Bidadari Langit untuk Si Hitam Manis (SUDAH TERBIT)
Izzat92izzati
- GELESEN 1,431
- Stimmen 43
- Teile 14
"Ros! Maaflah, abang lambat datang jenguk Ros! Ros sihat? Ros ada sakit dekat mana-mana tak?," - Saiedon.
"Ro... Ros?," - Sophiea Adelline.
Akibat satu kemalangan yang hampir meragut nyawa, Sophiea Adelline diselamatkan oleh penduduk kampung yang tidak dikenali. Hampir semalaman Sophiea tidak sedarkan diri dan apabila sahaja terjaga tup tup...
"Siapa saya?,"
Sophiea hilang ingatan! Saiedon kebetulan mengenali Sophiea mula berlakon bahawa dia waris Sophiea setelah beberapa hari Sophiea di hospital tanpa ada waris yang menjenguknya. Atas dasar dendam dengan apa yang telah dilakukan Sophiea terhadap dirinya, Saiedon sanggup menipu orang kampung bahawa Sophiea adalah keluarga angkatnya.
Sophiea terus tinggal di kampung tersebut dengan menggunakan identiti lain. Dia hidup seperti biasa. Semakin lama, semakin gembira dia tinggal di situ lebih-lebih lagi Saiedon telah menjaganya dengan baik. Dari niat untuk membalas dendam, niatnya itu terus berubah. Melihat kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Sophiea membuatkan Saiedon terus melupakan dendamnya itu. Pada masa yang sama, perasaan aneh mula meracuni hatinya itu. Perasaan aneh? Cintakah itu? Saiedon cuba menafikan semahu-mahunya.
Kegembiraan Sophiea di kampung itu tidak lama setelah munculnya Ryan Shauqie, tunang dan penyebab kemalangan yang berlaku di atas Sophiea. Dia bertemu Sophiea semasa Sophiea sedang menjual durian di tepi jalan. Di saat itu, dia mula mengenali gadis seperti Sophiea itu. Jika benar gadis itu adalah tunangnya, pencariannya selama ini akan berakhir. Penyeksaan terhadapnya selama ini akan tamat!
Tetapi, Saiedon mula menyedari kehadiran Ryan. Dan dia tahu itu adalah waris sebenar Sophiea. Adakah dia akan menghalang Ryan dari bertemu Sophiea? Adakah dia akan menceritakan perkara sebenar kepada Sophiea? Bagaimana pula hatinya yang mula diracuni dengan virus cinta itu? Saiedon berperang dengan dirinya sendiri.