Mambang_'s Reading List
11 stories
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 424,032
  • WpVote
    Votes 11,748
  • WpPart
    Parts 36
-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin? Dengan saya? Confirm?- Ini ayat aku semasa berjumpa dengan Si Dia kali pertama. -Saya yakin, awak jodoh saya. InsyaAllah- Ini pula jawapan Si Dia yang buat aku mati kata. -Lelaki pendiam ni banyak rahsia tau. Perangai buruk dia pun tak boleh nak detect- Ini ayat Linura bila aku mengadu tentang Si Dia yang susah benar nak diajak berbual. -Apalah nasib badan....rindukan orang yang tak ingatkan kita langsung- Dan ini, keluhan aku bila Si Dia langsung tak reply mesej aku semasa kami berjauhan. Suami aku, bukan setakat mulutnya saja berat. Jari jemari dia pun ikut sama berat nak menaip mesej!
Istimewanya Sharmila ( ✔ ) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 115,432
  • WpVote
    Votes 6,461
  • WpPart
    Parts 12
Shukri y Sharmila
Ramadhan Tiba (✔) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 158,965
  • WpVote
    Votes 7,462
  • WpPart
    Parts 26
Kisah Piah dan Abang Li bermula di bulan Ramadhan dan masih lagi berjalan sehingga ke hari ini.... Excerpt : "Abang Li baru je balik dari oversea. Jumpa Piah semula tak sampai sebulan pun lagi. Tup tup, keluar pantun empat kerat. Abang Li buang tabiat ke apa?" terus Piah menyembur. Tiada lagi tapisan kata. Pada Piah, Abang Li ini jenisnya terlampau berterus terang. Dan padanannya, Piah juga perlu bercakap tanpa belok-belok. Biar lurus saja semuanya. "It only takes a second to fall in love..." Tiba-tiba Abang Li bermadah Inggeris. Mulut Piah bergerak mengunyah angin. Cup cap cup cap bunyinya. Itu tanda Piah mula mahu diserang angin sawan. Piah cakap A, Abang Li pusing ke arah B. Ini lah masalahnya bila lulusan dalam negara berbual dengan lulusan luar negara! "Falsafah Abang Li tu, boleh ambil pergi buat kuih raya. Piah ni orang kampung. Tak faham semua ayat English tu." Abang Li ketawa. Makin membuat Piah berbulu. Orang tengah serius, dia boleh pula ketawa? Memang sah Si Ramadhan bin Azri ni...ada wayar putus!
Tercipta Satu Ikatan (Sudah Diterbitkan) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 181,209
  • WpVote
    Votes 4,724
  • WpPart
    Parts 28
Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga. Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah? Because I love you - Daniyal Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai. Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa Don't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - Daniyal Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada. Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?
Pernah Ada (✔) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 44,949
  • WpVote
    Votes 3,109
  • WpPart
    Parts 17
Kerana pernah ada cinta, benci dan rindu, ini semua terjadi... Author's Note : Setiap update pendek2 saja isinya. Harap maklum.
Hati Nurani (eBOOK) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 2,105
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 3
Adam x Nurani ©Project E-Zine Semasa datang membuat penilaian tentang syarikat yang baru diambil alih oelh majikannya, Adam bertemu dengan Nurani. Nurani yang misteri, tahu membancuh kopi mengikut cara dan sukatan yang Adam suka. Lebih mengejutkan, gadis itu juga tahu nama penuh Adam yang jarang digunakan dalam urusan kerja. Semua rasa tertanya Adam membawanya pada jawapan yang tidak masuk akal. Lantas Nurani dituduh penipu dan dipadam keluar dari memori hidupnya. Pada Adam, gadis seperti Nurani tidak boleh dipercayai. Namun rupanya tidak semudah itu dia boleh melupakan Nurani. Tiga bulan kemudian dia kembali mencari si gadis. Pertemuan kali ini membawa Adam pada jawapan untuk satu persoalan yang tidak pernah wujud. Mimpi yang selama ini menghantui tidurnya, rupa-rupanya bukan permainan tidur semata. Mimpi itu juga yang sebenarnya membuatkan takdir Nurani bertembung dengannya. Adam dan Nurani. Kedua-duanya sedang berada di atas jalan hidup yang masih kabur tidak jelas hala tujunya. Mungkinkah pertemuan ini akan membawa mereka masuk ke dalam haluan yang sama? Atau salah seorang daripada mereka cuma singgah untuk sementara?
