shayunk's Reading List
191 stories
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 63,445
  • WpVote
    Votes 4,152
  • WpPart
    Parts 59
Menjadi anak bongsu dan satu-satunya perempuan dalam kalangan tujuh orang abang bukannya satu keistimewaan buat Alya. Di sebalik gelaran 'puteri', ada kasih sayang yang kadangkala terasa menyesakkan dan tembok perlindungan yang terlalu tinggi untuk dipanjat. Kehidupan mereka lapan beradik adalah simfoni yang pelbagai nada; ada abang yang tegas melindungi, ada yang lembut memujuk, dan ada yang diam memendam rahsia. Namun, tawa dan hiruk-pikuk harian mereka sebenarnya hanyalah sebuah tabir. Di sebalik bahu-bahu yang gagah itu, tersimpan retak yang kian menjalar dan luka lama yang enggan sembuh. Apabila satu demi satu rahsia silam mula tersingkap, Alya tersedar bahawa tugas menjaga bukan lagi milik abang-abangnya semata. Ternyata, wira-wiranya juga manusia biasa yang boleh hancur. Kini, Alya perlu belajar menjadi kekuatan buat mereka, membalut luka yang sekian lama terbuka, sambil memastikan ikatan persaudaraan mereka tidak karam dipukul badai rahsia. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.
ANTARA KITA [OG] by esshlees_
esshlees_
  • WpView
    Reads 51,416
  • WpVote
    Votes 2,004
  • WpPart
    Parts 56
~Cerita ini mengisahkan tentang perbezaan kehidupan dalam setiap keluarga-tentang luka, tentang kasih yang tak selalu adil, dan tentang harapan yang muncul tanpa dijangka. Apabila Sophia bertemu dengan Taufiq, dunia yang dulunya kelam mula kelihatan bercahaya. Dari situ, dia mula mengenal erti kebahagiaan dalam sebuah keluarga dan merasai, untuk pertama kalinya, apa itu cinta yang benar-benar tulus. --- MALEEQ AL TAUFIQ Atau lebih dikenali sebagai Taufiq. Seorang lelaki berusia 28 tahun, tinggi lampai sekitar 188 cm, dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Dengan personaliti tenang dan penampilan kemas, dia sering menjadi perhatian wanita di sekelilingnya. Taufiq mempunyai seorang adik perempuan bernama Maryam Ellena, dan latar belakang keluarganya cukup stabil dan penuh kasih-berbeza sekali dengan Sophia. --- NUR SOPHIA SAFYIA Lebih mesra dipanggil Sophia. Wanita berusia 23 tahun ini memiliki rupa paras yang manis dan tubuh tinggi sederhana, sekitar 164 cm, cukup untuk membuat mata tertumpu padanya setiap kali dia melangkah masuk ke mana-mana ruang. Namun di sebalik pesonanya, tersembunyi kisah hidup yang tidak mudah. Sophia merupakan anak kedua atau bongsu daripada dua beradik mempunyai seorang abang bernama Ahmad Safwan Syed. Hidup dalam keluarga yang agak rumit dan tidak sehangat yang diimpikan, dia terbiasa menyimpan rasa sendirian... sehinggalah dia bertemu Taufiq. start - 3/6/2025
MASK | ( Hiatus ) by SHA_ATASHA
SHA_ATASHA
  • WpView
    Reads 183,496
  • WpVote
    Votes 8,994
  • WpPart
    Parts 32
MASK
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 124,726
  • WpVote
    Votes 5,881
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
KHILAF CINTA [OG] by _Mylia_
_Mylia_
  • WpView
    Reads 1,650
  • WpVote
    Votes 135
  • WpPart
    Parts 10
Muhamad Khairul x Wardina Syafira
ELENA ERYSHA by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 461,248
  • WpVote
    Votes 17,277
  • WpPart
    Parts 54
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
C | MY HEARTLESS WIFE by Dehana
Dehana
  • WpView
    Reads 85,705
  • WpVote
    Votes 3,037
  • WpPart
    Parts 57
Dikhianati oleh kekasih dan sahabat baik sendiri, Laura Medina berubah dari seorang gadis penuh cinta menjadi wanita berhati beku. Tiga tahun hubungan yang dibinanya ternyata hanya satu pembohongan kejam. Zafran tidak pernah mencintainya, malah hanya mendekatinya demi Daria, kawan baiknya sendiri. Cinta pertama musnah. Kepercayaan hancur. Hati berkecai. Tapi takdir seakan bermain permainan baru bila seorang lelaki misteri muncul dalam hidupnya. Senyumannya menenangkan. Tatapannya menikam. Tapi siapa dia sebenarnya? Dalam misi membalas dendam dan membina semula kekuatan diri, Laura tidak pernah merancang untuk jatuh cinta sekali lagi. Tapi bila hati mula bergetar semula, mampukah dia melawan rasa... atau akan jatuh ke dalam perangkap cinta sekali lagi? START - 1 Jun 2025 END - 31 Ogos 2025 EDITED -
Malrique: Of Blood and Silence🔚  (Complete) by Didarayne
Didarayne
  • WpView
    Reads 43,402
  • WpVote
    Votes 2,208
  • WpPart
    Parts 59
"Ini bukan kisah cinta yang indah. Ini kisah tentang luka, dendam, dan dua hati yang terlalu sunyi untuk saling bersuara." Rael Malrique tidak berharap lagi pada cinta. Hatinya telah lama mati sejak kehilangan ibu, kakaknya... dan wanita yang pernah dia cinta setulus hati tapi hanya dipermainkan di akhir. Ayra Malaiqa juga tidak pernah berhenti mencintai walaupun cintanya ditolak. Dipaksa menjadi pembunuh, dikhianati takdir, dan kehilangan figura seorang lelaki terbaik yakni abahnya, Ayra belajar untuk hidup dengan pisau di tangan, dan air mata yang tidak pernah jatuh di depan sesiapa. Sembilan tahun berlalu. Mereka bertemu semula bukan sebagai kawan lama, tapi sebagai dua manusia yang sudah berubah saling hancur kerana masa lalu. Dan apabila Ayra menjadi orang ke 12 dalam organisasi gelap yang dipimpin Rael... segalanya menjadi lebih rumit. 💍 Sebuah kisah tentang cinta yang terpendam, luka yang berdarah, dan kesetiaan yang begitu dalam. "Cinta yang dulunya tidak dihargai, kini menjadi harapan dalam hidup Rael. Dia tidak mahu hilang wanita yang begitu tulus dan ikhlas cintakannya." "Ayra sanggup mati demi Rael. Cintanya terlalu besar buat lelaki itu, meski dia tidak dipandang." ➤ Jika kamu suka kisah mafia + dark romance + keluarga + emotional heartbreak maka cerita ini tercipta untuk kamu. ⚠️ Kisah ini ditulis untuk pembaca matang Segala kata yang yang tidak elok dalam cerita ini mohon jangan digunakkan ya, ini hanyalah cerita semata. 💬 Mari kita nikmati cerita ini dengan hati terbuka, adab dan empati.