farisjamalFJ's Reading List
29 stories
NISKALA by IrseMayra
IrseMayra
  • WpView
    Reads 112
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 6
Apa yang membezakan android dan manusia? Berapa lama selamanya itu? Jika mereka kekal selamanya, ke mana harus mereka tujui bila manusia yang dicintai telah tiada?
Antarakasa by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 520
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 23
-Bila Manusia Berlagak Tuhan- Tahun 2315. Manusia sudahpun berserakan di seluruh bima sakti. Menjadikan ruang angkasa yang luas itu, sebagai tempat tinggal mereka. Pun begitu, manusia masih lagi tak menguasai perjalanan di ruang angkasa. Kapal angkasa mereka lambat, hanya mampu bergerak dalam kelajuan hampir ataupun separuh dari kelajuan cahaya. Kerana itulah koloni-koloni manusia di luar angkasa ini hidup dalam serba kekurangan. Dan keadaan tanpa undang-undang, dalam dunia yang penuh kekacauan. Semuanya berubah bila seorang saintis, Faris Khamis, menjumpai cara untuk memanipulasi lohong hitam. Membolehkan manusia bergerak pada kelajuan lebih pantas dari cahaya. Tapi ada sesuatu yang menanti mereka di dalam lohong hitam itu. Harga yang perlu dibayar kepada manusia yang cuba berlagak sebagai Tuhan.
Puteri Bunian Bulan by AliffMustafa96
AliffMustafa96
  • WpView
    Reads 21,092
  • WpVote
    Votes 783
  • WpPart
    Parts 26
Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga. Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia. Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya. Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,774
  • WpVote
    Votes 1,745
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 40,805
  • WpVote
    Votes 791
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Sidang Dewan by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 54,683
  • WpVote
    Votes 2,276
  • WpPart
    Parts 176
Ahli politik adalah tempat di mana rakyat mengadu nasib, dan tempat di mana rakyat melemparkan marah. Tetapi politik ini adalah percaturan dalam permainan. Disebalik pakatan, ada pisau di belakang mahu menikam. Jika idealisme yang kau cari dalam politik, kau silap tempat. Tempat ini ialah tempat orang makan orang.
PARAGON by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 18,948
  • WpVote
    Votes 3,221
  • WpPart
    Parts 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu masih ada. Situasi tersebut memberikan kesan buruk kepada semua pihak, terutamanya para rakyat. Nell, seorang remaja lelaki dengan kuasa aneh telah bertekad untuk keluar dari kurungan negaranya. Dia perlu ke utara demi mencari seseorang. Namun sepanjang perjalanannya, malapetaka sentiasa berlaku. Dia sendiri tidak pasti adakah semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Takdir telah menemukannya dengan Kaio dan Sonny, dua orang pelarian yang cuba hidup seperti biasa selepas peperangan; Azaka, seorang perempuan yang mempunyai suatu misi yang tidak diketahui; dan Auvo, lelaki penyendiri yang terpaksa keluar dari 'persaraannya'. Dalam kekalutan dan huru-hara, mereka perlu mencari solusi untuk menamatkan segala sengketa yang telah berlanjutan buat selamanya. Cover: Su Jian (Artstation)
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,390
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
Username 1 by FeralCreatureV
FeralCreatureV
  • WpView
    Reads 144,528
  • WpVote
    Votes 12,031
  • WpPart
    Parts 38
Highest Rank: #11 in Science Fiction I am a seventeen year old named Anonymous. I do not know my real name or my past because my brain was wiped clean. Along with other amnesiac teenagers, I was taken to an academy and all I had to do was sleep, dream, and repeat. The dreams I and the other "Awakened ones" had, were submitted into a dream log in order for us to compete to become "Username 1." Thinking the number 1 was the lowest we could get, we would shed sweat and blood to achieve this title. Becoming Username 1 not only made you a leader of your fellow dreamers, but it also let you move onto the next level of becoming an Elite. *Some chapters will be based on actual dreams* Cover by @lumierutsuki