Kelip-Kelip Cinta ( OV ) ( ✔ ) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 84,752
  • WpVote
    Votes 4,717
  • WpPart
    Parts 11
Di mana salah I, sedangkan I dah lama tahu yang I hanya mampu melihat, tapi tak mampu menyentuh?" - Leyla Manja Bidadari aku cuma Maira seorang saja. Tak akan ada yang lain - Putra Amar Sebab dia sentiasa jadi mangsa keadaan, Mai hantar dia kepada Abang. Sebab Mai percaya, Abang adalah lelaki terbaik yang boleh menjadi pelindung Leyla - Maira
Mister Rie punya Miss Stress ( ✔ ) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 129,466
  • WpVote
    Votes 8,611
  • WpPart
    Parts 19
Mulanya cuma ada Kak Mun, Kinah dan Indah. Tapi selepas Saila muncul, banyak pula cerita lain yang keluar. Tentang Encik Rie yang misteri. Tentang Saila yang selalu stress. note : Cerita untuk suka2 sahaja. Don't expect much. Ada apa sebenarnya antara Zul Qairie dengan Nur Saila?
Emelda (Sudah Diterbitkan) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 34,721
  • WpVote
    Votes 2,546
  • WpPart
    Parts 26
Sejak dari umurnya belasan tahun lagi, Akasyah sudah tahu Emelda adalah belahan hatinya. Satu-satunya wanita yang dia mahu sentiasa ada di dalam hidupnya. Tapi dia tidak pernah dapat faham mengapa Emelda sering menolak cinta yang dihulur olehnya. Dibayangi rasa risau akan kehilangan gadis itu, Akasyah meminta Taufiq untuk melepaskan Emelda ke dalam jagaannya dengan janji, dia akan menjadi suami terbaik untuk Emelda. "You deserved better, Akasyah." - Emelda "I don't want better. I just want you." - Akasyah Tinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri. Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri yang dia yakin lambat laun akan tetap tunduk padanya kerana cinta itu sebenarnya ada. Cuma Emelda saja yang tidak mahu meluah rasa. Merentasi masa, hubungan mereka mula berubah.Seperti bunga yang mekar kembang disirami mentari pagi. Tapi awan mendung berarak datang, membuat harapan yang mula berputik tiba-tiba layu. Si isteri rupanya sudah lama menyimpan satu rahsia yang menunggu masa untuk dilepas keluar. Bila dipaksa untuk berterus terang, baru Emelda memberitahu tentang rancangan asalnya mahu meminta perpisahan. "Awak kahwin dengan saya dalam keadaan awak tahu satu hari nanti awak akan minta untuk berpisah?"- Akasyah "Saya pernah cakap awak akan menyesal. Saya pernah beritahu awak bukan priority pertama dalam hidup saya." - Emelda Selagi manusia berusaha, selagi itu akan tetap ada cara. Tapi bagaimana jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, sedangkan sebelah lagi pihak berkeras tidak mahu membuka jalan? Sejauh manakah Akasyah mampu pergi untuk membahagiakan wanita yang bernama Emelda?
Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ ) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 94,553
  • WpVote
    Votes 2,768
  • WpPart
    Parts 10
Kompilasi cerita pendek : 1) Cinta Tak Ternilai 'Why don't you kill me instead Rafiq? I'd rather die than humiliating my mother like this.' 'Where's the fun in that? Kalau you nak mati, you boleh pergi lintas jalan or terjun gaung. Tak perlu I buat semua ni pun, you can find your own death.' 2 ) Lifetime Love 'Fan tak gembira Adam balik?' 'Gembira tak semestinya kena tunjuk Encik Adam. I can express it in many way.' 3) Cerita Kita 'What do you want from me actually?' 'Well...actually I want your heart.Can you share it with me?' 4) Antara Kita 'Kenapa abang tak percaya Syikin? Buruk sangat ke Syikin yang abang kenal sampai macam tu sekali Abang tak percayakan Syikin?' 'Abang takut kalau Abang percaya cerita Syikin,hati Abang pun akan percaya yang Syikin sebenarnya ada simpan perasaan dekat Hakim'