Wife_shrek's Reading List
4 historias
MIRACLE OF LOVE | The Fate ✔ por Wife_shrek
MIRACLE OF LOVE | The Fate ✔
Wife_shrek
  • LECTURAS 2,654
  • Votos 102
  • Partes 15
Siapa sangka, cinta yang kita pertahankan selama ini, musnah begitu sahaja akibat kedatangan seseorang. Namun, kedatangan seseorang itu membawa seribu satu harapan terhadap kita. Diakui sebagai 'isteri' bukan lah mudah bagi seorang Izian Nadra menerima nya. Si Firash Amsyar ini pula datang dari masa hadapan untuk berjumpa dengan 'isteri' nya bagi melepaskan rindu terpendam. "Akhirnya, saya jumpa awak sayang.. Isteri saya yang saya rindu." Nampak seperti mustahil, tetapi takdir tuhan sesiapa yang tahu. Dalam jangka masa yang tuhan berikan iaitu 30 hari, mampukah seorang Izian Nadra memenuhi kehendak lelaki yang bergelar 'suami' nya pada masa hadapan. Siapa tahu, dari mulut kata tidak peduli, namun dalam hati siapa yang ketahui? Kehadiran Firash dalam hidupnya sedikit sebanyak mengubah corak hidupnya ke arah yang baru. Namun, di saat hati tersakiti meninggalkan kekasih lama untuk tanggungjawab yang baru menjadikan Izian Nadra bukan seorang Izian Nadra yang dulu. "saya minta maaf sayang.." "awak hanya tahu minta maaf je! Persahabatan dan percintaan saya lenyap sejak awak muncul! awak ingat dengan kata maaf tu segala-galanya akan okey? awak dah rampas hidup saya! sekarang awak nak saya jaga awak? sayangkan awak?! maaf! tapi saya benci awak!" Ketika diri dilema pelbagai perasaan, tuhan kirimkan satu dugaan baharu terhadapnya untuk memberikan kesedaran terhadap seorang Izian Nadra. "Lian, kau jangan risau.. Firash mesti sedar nanti." "ya, dia akan sedar. Aku pasti dia akan buka mata dan panggil nama aku. Cuma.. Masa tinggal hanya sepuluh hari lagi sebelum dia pergi." Mampukah dia menebus silapnya dalam jangka masa yang tinggal hanya sepuluh hari lagi? Antara diri nya atau masa, manakah yang mendahului? NOTE: Cerita rekaan dan imaginasi dari sebuah novel yang di baca. Tidak logik untuk di fikirkan, tapi jika itu hanyalah seni daripada seorang penulis. Tidak ada yang mustahil. jika tak suka, jangan add dalam library :)
FINE | The Dare ✔ por Wife_shrek
FINE | The Dare ✔
Wife_shrek
  • LECTURAS 39,792
  • Votos 1,396
  • Partes 97
WARNING: Cerita ni banyak typo.. Ada banyak kesalahan bahasa.. Dan jugak bahasa yang kebudak-budakan. Jalan cerita dari permulaannya sangatlah tidak matang. Sapa sudi boleh jemput baca. Thank you so much <3 Ini kisah seorang gadis yang sedang menaruh perasaan dia pada seseorang. Setiap hari,rasa ingin tahu dan ingin lebih dekat itu,membuak-buak di dalam hatinya. Diperhati dari jauh,stalk hanya di media sosial tanpa mesej,adakah kisah kehidupan si lelaki terdedah? Apakah akan jadi jika si lelaki sudah berpunya? "mimi...Kau okey kan??"-husna "tak,aku tak okey.It's not fine."-aku jika kita di takdirkan bersama,saya yakin sejauh mana pun awak lari kan diri,kita akan ketemu jua dengan kehendakNya."-aiman Highest Rangking #1 in MalayStory
OBSESION | Waiting The Day ✔  por Wife_shrek
OBSESION | Waiting The Day ✔
Wife_shrek
  • LECTURAS 5,128
  • Votos 344
  • Partes 15
Kisah yang pada mulanya adalah tentang kehidupan seorang polis muda yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi dugaan hidup setelah mendapat berita tentang kematian kawan serumahnya. Kematian inspektor Syakila bukan sebarangan, mayatnya hingga sekarang belum di temui. Kata polis, mayat polis malang itu mungkin telah di makan haiwan liar yang lalu di tempat kejadian. Selepas itu kes tutup serta merta tanpa khabar berita. Makin hari, hidupnya penuh dengan kes pembunuhan. Dia sendiri keliru. Orang di sekelilingnya sekelip mata meninggalkan dunia tanpa ucapan terakhir. Salah siapakah sebenarnya? Kehadiran Haziq yang turut hadir dalam hidupnya juga menjadi sebab dia susah hingga kini. Masalah peribadi sewajarnya tidak di campur adukkan dengan urusan pejabat. Hinggalah satu hari. Rahsia si dalang terbongkar.. Highest rangking: #1 in Mati #8 in Obses Start:6/12/2017 Hiatus:18/1/18 - 4/10/18 End:5/10/ 2018 Edit:26/11/2018
LIES | Innocent Killer ✔ por Wife_shrek
LIES | Innocent Killer ✔
Wife_shrek
  • LECTURAS 3,559
  • Votos 232
  • Partes 14
Begitu perit dugaan yang terpaksa di tanggung oleh seorang gadis bergelar Cool Princess atau nama nya adalah Nurul Jannah. Sepanjang hidupnya tak banyak kenangan manis yang tercatat dalam memori gadis berusia 19 tahun itu. Hadirnya seorang lelaki yang mesra iaitu Haris Amer menyebabkan dia sendiri tenggelam dalam perasaan nya. Betul lah apa yang di kata kan. 'Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan, kerana akhirnya akan wujud satu perasaan yang tak dapat di elakkan.' Sangkaannya cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Siapa yang sangka? hadir Haikal Hakimi memusnahkan segalanya termasuklah kebahagiaan yang baru di rasai. Bagaimana kisah hidupnya apabila tanpa sengaja dia mendapat gelaran 'Innocent Killer'.