelah tangan. Dia mengeluh. "Aaah~ kau boleh tinggal sini." dengan berat hati, dia akhirnya menjadi tuan kepada kucing tersebut. Sejak itu, pengembaraan Asa di Dunia Magik bermula. Hidupnya berubah 360°. "Asa, Asa~" --- Mao Mao. "Mao Mao, diam." --- Asa. Ini kisah pengembaraan The Last Great Magician bersama kucing tersayang dan Lazarus sebagai orang ketiga. "Cis..aku juga yang menyemak?" --- Lazarus. ************** ##Siri dunia magik. ##sambungan felidae felis catus dan tempest trilogy.
Gadis Bunga Kuning (Rahsia 4000 Tahun) On Hold por eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    LECTURAS 10,115
  • WpVote
    Votos 752
  • WpPart
    Partes 8
Kisah ini berlaku disalah sebuah bintang yang terletak di galaksi Rima Sakti. Puisi dan kisah yang yang tidak tercatat dalam buku kini mula melebarkan layar melayarkan semula kisah yang hilang. Mari! Kita masuk dan saksikan kisah mereka. (sinopsis sementara) ~Malay fantasy~ -Cover illutration was credit to the real owner.
Dunia Antara 2 Dunia por ShafiqHelmi
ShafiqHelmi
  • WpView
    LECTURAS 495
  • WpVote
    Votos 14
  • WpPart
    Partes 6
Hafiz ialah 'anak' kepada sebuah mesin masa. Dia telah dihantar ke tahun 1978 dari tahun 1996 untuk mengatur sesuatu - sesuatu yang mampu memuaskan hati 'the soul'. Hafiz dilabel sebagai anak haram sejak kecil kerana dia hadir tanpa ibu dan bapa yang sebenarnya hidup dari masa depan. Hanya beberapa orang termasuk Pak Deris, bapa angkatnya dan Sara yang banyak membantu Hafiz. Hafiz diarahkan oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai 'the investor' untuk pergi ke Kuala Lumpur apabila umurnya mencecah 20 tahun. Dia dikatakan akan mendapat segala jawapan di sana. Namun apabila dia tiba di Kuala Lumpur, Hafiz hanya bertemu dengan Yusuf, seorang pengembara masa yang membawanya lebih banyak persoalan daripada jawapan. Apakah plan sebenar The Soul di masa hadapan? Siapakah Yusuf, si pengembara masa, dimata The Soul? Apakah kepentingan Hafiz di dalam plan 'the soul'?
THE ALCHEMIST (EDITING) por Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    LECTURAS 105,890
  • WpVote
    Votos 8,034
  • WpPart
    Partes 68
"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans ____________________________________ Demi Empayar Kota Bayangan yang tercinta, Demi Zamry iaitu adik angkat yang tersayang, Dan demi mimpi yang dipercayai, Syah akhirnya tekad mencari Bunga Asfloera untuk menghentikan keperitan penduduk Empayar Kota Bayangan yang dilanda Penyakit Misteri. Untuk mendapatkan bunga tersebut...Sungai Berasid,Jurang Kekayaan dan Lorong Roh haruslah dilepasi terlebih dahulu. Namun begitu,.. ...mampukah dia melakukannya apabila kenangan nan lalu,rakus mengejar diri? Sempatkah bunga Asfloera didapatkan sebelum tibanya musuh merampas harapan yang dicari? Mari kita ketahuinya... Started: 30/1/2016 [Cover image from @Saptember and edited by this story Author.] [Copyright All Rights Reserved]
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) por eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    LECTURAS 440,279
  • WpVote
    Votos 27,964
  • WpPart
    Partes 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.