mary_comel's Reading List
140 hikaye
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] tarafından Wnfhanna
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]
Wnfhanna
  • OKUNANLAR 2,427,996
  • Oylar 16,558
  • Bölümler 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA tarafından aainstellaa
RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA
aainstellaa
  • OKUNANLAR 4,800
  • Oylar 176
  • Bölümler 59
RINDU DI BAWAH LANGIT BERBEZA Hannah Amanda, seorang doktor pakar kanak-kanak yang berdedikasi, dibesarkan hanya oleh ibunya tanpa pernah mengenali siapa ayah kandungnya. Walaupun hidupnya penuh kasih sayang, ada ruang kosong dalam dirinya yang tidak pernah terisi. Namun, dia tetap menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan. Ethan Daniel, seorang Ketua Pengarah di RevTech Company, hidup dalam dunianya sendiri-bebas, berkarisma, dan penuh keyakinan. Kecintaan terhadap motosikal berkuasa tinggi menggambarkan jiwa liarnya, namun di sebalik segalanya, dia menyimpan rahsia yang tidak pernah dikongsikan kepada sesiapa. Pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja, mencetuskan perdebatan kecil yang akhirnya membawa kepada perkenalan yang lebih mendalam. Dari perasaan biasa, hubungan mereka berubah menjadi sesuatu yang sukar untuk diabaikan. Namun, di saat Hannah mula menerima kehadiran Ethan dalam hidupnya, satu kebenaran yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya terbongkar. "Kenapa, Ethan?! Kenapa awak tak pernah jujur dengan saya... yang awak bukan beragama Islam?!" - Hannah Amanda "Aku terpaksa, Hannah. Maafkan aku..." - Ethan Daniel Cinta mereka diuji dengan perbezaan yang tidak mampu diubah. Hannah tersepit antara perasaannya dan agamanya, manakala Ethan terpaksa berdepan dengan hakikat bahawa cinta tidak selalu dapat mengatasi segalanya. "Maafkan aku, Hannah. Aku sayangkan kau, tapi aku lebih sayangkan agama aku." - Ethan Daniel "Awak pergilah, Ethan. Carilah kebahagiaan awak. Anggaplah pertemuan kita hanyalah sekadar persinggahan. Fi amanillah." - Hannah Amanda Apakah takdir benar-benar mahu memisahkan mereka? Atau mungkinkah ada ruang untuk mereka bertemu kembali di bawah langit yang sama, meskipun berbeza?
ISTERI TUAN RIYAZ tarafından qashard
ISTERI TUAN RIYAZ
qashard
  • OKUNANLAR 42,514
  • Oylar 1,578
  • Bölümler 16
Mencintai, Lara Ezzara tidaklah sekadar lafaz yang terucap di bibir Riyaz Hanzalah. Dia, lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang, pernah menjanjikan cinta dan rindu untuk selamanya. "Abang akan buat apa saja untuk jadikan isteri abang, perempuan paling bahagia di dunia. Percayalah, cinta abang pada awak sampai syurga, sayang." ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 Tidak disangka, kebahagiaan Ezzara dan Riyaz sekejap cuma. Ezzara diuji dengan hebat, terseksa menanggung segala bebanan yang menghimpit, sengsaranya dia menepis segala hinaan. Lipatan kisah perih itu terselak atas kekhilafannya sendiri, Ezzara jatuh tersungkur di lantai takdir. "Kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut abang cuma menyakitkan hati, Zara?" ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀 Lelaki itu pernah berjanji, tapi janji itu lenyap. Dimamah oleh waktu dan dikhianati oleh lelaki yang pernah bersumpah setia, bersumpah akan menjaganya hingga ke akhir hayat. Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. "Melutut. Melutut dan cium kaki aku. Tunjukkan yang kau masih tahu dimana nilai kau sebagai seorang isteri, isteri yang hina!