azreens's Reading List
151 stories
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 720,902
  • WpVote
    Votes 23,362
  • WpPart
    Parts 67
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷 by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 779,160
  • WpVote
    Votes 21,867
  • WpPart
    Parts 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda. Start : 7/8/2021 End : 24/9/2021
My Cousin, My Duda by naezafie_07
naezafie_07
  • WpView
    Reads 540,215
  • WpVote
    Votes 16,737
  • WpPart
    Parts 50
Amaya Sofea, seorang perempuan yang sangat ceria dan happy go lucky. Dia telah membawa diri ke luar negara kerana heart broken 5 tahun lepas. Duda ?? Sepupu ?? belum pernah ada dalam listnya. Dah lah duda, sepupu sendiri pula tu ! Tengku Danish Hakimi, mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tengku Anayra Hanania. Isterinya meninggal sewaktu Ayra dilahirkan membuatkan perangai Hakimi yang dulunya sangat kelakar dan ceria berubah menjadi dingin dan baran Mampukah masjid yang dibina kekal ? Mampukah Ayra terima ibu tirinya ? Mampukah Maya mengubah semula perangai Hakimi seperti Hakimi yang dulu, sebelum kematian isterinya ? #1 in ceria #3 in ayra #1 in duda #1 in sakit #2 in komedi Book cover by : @nanahnnh_
KERANA BUKAN AKU (BACAAN PERCUMA) by dhilaasyfa
dhilaasyfa
  • WpView
    Reads 718,698
  • WpVote
    Votes 28,427
  • WpPart
    Parts 41
Wattys 2018 - PEMENANG KATEGORI PERUNTUN KALBU Sinopsis pendek: Pengantin lelaki sampai, Kak Izara dah buat hal. Yang tanggung masalah aku. Semua orang tutup mulut. Pekakkan telinga. Lagi-lagi keluarga mak ngah, sebab yang lari tu anak mak ngah. Yang jadi mangsa keadaan aku. Aku cuma ada Ayah Jin. Ayah Jin yang jaga aku dari kecil. Sebab pengantin lelaki ni anak angkat kesayangan Ayah Jin, aku pula dipaksa gantikan tempat Kak Izara. Apa salah aku sampai kena tanggung malu semua kesalahan Kak Izara? Pengantin lelaki ni pun satu. Tak tahu ke aku tengah bersusah-payah nak tamatkan pengajian sebab dah tahun akhir, ikut sahaja kehendak Ayah Jin. Kalau Ayah Jin suruh dia terjun gaung pun, ikut juga agaknya. Sekarang, akulah. Aku yang kena lalui. Hidup semati dengan Eimad. Cumanya, betul ke sampai ke akhir hayat. Sebab aku tak nampak kimia pun di antara kami berdua. **** Cerita klise. Konflik klise. Hero klise. Heroin pun klise. Eimad ♡ Firzah
Unexpected Love [°Complete✔°] by syfqhpiqah
syfqhpiqah
  • WpView
    Reads 240,807
  • WpVote
    Votes 7,561
  • WpPart
    Parts 54
Permintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan Qiswany melalui pelbagai perkara yang dia tidak ingini. "Tahu tak? Aku kahwin dengan kau cuma nak tunaikan permintaan Zamri dan ibu bapa aku. Nak aku cintakan kau? Aku rasa aku tak boleh." "Abang nak hidup sendiri? Kejar cinta abang yang tertangguh? Lepaskan tanggungjawab abang? Wany tak kisah, asalkan abang bahagia. Tangisan? Rintihan Qiswany? Langsung tak dipandang apatah lagi mencintai dirinya. "Kau jangan ganggu Wany lagi. Selagi Wany tak nak jumpa kau, tak nak maafkan kau, jangan harap aku nak lepaskan dia macam tu dekat kau." Bacalah? mana tahu korang boleh enjoy masa baca nanti? Adioss? Start: 26 Oktober 2017 End: 1 Februari 2019 Rating; #1 in konflik (18/7/2020)
Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔ by syfqhpiqah
syfqhpiqah
  • WpView
    Reads 695,290
  • WpVote
    Votes 39,983
  • WpPart
