defloral's Reading List
127 stories
TAKDIR CINTA LUFYA by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 49,532
  • WpVote
    Votes 5,124
  • WpPart
    Parts 34
STATUS: ONGOING Lufya Elaina x Irzan Qashfi Lufya Elaina dan Irzan Qashfi adalah dua jiwa yang pernah terluka disebabkan cinta. Namun definisi cinta bagi mereka berdua adalah berbeza. Bagi Lufya Elaina cinta itu membodohkan, kerana luka tercipta dari sesorang yang dianggap istimewa. Bagi Irzan Qashfi pula cinta itu membahagiakan, kerana cinta memberikan rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Perwatakan Lufya yang garang dan anti lelaki buatkan Irzan tertarik untuk mengenali gadis comel itu lebih dekat. Walaupun ditolak mentah mentah, namun Irzan tak berputus asa. Katanya dia sukakan cabaran. "Luf, you tak rasa ke jodoh kita kuat? Kat mana I pergi mesti terserempak dengan you?" -IRZAN QASHFI "Stop calling me Luf, I tak suka!" -LUFYA ELAINA "Okay shorty grumpy cheeky boom boom." -IRZAN QASHFI "Benci betul lah dia ni. You ni memang annoying kan!" -LUFYA ELAINA Awalnya Lufya rimas dan annoying dengan sikap tak tahu malu Irzan, namun tanpa sedar ianya mula menimbulkan rasa aneh yang sudah lama terkubur. "You kena lupakan apa yang dah lepas. Stop revisiting your past. You berhak bahagia Lufya Elaina." "Till now it hurts Qash. Dia boleh hidup bahagia tanpa rasa bersalah, sedangkan I masih berjuang dengan rasa trauma dan sakit yang tak berpenghujung." -LUFYA ELAINA "Then let me heal every broken pieces of you Luf. Let me love you the right way. I promise, I will show you what real love looks like." -IRZAN QASHFI Berjayakan Irzan Qashfi mendapatkan cinta Lufya Elaina, kerana cinfa Lufya sudah habis di orang lama. Mungkinkah TAKDIR CINTA LUFYA bakal menyatukan mereka atau sebaliknya? Started date - 17/6/25
[C•] Riev Little Flower by _adlinfdhlina
_adlinfdhlina
  • WpView
    Reads 3,634
  • WpVote
    Votes 146
  • WpPart
    Parts 82
RIEV NUQMAN X BUNGA ADARA | REPORTER X ATLET Enam tahun lalu, Bunga Adara meninggalkan kampung dan kenangan pahit bersama cinta pertamanya. Tanpa sempat memberi penjelasan, dia memilih untuk memulakan hidup baharu di bandar dan akhirnya muncul sebagai atlet pecut negara yang digelar Ratu Pecut. Kejayaan itu dibina dengan impian dan harapan daripada arwah ayahnya. Bunga belajar untuk tidak berharap, tidak bergantung, dan tidak membuka ruang untuk sesiapa pun terlalu dekat. Namun takdir menemukan semula dia dengan Riev Nuqman, lelaki yang pernah menjadi dunianya, kini seorang wartawan sukan yang ditugaskan menulis profil atlet kebangsaan. Pertemuan mereka tidak membawa penjelasan atau penebusan, hanya dingin dan luka lama yang belum sembuh. Riev sedar dia datang terlalu lewat. Dia tidak meminta Bunga melupakan masa lalu sebaliknya menawarkan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran Bunga perkahwinan selama tiga bulan. Tiga bulan untuk membuktikan kesungguhan, membina kepercayaan semula. Jika Bunga masih tidak mampu menerima, mereka akan berpisah tanpa sebarang ikatan. Dalam masa yang sama, Qyle, sepupu yang tinggal serumah dengan Bunga, sentiasa berada di sisinya menjadi tempat selamat, pelindung, dan sokongan tanpa syarat. Qyle menyimpan perasaan sendiri, memilih untuk tidak mengganggu kebahagiaan Bunga walaupun hatinya sendiri keliru antara cinta dan tanggungjawab. Riev Little Flower mengangkat konflik emosi tentang cinta yang kembali, peluang kedua, serta perjalanan seorang perempuan untuk berdamai dengan masa lalu dan memilih masa depannya sendiri.
