AiraArySyah
Shika Ariana yang baru bangkit dari trauma yang dialaminya dahulu, kini perlu menghadapi masalah dengan lelaki yang ingin menghancurkan masa depannya semula.
"Kau nak apa lagi, huh!" - Shika Ariana
"Aku nak kau Shika!" - Farris Zafran
Kemarahan yang tidak pernah terjadi dalam hidupnya, terjadi setelah dia berjumpa dengan Farris Zafran. Lelaki yang sangat ego dan sangat menyakitkan hati. Ditambahkan lagi dengan rayuan cinta dari Farris Zafran.
Sedang dia bergelumang dengan kisah kehidupannya, muncul pula lelaki yang pernah terlanggarnya di kampung. Harris Daniel. Seorang lelaki yang ceria dan suka mengusik Shika Ariana. Melihat sahaja wajah Harris Daniel, ketenangan telah datang dalam jiwa Shika Ariana.
"Aku janji akan jaga kau sepenuh hati aku," - Harris Daniel.
Ketika cinta mula berputik, masalah lain muncul dalam hidup Shika Ariana. Dia tidak menyangka Harris Daniel dan Farris Zafran itu adalah adik beradik.
Bagaimanakah kisah cinta mereka terukir? Perluka dia lepaskan cintanya hanya kerana kebencian yang menguasai dirinya?