Fav
3 stories
The Unsung Hero - Wira Yang Tak Didendang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 23,126
  • WpVote
    Votes 392
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: The Unsung Hero Wira Yang Tak Didendang Penulis: Melur Jelita Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-80-2 Harga: RM38 (Semenanjung) // RM41(Sabah & Sarawak) Kissing cousin? Huh?! Bagi Deraman tak berdosa. Bagi Blackswan, sangat berdosa! Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. Sombong menonggek! Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih! Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda. Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula… Maryam : “Hutang boleh?” Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.” “Apa bunganya?” “Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.” ****** Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.” Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”
Salju Kyoto by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 30,668
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 15
Bacaan Awal Sahaja.. Tajuk: Salju Kyoto Penulis: Sara Aisha Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-96-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) 'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.' Musim dingin 2015. Kyoto. Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran. "Stay away from him." Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya? "She's my woman. You touch her... and you die." - A.K. Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini? "If you feed an evil soul, he'll become a devil." - Badri
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 127,252
  • WpVote
    Votes 2,686
  • WpPart
    Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.