Meant For Us. by theamezelle
theamezelle
  • WpView
    Reads 13,094
  • WpVote
    Votes 811
  • WpPart
    Parts 34
[ 1ST ROMANCE] [COMPLETE] [UNEDITED] Adrian Idries | Amelia Maleeka ─ arranged marriage : will this marriage last forever ? just them trying to love each other ∞
Milik Si Pendosa by Melurnoir
Melurnoir
  • WpView
    Reads 2,519
  • WpVote
    Votes 228
  • WpPart
    Parts 132
Nayla hanyalah gadis biasa. Bekerja di makmal hospital, membesarkan dua adiknya bersama ibu tunggal, hidupnya sederhana cukup sekadar untuk terus bertahan. Dunia Nayla hanya tentang menyelamatkan nyawa... bukan kehilangan. Sehinggalah dia bertemu dengan Raef. Lelaki itu muncul tanpa amaran. Dingin. Misteri. Berbahaya. Namun di sebalik mata yang penuh rahsia, Nayla nampak sesuatu luka yang tak pernah sembuh. Tanpa dia sedar, Raef bukan sekadar lelaki biasa. Dia adalah pembunuh upahan. Seorang pendosa yang terikat dengan masa lalu gelap dan seorang Dato berpengaruh yang mengawal setiap langkahnya. Bagi Raef, Nayla sepatutnya hanya menjadi satu kesilapan. Tapi semakin dia cuba menjauh, semakin gadis itu menariknya keluar dari kegelapan yang selama ini dia anggap sebagai rumah. Dalam dunia Raef, tiada siapa yang benar-benar selamat. Lebih-lebih lagi Nayla. Apabila satu kebenaran mula terbongkar tentang darah, dosa, dan siapa sebenarnya yang sedang memburu siapa Nayla terpaksa memilih: Untuk terus bersama lelaki yang penuh kegelapan atau melarikan diri sebelum dia sendiri menjadi mangsa seterusnya. Dan bagi Raef, buat pertama kalinya dalam hidup dia terpaksa memilih antara menjadi pembunuh atau kehilangan satu-satunya cahaya yang dia ada.
Future It's You by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 2,237
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 5
Jiwa sarat dihuni dengan satu nama. Hati telah menetapkan seseorang untuk dimilikinya namun jarak yang menjadi benteng penghalang. Dia memilih untuk menanti, kerana cinta tak pernah menuntut. Cinta hanya setia. Hidupnya yang telah runtuh dan kisah silam yang sentiasa menghantui telah meyakinkan dirinya hidupnya sudah tamat. Diragut oleh kesilapan, takdir dan luka yang tidak pernah sembuh sepenuhnya. Hari-hari yang kosong, seolah-olah dia hanya bernafas dan tak benar-benar hidup meskipun topeng senyum tidak lupa disarung. Sehingga wanita itu hadir, dengan impian yang belum selesai, dengan dunia yang masih baru dibina. "Saya harap Cik Asyreen masih ingat. Sebab sampai ke hari ni, saya tetap pegang kata-kata saya. Saya tetap galas tugas saya untuk tunggu Cik Asyreen seumur hidup saya." -Keir Mateen Dan apabila tiba saat penantian itu berakhir, dia tidak lagi sekadar mahu mencintai. Dia mahu mengejar tanpa berpaling. Memiliki tanpa ragu. "Teruskan niat awak untuk capai impian awak. Jangan ganggu saya. Kita masing-masing ada tujuan kita, Encik Mateen. Dan tujuan kita tak sama." -Nur Asyreen "Awak tujuan saya, Cik Asyreen. Awak impian yang saya nak kejar. Mana mungkin saya boleh pergi dari hidup awak." -Keir Mateen Kerana gadis itu bukan sekadar cinta, melainkan alasannya memilih untuk terus hidup. "Awak penghuni jiwa dan hati abang, Reen. My future... it's you..."