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 Itukah lelaki yang selalu Ezzara inginkan kembali? Ezzara telah terluka untuk kedua kalinya. "Lepaskan saya, Riyaz. Awak anggap jodoh kita sampai setakat ini saja." ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀 Enam tahun telah berlalu, berbekalkan hati yang terluka, dia pergi menghilang tanpa khabar. Riyaz menjadi seorang yang perindu, menagih simpati, pujuk rayu dan terus menerus menghukum diri. "...abang perlukan isteri abang. Janganlah hukum abang dengan rindu ini. Jiwa abang terseksa menanggung dosa! Abang merayu, abang melutut! Kembalilah, sayang!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙 START: 1/1/25 END: -
MEMORIES tarafından FloraDaniella
MEMORIES
FloraDaniella
  • OKUNANLAR 967,334
  • Oylar 49,910
  • Bölümler 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Berharap yang aku dapat lupuskan dia dalam memori aku" -Iskandar Short story© 21/03/21 -11/02/2024
+18 tane daha
SOFEA tarafından itswynaa
SOFEA
itswynaa
  • OKUNANLAR 210,671
  • Oylar 8,062
  • Bölümler 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
+12 tane daha
AATHIF'S | You Are Only Mine, Dear." | (LATE UPDATE) tarafından Estelle_Rose3
AATHIF'S | You Are Only Mine, Dear." | (LATE UPDATE)
Estelle_Rose3
  • OKUNANLAR 9,449
  • Oylar 423
  • Bölümler 12
Tunku Adreana Aqilah berumur 16 tahun dipaksa kahwin oleh ibunya, dia sangka dia dipaksa kahwin dengan lelaki biasa rupanya tidak. Lelaki yang dia dipaksa kahwin merupakan seorang duda yang telah bercerai dengan isterinya. siapa sangka, Adriana pada umurnya untuk mengejar pendidikan tetapi pada masa yang sama kena memegang tanggungjawab sebagai Isteri? Dengan ibunya yang pentingkan status dan saudara-mara si Adriana pula tidak suka akannya. "awak pasti nak kahwin dengan budak macam saya?" -Tunku Adreana Aqilah "Yes, Im sure. Since im the one who propose on you" Tengku Aathif Haidar "Awak tidak akan mampu tahan dengan saya!" -Tunku Adreana Aqilah "If I can't stand you, it means you're not for me, but even so, I want you and no one else. You only Mine Flower." -Tengku Aathif Haidar Apakah rahsia disebalik Aathif yang auranya masih kekal misteri? Apakah kerjayanya disebalik kekayaannya? Kenapa dia digelar The Ruthless atau The Angel Of Death. Sebuah perkahwinan diwujudkan tanpa cinta dengan penuh dugaan menempuh Adreana, untuk mempertahankan mentalitinya untuk fokus belajar dan toksik keluarganya. Sekali musuh-musuh Mafia kepada Aathif memburu dirinya dan juga suaminya. Mampukah mereka bertahan dengan keluarga kecil mereka? Mampukah Adreana dan Aathif bahagia pada penghujungnya? Sekali dengan pelbagai misteri akan dirungkaikan? Author Note: Maaf atas kesamaan Nama, alur cerita atau kesalahan ejaan atau tatabahasa. Late update
MR DUDA ON DUTY tarafından hashaulia_
MR DUDA ON DUTY
hashaulia_
  • OKUNANLAR 19,374
  • Oylar 603
  • Bölümler 19
