Hanna girls side
5 stories
ICE HEART by syahirahrasol
syahirahrasol
  • WpView
    Reads 62,479
  • WpVote
    Votes 4,776
  • WpPart
    Parts 23
Suku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta lenyap dari dunia. Raja, permaisuri, hulu balang dan segala rakyat khabarnya mati dan hilang di dalam peperangan itu. Yang pasti masih hidup adalah anak Raja Kerajaan Ais. Lutfi dan Lili. 2 Orang anak kecil ini berpisah semasa mereka masih kecil lagi. Setelah 16 tahun berpisah mereka berjumpa antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, hanya Lutfi sahaja yg tahu bahawa adiknya sudah berada di depan mata namun bagaimana pula dengan Lili? Adakah dia dapat menerima hakikat bahawa di bukannya anak kepada ibunya yang sudah meninggal? Adakah dia dapat menerima Lutfi sebagai abangnya? Adakah dia dia percaya bahawa dia merupakan anak kepada seorang Raja? General Kama, merupakan pegawai kanan Raja serta ayah angkat kepada Lutfi, telah membawa Lutfi tinggal bersamanya. Dia merancang untuk membina semula zaman kegemilangan kerajaan Ais dengan menyatukan semula dua hati yang telah lama terpisah kerana mereka berdualah satu-satunya kunci kekuatan kerajaan Ais yang selama ini tersimpan dan harus dibuka. Release date:19/9/2016
 The Last Elemen by MikiAria
MikiAria
  • WpView
    Reads 179,673
  • WpVote
    Votes 11,365
  • WpPart
    Parts 75
Apa yang anda akan lakukan apabila pengetua anda menyuruh anda menjaga lima orang pelajar yang mempunyai elemen?...Itu lah apa yang terjadi kepada Amamiya Kanda. Dia terpaksa menjaga lima orang gadis yang mempunyai elemen...Dapat kah dia bertahan??
Humanity Angel [MALAY] by NurulHaqifa
NurulHaqifa
  • WpView
    Reads 62,497
  • WpVote
    Votes 3,813
  • WpPart
    Parts 23
Juvelline Clarance atau nama sebenarnya Bladual Sophine. Dia adalah anak ketiga kepada raja dan permaisuri bidadari. Tetapi sudah lama dia menetap di dunia manusia. Kenapa dia tinggal di sana? Semuanya berlaku atas kecuaian pihak pengurusan kerajaan. Dia jatuh dari dunia magis ke alam manusia. Di sana dia telah dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat. Juvel membesar seperti manusia. Personalitinya menyerupai manusia, tiada pun personaliti yang menyerupai bidadari iaitu baik dan suci mengikut lagenda. Suatu hari, perkara pelik berlaku. Dia bertemu dengan bidadara yang mengatakan Juvel ialah salah satu daripada mereka! Oleh sebab kebenaran sudah diketahui dia perlu pulang ke dunia magis. Dia perlu pulang! Kerana bahaya jika seorang puteri bidadari tinggal di bumi tanpa pengawasan. Banyak cabaran yang perlu dilalui apabila sudah berada di dunia magis. Juvel berdepan dengan banyak benda baru. Raksasa mitos atau lagenda ternyata wujud di sana! Kuasa ghaib dan bermacam jenis magis diamalkan. Raja menitahkan kepadanya untuk menyertai pasukan perang memandangkan kemahiran mempertahankan dirinya amat memberangsangkan serta fakta bahawa Juvel dilahirkan sebagai bidadari pahlawan. Namun dia bersahabat. Bersahabat dengan seorang lelaki yang tidak disangkanya menaruh minat kepadanya secara diam-diam. Dia bukan seorang bidadari namun seorang... SYAITAN PS: Novel ini mempunyai ciri-ciri anime. Jadi sesiapa yang banyak tengok anime tu boleh lah berimaginasi sikit. Lagi-lagi dekat funny part sebab memang diinspirasikan dari anime.
Mage (The Contract) Malay Version by olivia_amran
olivia_amran
  • WpView
    Reads 13,987
  • WpVote
    Votes 632
  • WpPart
    Parts 40
Mage merupakan sebuah cerita yang mengisahkan pejuangan sepuluh kanak-kanak yang terpilih memegang kuasa magik yang teragung. Kanak-kanak ini terpaksa menerima nasib mereka dengan pengembara di sebuah dunia misteri yang dipanggil sebagai dunia termusnah (Nama asal: Dunia Magik). Di sana, mereka telah menemui pelbagai misteri serta berdepan dengan pelbagai jenis peperangan demi mencari keamanan buat dunia tersebut. Setiap masalah dan peperangan yang berlaku mempunyai kaitan dengan sejarah silam. Jadi, Emi sebagai The King of Envoy berusaha sedaya-upaya supaya sejarah tidak berulang lagi.