AryanieIsmail's Reading List
7 stories
ADELIA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,583
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 11
​Tajuk: ADELIA Penulis: Aryanie Ismail Harga: RM24 / RM27 Bukan Adelia pinta semua ini berlaku. Bukan Adelia minta jasadnya hilang daripada pandangan, tapi dia sendiri masih berlegar-legar begini. Dia pun tidak tahu kenapa. Adelia hanya menerima takdir hidupnya dengan reda. Siang dan malam tiada beza baginya. Sama sahaja. Tetap sunyi dan sepi. Adakah akan tiba hari di mana dia akan bebas daripada belenggu ini? Akan terungkaikah segala yang menjadi pertanyaan selama ini? "Awak, Adelia kan?" "Awak... awak... nampak saya ke?" "Betul kan awak Adelia? Adelia binti Tan Sri Adam Zainuddin?" "Ya, saya." "Tapi, bukan ke awak dah meninggal?" "Saya... saya..." Kehadiran Hakeem dan adiknya, Faradiba, membawa sinar kegembiraan buat Adelia yang sudah bertahun hidup dalam kesunyian. "Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku tak dapat melihat kau, tapi aku dapat rasakan yang kau ada di sini. Dekat dengan aku. Terlalu dekat, sehingga aku dapat mencium harumanmu." - Hakeem Adelia sebenarnya sudah mula sukakan Hakeem sejak pertemuan pertama lagi sehingga akhirnya dia tidak boleh menolak kata hati. Bahawa dia sudah jatuh cinta! Namun, untuk bersama dengan lelaki itu, adalah amat mustahil! Kerana dia, Adelia. Dia ada, serupa tiada. Dia hidup antara manusia, tetapi tiada siapa yang dapat melihatnya. Tapi dia tetap punya perasaan. Salahkah jika dia jatuh cinta, dengan manusia? 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
Koleksi Kisah Seram by Zeqiqbaal29
Zeqiqbaal29
  • WpView
    Reads 234,687
  • WpVote
    Votes 12,410
  • WpPart
    Parts 94
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang ikut sama membaca.Itu atas risiko anda sendiri. Ok tu je nak pesan.
LILY by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,808
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: LILY Penulis: ANIS AKHIR Harga: RM23 / RM26 ISBN: 978-967-2902-01-0 Bukan begini hidup yang dicari... "Satu... dua..." Azhan mula mengira. Kakinya juga melangkah sama dengan kiraannya. "Kau jangan berani dekat!" Lily mengacu pisau ke arah Azhan. Diusir pergi, menggali hidup sendiri... "Kesian pula aku tengok dia. Sampai macam tu sekali dia stres. Aku rasa mesti ada something yang pernah terjadi dekat dia dulu. Kau pun tengok sendiri kan badan dia penuh lebam-lebam. Entah-entah dia mangsa dera tak?" Kerana tidak pasti, hidupnya menjadi mati... "Jangan apa-apakan aku! Tolong!" Gadis misteri itu sedang tercegat di depan pintu dan tersenyum. Senyuman yang sama diberikan sewaktu mereka pertama kali berjumpa. Lily kenal orang itu. Mungkin dia lali, kisah hidupnya dicuri... "Aku tak percaya. Kau tu hantu! Kau jangan nak rosakkan fikiran aku! Aku dah gila agaknya," Lily meramas rambut menjadi kusut. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
PUNTIANAK LUBUK DALAM by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 2,454
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: PUNTIANAK LUBUK DALAM Penulis: SUHANA MAT LAZIM Harga: RM23 / RM26 Dengan kematian Siti Fatimah pada malam berdarah itu, bermulalah rasa takut dan gerun penduduk-penduduk kampung Lubuk Dalam. Ironisnya, kematian Darus turut berlaku pada malam yang sama, oleh pembunuh yang sama, tetapi dibunuh dengan cara yang berlainan. Kematian Darus bersaksikan anaknya, Dharwisy. "Ibu akan hantar kamu ke tempat lain. Ibu risau dengan kelebihan yang ada pada kamu. Ibu takut nasib kamu akan jadi seperti bapak kamu." "Ke mana ibu mahu hantar Abang Dharwisy?" "Riau." Pulangnya Dharwisy ke Lubuk Dalam, menamatkan sebuah penderitaan dan merungkai satu per satu tragedi yang berlaku di kampung Lubuk Dalam pada 16 tahun yang lalu. ​𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 ​​http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
