0nlynuhaa
- Reads 342,301
- Votes 9,855
- Parts 23
"Rayu padaku, walau sekali... dan aku akan kembali seribu kali."
Nur Nadia Safeeyah dan Tuan Thaqif Hayyan membesar sebagai sahabat kecil yang selalu bersama tetapi akibat desakan hidup, keluarga dan masa yang memisahkan pertalian mereka. Dan apabila mereka bertemu kembali, kedua-duanya sudah berubah. Thaqif Hayyan, beliau kini akan menjadi seorang pemilik syarikat yang ternama, manakala Nadia pula cuma wanita biasa yang menyimpan luka lama.
Tanpa disangka sesiapa tetapi disangka oleh takdir, mereka dikahwinkan dalam keadaan rahsia. Mulanya, mereka hidup bersama dengan bahagia yang mana ianya penuh dengan gelak tawa, cemburu manja dan rutin kecil yang mendamaikan.
Tetapi tanpa angin tanpa ribut, segalanya mula berubah apabila satu pendrive muncul.
Satu nama lama kembali.
Dan satu kebenaran terbongkar.
Dan saat itu, Nadia mula sedar bahawa cinta yang selama ini dia peluk erat ialah terbina di atas sebuah pembohongan.
Dia pergi. Tanpa pesan.
Meninggalkan Thaqif yang meratap dalam diam selama tiga tahun lamanya.
Tetapi, cinta mereka tidak pernah mati.
Thaqif kini bukan lagi lelaki yang dulu. Di balik kekuasaan dan kejayaan, dia masih mencari wanita yang mencuri jiwanya sejak kecil lagi. Dia rela tunggu dan terus menunggu walau selamanya.
Kerana bagi Thaqif, cinta yang suci adalah hadir daripada jiwa yang suci jua.
"Kalau awak tak sudi pandang saya sebagai suami, pandanglah saya sebagai lelaki yang pernah jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu." - Thaqif Hayyan.
-
Minta budi baik akak cantik manis dan adik tampan bergaya supaya tidak plagiat story saya ini ye😊 Kalau saya dapat tahu, maaf sangat. Saya terpaksa ambik tindakan ye☺️
Cerita ini 100% daripada idea seorang gadis Introvert ini iaitu saya👀 Jadi harap maklum ye sayang saya. Harap sangat titik peluh, lena malam saya yang dicuri akan dihargai💞🫂