Menjadi isteri bukan kerja mudah. Lagi-lagi bila baru seminggu kahwin, suami dah hilang tanpa khabar berita. Bukan sebab misi berbahaya. Bukan juga kerana tugas negara. Tapi... kerana alasan yang dia sendiri tak boleh terima. Serrafina tahu perkahwinan ini bukan atas dasar cinta. Jodoh pilihan keluarga, hati tak punya rasa. Jadi bila Haidar pergi, dia tak kisah. No feelings attached. Tapi mulut orang kampung? Lagi tajam dari api yang Haidar selalu padam. Dihina, dicaci, dipandang serong sehingga Serrafina nekad. Dia tinggalkan kampung, memulakan hidup baru di kota metropolitan. Dia bukan perempuan lemah yang akan menangis sebab lelaki. Tapi dunia memang kecil. Dalam tempoh seminggu di tempat baru, dia dipertemukan semula dengan lelaki yang dia cuba lupakan. Dan lebih malang, dalam keadaan yang paling memalukan. Di mana? Di celah pintu grill. Dan siapa yang kena selamatkan dia? Suami sendiri. "Kau main apa dekat celah grill ni, Serra? Dah macam budak terencat akal aku tengok." - Haidar Bibir masing-masing terkunci. Hanya mata yang berbicara. Tapi yang pasti, bukan rindu yang Haidar rasa. Serrafina? Dia tekad. Kalau dah nasib asyik bertembung dengan Haidar, dia akan make sure lelaki tu bayar segala 'hutang' yang dia tinggalkan. Tak cukup dengan tersepit jari di celah pintu, Serra beli kucing-semata-mata untuk panggil bomba. Alasannya? Kucing panjat pokok tak pandai turun. "You know what, we have a big case more than this. Takkan kucing panjat pokok pun kau nak panggil bomba, cik? Common sense lah sikit." - Haidar "Kerja bomba memang menyelamatkan segala benda hidup, kan? This is your job. Just do it. Don't complain too much." - Serrafina Tak cukup dengan kucing, Serra beli pulak ular. Dan bila Haidar tangkap, Serra pula yang melalak nak balik. "Haidar, please. Give me back my Jojo. Nanti Oyen takde kawan." - Serrafina "Kau ada masalah mental ke?! Celah mana logiknya beli ular sebab nak buat kawan dengan kucing?!"
+2 tane daha
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED] tarafından Yasmyns_Dahlia
2.0 | TERCIPTA UNTUKNYA [COMPLETED]
Yasmyns_Dahlia
  • OKUNANLAR 348,009
  • Oylar 14,881
  • Bölümler 54
Hanya kerana satu amanat terpaksalah Riana tunaikan dengan tidak rela. Bukan atas kehendak darinya, tapi dari orang yang telah banyak mengorban untuk dirinya. Nak taknak terpaksalah dia bersetuju meskipun hatinya keras melarang. Eh eh malang pulak datang menimpa. Lain yang ingin dia lakukan, lain pulak yang jadi. "Why not kau jadi isteri aku? Berapa? Cakap sahaja berapa. 300K? 500K? atau kau mahu lebih dari itu? Just name it... Tak perlu kau susah-susah bekerja macam ni..." Zaquan Firdaus. Pipi gadis itu diulusnya lembut. Pang! "Kau ingat aku ni murah sangat? Kau ingat aku ni boleh dijual beli? Nama saja macam ahli syurga, tapi perangai mengalahkan syaitan!" Riana Qamilia. Bengang betul dia! Fuh berbisa juga penangan dari seorang perempuan ni. Muka saja ayu tapi tingkah macam jantan! "Baby Sayang... bila kita nak kahwin? Tak bosan ke i hadap muka you, you hadap muka i? Kalau kita kahwin, dah tentu muka ni nanti bukan sahaja you boleh hadap 24 jam, but muka ni nanti yang akan teman tidur malam you..." ucap Zaquan romantis. "Baby Sayang ye... Nah ambik kau!" terus diterajangnya Zaquan Firdaus dan berlalu pergi meninggalkan Zaquan yang sedang menahan senak. "Kau tunggu... Nak taknak kau akan jadi isteri aku juga..." senyumnya sinis. Persoalannya berjayakah Zaquan? Boleh ke dia tundukkan gadis jantan seperti Riana itu? Dan apa pulak amanat yang diterima Riana yang tiba-tiba melibatkan Zaquan? Start : 11/11/19 End : 1/10/21 Beautiful Cover by @KuSyifaa_ Most impressive ranking : #1 in romantik ( 7/10/21 ) #3 in cinta (13/10/21) WARNING⚠ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED!
5.0 | THE RENTED HUSBAND tarafından Yasmyns_Dahlia
5.0 | THE RENTED HUSBAND
Yasmyns_Dahlia
  • OKUNANLAR 8,068
  • Oylar 1,142
  • Bölümler 10
Kai Eskandar x Luna Dahlia Start : 20/3/25 End :