Are_yunie's Reading List
7 stories
DIA ISTERI AKU (Completed) by ShinraGot7
ShinraGot7
  • WpView
    Reads 103,527
  • WpVote
    Votes 5,834
  • WpPart
    Parts 54
Tidak sangka seorang Artis terkenal berkahwin dengan peminat nya sendiri. Aiman Tino yang umur nya dalam 19 tahun dan dikenali ramai orang kerana membuat single lagu baharu yang bertajuk ku rela dibenci di Malaysia, berkahwin dengan seorang perempuan bernama Yaya yang umurnya 17 tahun tidak sangka itu terjadi, Yaya yang hanya menjadi Peminat nya sudah menjadi isteri nya yang sah mereka satu sama lain tidak suka dengan apa yang berlaku walaupun sebelum ini mereka suka kerana sebagai peminat dan idola sahaja. Mereka duduk sebumbung kerana disuruh oleh keluarga, Adakah mereka gembira hidup bersama dan at au mereka akan suka selepas membenci satu sama lain? Go to read my story... I hope sangat ada yang sudi membaca dan vote saya hargai vote anda. *Simbol* 'Percakapan didalam hati' (Perbuatan)
Saya Sayang Awak by fatenrasya
fatenrasya
  • WpView
    Reads 1,123
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 33
Xde sipnosis baca terus n support ok
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,762,482
  • WpVote
    Votes 139,897
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Suamiku ceo by rohaidarahman4
rohaidarahman4
  • WpView
    Reads 236,975
  • WpVote
    Votes 4,356
  • WpPart
    Parts 20
Aira Dhia Rana yang terpaksa berkahwin dengan seorang ceo yang terkenal iaitu Muhammad Arash Mikael Berlakunye insiden yang tak terduga yang meyebabkan mereka mengenali antara satu sama lain tetapi mereka tidak tahu yang mereka akan berkahwin. Apabila Arash mengucapkan cinta pada Aira datang pula kekasih lamanya, menagih cinta daripadanya semula.
Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD) by Bungakhayalan
Bungakhayalan
  • WpView
    Reads 520,928
  • WpVote
    Votes 13,270
  • WpPart
    Parts 76
[ON HOLD] [NO UPDATE] Dek kerana takutkan rahsianya membuntingkan anak gadis orang terbongkar, Adam Zaffri nekad meninggalkan bumi United Kingdom dan kembali ke tanah air.Pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari bibir ahli keluarga yang terkejut dengan kepulangannya tiba-tiba itu hanya dijawab dengan penipuan. Asalkan rahsianya kemas dalam jagaannya. Tak makan setahun Adam Zaffri menetap di Malaysia, dia hampir sahaja membuatkan mamanya diserang penyakit jantung! Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak kahwin! "Dengan siapa Zaff nak kahwin? Anak siapa? Kerja apa? Apa kelulusan dia?" Datin Husna. "Dia bukan sesiapa. Hanya seorang Azura Darleena." Apalagi yang ibunya harus lakukan? A kata Adam Zaffri, A lah kata kita! Tak ada majlis resepsi, tak ada jemputan sahabat-sahabat rapat, hanya majlis nikah dan doa selamat yang dimahukan Adam Zaffri! Datin Husna semakin pening! "Kenapa kau balik? Sudi ke kau nak pijak rumah buruk ni sejak kau berlakikan orang kaya? Kau nak jumpa siapa? Mak kau? Mak kau takde dekat sini, kau pergilah kubur dia, mintak ampun, mintak maaf sebab kaulah penyebab dia mati.Dasar anak tak kenang budi,kahwin tak bagitahu,kau balik ni pun sebab mak kau dah meninggal.Inilah manusia, sudah tiada baru nak hargai!" Pak Hamidi. "Kesian kau.Sanggup tebalkan muka untuk jadi isteri abang aku semata-mata nak tolong ibu kau.Tapi apa kau dapat? Niat kau yang suci murni tu akhirnya makan diri kau,Azura.Kau bersedialah untuk ditalak satu oleh Adam Zaffri." Aryana. "Wow! Hebat betul suami you! Larikan diri macam pengecut lepas i bagitahu dia yang i hamilkan anak dia? Tahu-tahu you yang jadi bini dia.I tak kisah jadi madu you, and i lagi tak kisah kalau dia ceraikan you." Suzy. #1 trending 6/11-10/11 #1 trending 24/11-26/11
Hanya Ada Kita by atheaariz
atheaariz
  • WpView
    Reads 542,233
  • WpVote
    Votes 1,410
  • WpPart
    Parts 2
"Aku upah kau bukan untuk jadi PA semata-mata, Zareen. Aku nak kau siasat sesuatu dalam hotel ni." - Ahsan Zareen Abdullah hanya mahukan kerja yang tenang. Tapi saat dia menerima tawaran sebagai pembantu peribadi kepada Ahsan Hawari dia tidak tahu bahawa dia sedang melangkah ke dalam kegelapan. Malam di hotel itu menyembunyikan sesuatu-pekerja yang ketakutan, lorong-lorong yang hanya berfungsi selepas tengah malam, dan van yang datang tanpa jejak. "Saya tak nak terlibat dalam benda ni." - Zareen "Tapi dia ada di sini, Zareen. Kau nak lepaskan peluang macam ni?" - Ahsan Kelibat seseorang yang pernah hilang dari hidupnya muncul di antara bayang-bayang. Zareen sedar-ini bukan sekadar tugas. Ini adalah peluang untuk dia menebus kesilapan yang telah berlaku. "Aku tak peduli apa jadi lepas ni, tapi aku nak mereka semua keluar dari sini." - Ahsan "Saya pun." - Zareen Tetapi bila bahaya semakin menghampiri, satu keputusan drastik perlu dibuat. "Mulai sekarang, kau bukan sekadar PA aku, Zareen. Kau isteri aku." - Ahsan "Kahwin bukan penyelesaian." - Zareen "Mungkin bukan. Tapi itu satu-satunya cara aku boleh lindungi kau." "Sebab dalam permainan ni, Zareen... hanya ada kita." Antara rahsia dan kepercayaan-mampukah mereka keluar sebelum semuanya terlambat? Atau ikatan ini hanya akan membawa mereka lebih jauh ke dalam kegelapan?
Personal Assistant by colorain
colorain
  • WpView
    Reads 135,628
  • WpVote
    Votes 3,993
  • WpPart
    Parts 15
Sentiasanya cinta tanpa diduga. Kisah ini menemukan Syed Naufal Bin Tan Sri Syed Akram dengan Munirah Binti Nazri, dari hari ke hari, bulan ke bulan, mereka mencipta memori. Sehinggalah mereka sedar, bahawa ada sesuatu yang tertinggal dalam hati masing-masing. || DISCLAIMER || Watak, karakter dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah mati. Jika terdapat persamaan, ianya hanyalah secara kebetulan sahaja. Segala grafik yang digunakan samada diubahsuai atau asli adalah bukan hakmilik saya sepenuhnya. Jika ingin dibuang, boleh berhubung secara personal. Terima kasih.