OnGoing ??
2 stories
CINTA HATI ALI by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 6,519
  • WpVote
    Votes 689
  • WpPart
    Parts 27
Hubungan antara gadis kampung dan CEO Megah Holding? Oh tidak. Kisah cinta antara Ali dan Fatimah bukan lah kisah cinta yang indah seperti dalam TV. Kisah cinta antara penoreh getah dan anak pengutip buah. Dalam kampung yang serba-serbi kekurangan dengan kemudahan moden itu, terdapat seorang lelaki yang bertungkus-lumus bekerja menoreh getah untuk membantu ayahnya menampung keluarga. Munculnya seorang gadis yang cukup cantik dan ayu ke dalam hidupnya membuatkan Ali bekerja lebih masa selama beberapa bulan. Setelah yakin pada hatinya sendiri, yakin pada takdir-Nya, Ali akhirnya berhasrat meminang gadis pujaannya itu. Walaupun dia tahu, duit simpanannya masih tidak mencukupi untuk menampung hidup gadis itu, tapi dia tetap akan usaha sehabis mungkin. Lebih baik bekerja keras daripada pujaan hati dirembat orang. ❝Sebenarnya, kita rancang nak masuk minang awak hujung minggu ni. Kita harap awak boleh terima kita.❞ - ALI FIRDAUS ❝Hujung minggu? Esok lah, kan? Saya harap awak pegang kata-kata awak. Saya tunggu awak esok, Ali.❞ - FATIMAH AZZAHRA Bak kata orang tua, rezeki tak salah alamat, jodoh tak kemana. Akhirnya, mereka berjaya di ijab kabulkan dengan izin kedua belah keluarga. Namun, bolehkah mahligai yang baru dibina itu berdiri teguh dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan ekonomi yang semakin menyeksa kini? Adakah kebahagiaan menanti kedua mempelai itu, atau perpisahan yang menjadi penutup kisah mereka? ゚𐦍༘⋆ PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
FIGHT FOR LOVE (AJJC)  [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,931,731
  • WpVote
    Votes 19,776
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025