Hajoon973_
Sinopsis
Kerana kecewa kekasih hati berkahwin dengan gadis lain, Hajoon mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya, Seungcheol. Tanpa berfikir panjang, Hajoon terus menandatangani surat perjanjian tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Jungkook, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Hajoon mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Hajoon tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Jungkook kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Hajoon dan Jungkook terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Hajoon matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Seungcheol mula mengganggu rumah tangga Hajoon. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Jungkook dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Jungkook berjumpa Seungcheol tanpa pengetahuan Hajoon. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Hajoon atau dia balik semula pada Seungcheol.
"Joon tak buat benda tak senonoh tu ! Joon sudah berkahwin, Cheol!!!"
- Hajoon
"Hari ini oppa bahagia sangat sebab apa yang oppa nak, oppa dapat. Joon dah jadi milik oppa."
- Jungkook