    Parts 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan abe crush dia kat tingkatan 6, Izwan Rafiq😳 Izwan selalu sangat jumpa dengan Riyana. Tapi tak berkesempatan nak cakap apa-apa sebab baru cakap satu perkataan minah ni dah lesap. Macam ninja lesap dia.🙈 Asal jumpa je lari. Asal jumpa je lari. Jenuh dia nak berbual. Tapi, sebabkan kata-kata dari Izwan, Riyana dah tak jadi Riyana yang Izwan kenal dulu. Bila jumpa je, Riyana selalu tundukkan pandangan. Takpun dia lari. Tapi, sekarang bila jumpa je, Riyana mesti buat muka meluat. "Selain awak pandai, tegas, jaga hubungan dengan Allah, hormat orang lain, jaga batas pergaulan, satu je awak tak pandai. Awak tak pandai jaga hati orang perempuan." Susahkan bila ada crush ni? Rasa sakit hati kita kena telan, semua yang kita rasa pasal dia kita telan. Tak kisahlah orang nak kata apa, dia tetap baik kat mata kita. Betul tak?😔 Start: 3 Februari 2019 End: 2 Ogos 2020 Ranking; #2 in pengawas (31/7/20) #1 in pengawas (29/10/20)
Be Mine •°Complete√°• by syfqhpiqah
syfqhpiqah
  • WpView
    Reads 501,060
  • WpVote
    Votes 20,764
  • WpPart
    Parts 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradik. Zawana berkawan baik dengan adik Akmal yang nombor 2, Aiman. "Ya Allah, hensemnya abang kau, Man." "Baik kau jangan dekat dengan dia weh kalau kau tak nak dibenci." "Kau dengan aku? Oh dear, perkataan layak pun tak sesuai untuk kau." Benci sangat ke Akmal dengan Zawana. Tapi kenapa? Apa salah Zawana sampai Akmal tak suka sangat dengan dirinya? "Mama nak Wana kawin dengan Akmal." "Wana setuju." "Akmal tak setuju, abah! Kenapa nak kena kawin dengan perempuan murah tu!" Mereka kawin jugak. Zawana dengan rela hati. Akmal pulak kena paksa. Zawana gembira, Akmal pulak terseksa. Zawana cintakan Akmal. Akmal benci Zawana. Entah bila agaknya nak habis dengan semua benda yang berlawanan dengan mereka ni? Boleh ke Zawana pertahankan rumah tangga yang Akmal sendiri langsung tak nak bina? "Aiman, macam mana aku nak buat Akmal jatuh cinta dengan aku?" So? Rasanya boleh ke? Ada caranya? Start: 3 Ogos 2020 End: 17 Ogos 2021 #1- novelmelayu (25 Ogos 2021)
Jauh Dari Cinta. [E]. by ejaroses
ejaroses
  • WpView
    Reads 201,479
  • WpVote
    Votes 5,451
  • WpPart
    Parts 52
Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Milik Keluarganya). Meski mertabat mereka jauh bagaikan langit dan bumi. Namun itu tidak menjadi penghalang cinta tulus mereka. Suka dan duka mereka tempuhi bersama sehinggalah mereka diijabkabul menjadi pasangan yang sah. Belum genap 2 bulan usia perkahwinan. Dia di sahkan hamil. How lovely. Bahagia bagaikan milik mereka. Bak kata pepatah. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Siapa sangka. Kehidupan mereka mulai berubah sedikit demi sedikit, saat hadirnya orang ketiga. Perbalahan mulai tercetus. Tiada lagi ungkapan 'cinta' atau 'sayang'. Masing-masing dengan ego sendiri. Namun kebahagiaan kembali menyinari mereka. Saat lahirnya gadis kecil yang di beri nama Puteri Sofea. Hadirnya si kecil. Memekarkan kembali cinta mereka. Namun ia tidak berkekalan lama. Sehabis pantang. Hubungan mereka kembali renggang. Sementara orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mula mengambil kesempatan atas kerenggangan hubungan mereka. Perbalahan demi perbalahan, ego bertemu ego, rajuk demi rajuk. Tiada lagi kesefahaman antara mereka, tiada lagi kepercayaan antara satu sama lain. Dan Akhirnya. Atas nama 'Cinta'. Talak di lepaskan. Didalam berapa detik mereka menjadi bekas suami dan isteri. Saya terlalu cintakan awak dan saya terlalu sayangkan awak. Di sebabkan itu. Saya kena lepaskan awak. - Hanif Firdaus. Just because i love you. I have to let you go. - Armell Adriana. Masing-masing pergi membawa sekeping hati yang telah berkecai 'Jauh Dari Cinta'. Namun takdir selalu sahaja menemukan mereka. Masih adakah peluang kebahagiaan untuk mereka?. Start: [050418] End: [170920] End With Epilog: [071020]
