hidhirazali's Reading List
8 stories
SEJAK - sebuah novel Majida by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 36,502
  • WpVote
    Votes 726
  • WpPart
    Parts 12
Hud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergelar ibu tirinya. Ini bagaimanapun, bukannya kisah Cinderella dan jika ianya ya, mungkin Hud yang patut pegang watak ibu tiri. Hud mempunyai perasaan berbaur terhadap Raniya dan lama kelamaan perasaan itu menjadi makin tidak pasti walaupun yakni sesuatu yang tidak patut ada.
Operasi Bocor  by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 55,160
  • WpVote
    Votes 2,827
  • WpPart
    Parts 38
Eleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita Bad Genius je?" "Eh, tak. Bad Genius mana ada Adli Margera." Kisah geng empat bersindiket membocorkan soalan SPM.
Ramona Di Maran by zhafrannamadiberi
zhafrannamadiberi
  • WpView
    Reads 25,791
  • WpVote
    Votes 1,304
  • WpPart
    Parts 37
Khairan menjumpai Ramona di kawasan air terjun. Cedera parah. Hidupnya kacau-bilau selepas itu. Namun, detik-detik yang tercipta antara mereka berdua memudahkan segalanya.
LUPA - sebuah novel Fayyadh Z. Mahali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 61,674
  • WpVote
    Votes 1,355
  • WpPart
    Parts 16
Setiap yang hidup pasti akan mati.' Namun, hakikat tersebut tidak bermakna bagi Tuah. Sebuah panggilan dari nombor yang tidak dikenali menjadi pembuka tirai pentas sebenar kehidupannya; kebenaran hakiki mengenai keupayaan untuk hidup kembali setelah mati. Dan segalanya bertambah rumit apabila memori seseorang bakal menjadi galang-ganti bagi setiap kematiannya. Apa motif pemanggil tersebut dan siapa dia yang sebenarnya? Adakah kebolehan tersebut bersifat kekal atau sementara? Dua pilihan terhidang kepada Tuah - mengakali si pemanggil misteri untuk memberikan jawapan, atau biarkan mereka meLUPAkannya!
CARI - sebuah novel Sheriel Aizan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 29,624
  • WpVote
    Votes 870
  • WpPart
    Parts 14
Men are from Mars, women are from Venus. Tapi Aideed Sufyan dari planet mana? Aideed is a rebellious alien yang tersangkut di Mars kerana memiliki physical features seorang lelaki, malangnya kurang nak menepati sahsiah diri seorang lelaki normal Malaya. Aideed yang perahsia dengan falsafah pelik-pelik itu satu hari hilang di bumi Manchester. Datang kemusykilan yang berbagai-bagai...
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,722
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 48,943
  • WpVote
    Votes 1,344
  • WpPart
    Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
💀 Trofi by aensaari
aensaari
  • WpView
    Reads 39,936
  • WpVote
    Votes 2,461
  • WpPart
    Parts 49
Awas! 18+! Tajuk asal : Kardia (Jantung) Satu demi satu pembunuhan berlaku di Taman Midah, Cheras yang melibatkan wanita berwarganegara Indonesia. Setiap mangsa dibelah hidup-hidup, diambil jantungnya sebelum digantung sebagai satu simbolik. Pembunuhan-pembunuhan tersebut disiasat oleh Alias iaitu seorang pegawai penyiasat di IPD Cheras dan Isaac yang merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya. Penyiasatan mereka secara tidak langsung membongkar kes-kes pembunuhan yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Pada masa yang sama, Isaac sedang mencari jawapan kepada kes langgar lari yang sedang menghantuinya. Ianya membawa kepada penemuan Zulkafli iaitu banduan di Penjara Marang yang dipercayai memegang kunci jawapan pada setiap misteri yang berlaku. Setiap degupan ada rahsia. Dan, mereka perlu merungkai rahsia tersebut. Best wattpad achievement: #20 in Mystery/Thriller - 2 March 2017 #19 in Mystery/Thriller - 3 March 2017 #18 in Mystery/Thriller - 14 April 2017 #16 in Mystery/Thriller - 20 April 2017 #11 in Mystery/Thriller - 27 May 2017 #7 in Mystery/Thriller - 21 July 2017 #1 in Misteri - 8 August 2018