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 200,977
  • WpVote
    Votes 8,974
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
He Turned With A Ring (COMPLETE)  by secretgirl21
secretgirl21
  • WpView
    Reads 9,058
  • WpVote
    Votes 277
  • WpPart
    Parts 36
Nureen dan Zakwan mula mengenali satu sama lain sejak usia tiga belas tahun. Daripada sekadar kawan sekolah yang suka bergaduh kecil, hubungan mereka perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam. Zakwan ialah lelaki yang sentiasa ada untuk Nureen - menjaga, mendengar dan mencintainya dengan cara yang paling sederhana. Namun cinta manusia tak pernah lari daripada ujian. Ketika Zakwan menjalani latihan rekrut, satu khilaf telah menghancurkan segala kepercayaan yang dibina bertahun-tahun lamanya. Kesilapan itu membuatkan Nureen memilih untuk pergi, meninggalkan Zakwan dengan rasa bersalah. Selepas tiga tahun,takdir menemukan mereka semula. Tetapi pertemuan itu tidak lagi sama seperti dulu. "Nureen,saya tahu saya salah. Awak masih marahkan saya ke?" suara Zakwan perlahan, penuh penyesalan. Nureen tersenyum hambar sebelum memandang lelaki itu dengan pandangan yang kecewa atas kekhilafan lalu Zakwan. "Aku tak marahkan kau, Zakwan.Tapi aku benci kau. Pada aku, kau dah lama mati." Kata-kata itu cukup untuk menghancurkan hati Zakwan. Namun lelaki itu tetap bertahan. "Nureen,tolong bagi saya peluang. Saya nak tebus segala dosa saya. Izinkan saya halalkan awak." Masalahnya, mampukah hati yang pernah hancur menerima cinta yang sama untuk kali kedua? start: 26.5.26 end:15.7.26
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 12,811
  • WpVote
    Votes 2,384
  • WpPart
    Parts 18
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 320,649
  • WpVote
    Votes 12,290
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
KERANA DIA, CAPTAIN ADRISH (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 11,413
  • WpVote
    Votes 337
  • WpPart
    Parts 23
"Dan terbanglah bersamaku melintasi langit ketujuh" KERANA DIA, CAPTAIN ADRISH Aireena Sofea-seorang gadis yatim piatu yang hidupnya tidak ubah seperti Cinderella moden. Menumpang di rumah Makcik Anis selepas kematian kedua ibu bapanya, Aireena dilayan seperti kuli oleh makciknya sendiri dan sepupunya, Izzah. Hanya Raisya, sahabat sejati yang menjadi tempat dia mengadu nasib. Captain Adrish Aryan-seorang juruterbang muda yang berbakat namun memiliki ego setinggi awan. Anak sulung kepada Datuk Elhan Arrifin dan Datin Zahirah, serta cucu kesayangan Maktok Seroja dan Tokyah Zulkifli. Hidupnya sempurna, namun hatinya tertutup rapat untuk untuk cinta. Satu insiden kopi tumpah di lapangan terbang menjadi titik mula kebencian antara mereka. Adrish memandang hina pada Aireena yang dianggap tidak setaraf, manakala Maktok Seroja pula sangat mementingkan darjat keluarga. Namun, satu rahsia besar dan takdir yang tersurat bakal menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dipinta. Mampukah Aireena bertahan dengan layanan dingin Adrish dan kebencian Maktok Seroja? Dan mampukah Adrish melihat sekeping hati suci di sebalik kemiskinan gadis itu?