Dia Ustazku. [C]. by ejaroses
ejaroses
  • WpView
    Reads 1,865,009
  • WpVote
    Votes 60,458
  • WpPart
    Parts 1
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri Mariam. Berbagai cara mereka lakukan untuk mengubah anak tunggal mereka itu. Benarlah kata orang. Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. *** Keputusan Daddy Muktamad. You have to follow us. - Tan Sri Rahmat. _ Stressnya!!!!. - Zara Azzalea. _ Saya akan tunggu ustaz. - Ainul Mardhiah. Saya janji. Saya akan nikahi awak bila saya balik nanti. - Muhammad Yahya Lim. _ Benci i tengok ustaz itu. Poyo! Bajet Alim!. - Zara Azzalea. Goda Ustaz itu. Kita orang cabar kau! - Melly. *** Cabaran yang di sahut Zara untuk menggoda Ustaz Yahya. Ustaz yang menjadi mutawwif untuk jemaahnya. Tanpa di sengaja telah menjerat dirinya sendiri. Apabila dia tertangkap di dalam bilik hotel di mekkah berduaan dengan Ustaz Yahya. Orangtuanya yang begitu merisaukannya bersyukur apabila melihat keadaan itu. Dan menjadikan alasan itu agar Ustaz Yahya mengahwini anak gadis mereka. Meskipun mereka tahu Ustaz Yahya tidak bersalah. Zara Azzalea Tidak mampu berkata apa-apa. Dia sudah tiada pilihan lagi. Bagai di telan, mati Ibu. Di luah, mati Bapa. Hendak jujur. Keluarganya bakal mendapat malu. Kerana dia menggoda Ustaz Yahya. Tidak jujur. Juga mendapat malu. Namun tiada siapa tahu dia yang menggoda Ustaz Yahya. Dan bagaimana pula Muhammad Yahya Yang hanya mengharapkan Zara Menceritakan kisah sebenar saat itu. Bagaimana pula janjinya kepada Ainul Mardhiah?. Jika Zara Azzalea Tidak menceritakan hal sebenar. PS: Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "She she" "Wo Ai Ni". Start [080917] End [171217]
Ketua Kelas, Hate You! by Dallyshaz
Dallyshaz
  • WpView
    Reads 88,411
  • WpVote
    Votes 7,587
  • WpPart
    Parts 49
MY SECOND STORY 💕 Mengenali dari zaman kanak-kanak, tak semestinya wujud hubungan persahabatan. Berpisah buat beberapa tahun, tak semestinya wujud perasaan rindu. Berjumpa kembali, tak semestinya wujud perasaan gembira. BERTENGKAR, perkataan itu memang sebati buat mereka berdua. Dengan hanya satu perkara remeh yang terjadi pada waktu mereka masih kecil, wujudlah perasaan tidak suka terhadap antara satu sama lain. Pendapat tak pernah sama. Itulah mereka, Tengku Firash Ayrash bin Tengku Farhan dan Qisya Inara binti Nik Qashah. 🍁🍁🍁 "Woi, kau ni Qis asal main terjah-terjah masuk bilik anak teruna orang ni?" - Tengku Firash Ayrash. "Hekeleh. Aku bukan kebulur sangat nak rogol kau pun!" - Qisya Inara. 🍁🍁🍁 "Kau dah bayar ek?" - Qisya Inara. "Taklah, aku pergi bersedekah dekat kedai tu tadi." - Tengku Firash Ayrash. 🍁🍁🍁 "Kahwin?!" Setiap rumah tangga yang dibina, pasti adanya ujian yang dinamakan asam garam rumah tangga. Begitulah dengan rumah tangga mereka berdua. Berkahwin pada usia muda tanpa cinta tak mudah untuk mereka berdua serta tidak indah seperti yang difikirkan oleh orang sekeliling. 🍁🍁🍁 "Abang Firash. I miss you and I love you so much. I want you to be mine." - ??? "Don't cry over him Qisya Inara. I will always be by your side. Always." - ??? 🍁🍁🍁 "I hate you. I love you. I hate that I love you Tengku Firash Ayrash. Lepaskan aku!" - Qisya Inara. "I love you more than yesterday but less than I love you tommorow Qisya Inara." - Tengku Firash Ayrash. 🍁🍁🍁 Jadi, apakah pengakhiran kisah Tengku Firash Ayrash dan Qisya Inara? Nak tahu? Tekanlah read tu. Dah tekan read jangan lupa tinggalkan vote dan comment 😋😉.