DIAM by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 878
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 10
​Tajuk: DIAM Penulis: ZURA ANWAR Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-94-3 Darah mengalir di atas lantai. Mereka semua masih diam. Diam melihat badan yang kaku tidak bergerak itu. Jari Saiful menyentuh pergelangannya. Namun, tiada sebarang denyutan terasa. "Dia dah mati." "302. Kita boleh dituduh membunuh dengan niat. Hukumannya lebih teruk. Boleh jadi, hukum gantung." Mulai saat itu, seluruh hidup keluarga Pak Muhib berubah dengan serta-merta. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri. "Jadi... kita perlu sorok mayat tu." Namun, keputusan yang diambil mereka bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh mereka sekeluarga untuk menutup 'kemalangan' ini. "Tak ada mayat, tak ada kes."​​ 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
JOKO RONGGO by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 505
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: JOKO RONGGO Penulis: INTAN AIDDA Harga: RM24 / RM27 Pembunuhan misteri berlaku, tanpa petunjuk mahupun motif yang jelas. Satu per satu mangsa ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Heboh khabar angin dicanang, bahawa itu semua angkara Joko Ronggo. "Kami orang kampung rasa terancam. Kami tak nak mati. Kami tak nak jadi mangsa korban si Joko Ronggo tu." - Mail Dalam diam, ada seseorang yang menyimpan dendam. Dek rasa marah yang semakin menguasai diri, teganya dia menyebarkan fitnah. "Dia puja semula semangat Joko Ronggo tu untuk buat dia sentiasa nampak cantik. Dan sebagai balasan, dia jadikan suami dia sebagai korban." -Che Puteh Harith, pegawai polis yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan semua teka-teki itu. Logik akal terpaksa diletakkan ke tepi tatkala dirinya sendiri mengalami pengalaman aneh dan penuh misteri. "Aku rasa aku nampak Joko Ronggo tadi." "Kau pasti ke kau nampak 'benda' tu?" "Ye. Aku pasti. Dia berdiri betul-betul depan mata aku masa tu. Suara dia mendayu-dayu panggil nama aku. Hish, seramlah kalau nak cerita balik!" Rasa ingin tahu mula menguasai diri, sehingga membawa Harith pada pembongkaran satu rahsia yang sangat besar. PENGHANTARAN PERCUMA 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
CANTIK by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 2,137
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: CANTIK Penulis: YANIE ISMAIL Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-66-0 "Tak lama lagi awak akan cantik macam saya Aisha. Awak hanya perlu ikut arahan nenek dan saya"​ Aisha lihat Azrin menyeringai. "Akad!" kata nenek. Suaranya besar dan berat sehingga sebutannya kurang jelas pada pendengaranku.​ Aisha masih termangu. "Akad." Kali ini nenek menyebut perkataan itu dengan lebih jelas. Terus Aisha teringat kata-kata Azrin semalam bahawa sebelum memulakan rawatan untuk pertama kali, dia harus mengangkat akad. Aisha menyambut tangan nenek. Sebaik sahaja telapak tangannya bersentuh dengan telapak tangan nenek, terbeliak matanya kerana terkejut. Rasa sejuk tiba-tiba menjalar mencengkam hingga ke tulang hitam... ​🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 Diskaun 25% untuk pembelian secara walk in hanya di Kedai Buku DearNovels