The Best Fantasy Book
12 stories
Alfreiden Core [On Going] by Rudeus-kun
Rudeus-kun
  • WpView
    Reads 69,491
  • WpVote
    Votes 7,163
  • WpPart
    Parts 46
Genre : Action, Adventure, Fantasy, Magic, Romance, Shounen Seorang siswa SMA bernama Raizen Shiki dibunuh oleh para seniornya karena membocorkan kejahatan mereka. Di ambang kematiannya, sesosok yang disebut roh suci memindahkannya ke dunia lain dengan suatu syarat. Dia harus memberikannya kutukan. Pertemuan pertamanya ketika terbangun menuntunnya menuju sebuah kerajaan besar. Namun, setelah tinggal sementara di sana, Shiki memutuskan untuk pergi. Di bawah alam sadarnya, dia mempunyai tujuan yang tidak jelas. Tujuan itu mengantarnya ke sangkar para iblis. Siapa sangka Raja Iblis yang kabarnya telah dikalahkan oleh 4 Pahlawan sekarang bangkit di hadapannya yang kemudian melancarkan invasi di seluruh dunia. Cover by : Rudeus-kun
KILAT by AmEerHaRiss
AmEerHaRiss
  • WpView
    Reads 10,048
  • WpVote
    Votes 863
  • WpPart
    Parts 54
sebuah kisah fantasi komik berkenaan dengan senjata-senjata ajaib,kuasa dalaman,aura-aura dan seumpanya. Kilat sebagai watak utama ataupun Hero yang memainkan peranan penting dalam kisah ini. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca..hahaha
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,115
  • WpVote
    Votes 16,251
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
DANIEL  by SuhoBaekkie05
SuhoBaekkie05
  • WpView
    Reads 7,588
  • WpVote
    Votes 775
  • WpPart
    Parts 20
"Mereka mengatakan yang 200 tahun lepas,Dani menghancurkan seluruh dunia IO tanpa belas kasihan tapi sejarah kata tidak.Sebab apa? Sebab sejarah tahu apa mereka tak tahu" ============ "Aku bukan Dani" ============ "Memori aku hilang sejak-" "Memori kau tak Hilang,Niel.Ia cuma dikunci" "Dikunci oleh?" "Daniel" "Daniel?" Permulaan yang membosankan berakhir dengan pengakhiran yang mendebarkan.Kebenaran dan kepalsuan.Siapakah pemenangnya? "Lindungi mate kau" "Aku adalah Kau dan kau adalah AKU" "Apabila rahsia dan memori yang terkunci dibuka" "Dan semuanya bermula dengan Daniel" Fantasy+Romance🌠 »The truth behind The Name« 80% my idea 💞 20% inspired from another fantasy story! (Pahlawan lagenda,Gadis berdarah Suci,Aydan The angele etc,Aisya si pawang etc❤) 030417= #65 in Fantasy 300417= #35 in Fantasy
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) [STOP] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 25,670
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 39
Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka. Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El. El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka. Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook. Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang yang mahu menculik El. Selamatkah El dan ke mana mereka ingin membawanya? Apa yang Azrael lakukan untuk menyelamatkan El? Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ? Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 94,430
  • WpVote
    Votes 10,832
  • WpPart
    Parts 47
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris. [Sloooooow Update.]
Red Raven (Completed) by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 19,257
  • WpVote
    Votes 1,822
  • WpPart
    Parts 21
#Sequel kepada Tempest (BOOK 2) Mengisahkan tentang seorang gadis yang dalam pelarian akibat dari kebolehan magik yang dimilikinya. Berambut merah, anak mata yang boleh bertukar warna, R dikecam sebagai pembuat magik yang kewujudannya sangat asing. Kerana takut dengan kebolehan ini, orang ramai cuba untuk membunuhnya. Suatu hari, ketika cuba untuk menyelamatkan diri, R terjatuh ke dalam sebuah lubang perangkap. Di situ, dia bertemu seorang lelaki pelik yang ingin mati. Setiap hari, dia pasti akan mencuba untuk membunuh dirinya sendiri.. Persoalannya.. Mengapa? # Kepada yang belum baca Tempest, sila baca dahulu kerana cerita ini adalah sambungan Tempest.. #Tempest Trilogy book 2 Highest ranking : #top 10 action (16/17)
FATED ENCOUNTER (BAHASA MELAYU) - BUKU 2 BLOODY FRIENDSHIP by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 47,502
  • WpVote
    Votes 3,690
  • WpPart
    Parts 38
Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius. Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya. Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya. Dan Pegasus pula mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Dia tidak mahu membahayakan nyawa orang lain tetapi apa yang dapat dia lakukan untuk menghalangnya? Agi pula sentiasa bermain dalam fikirannya. Sukar untuknya menjauhi Agi. Bagaimana Agi hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan apa pula masalah yang dihadapi Pegasus? Malah, muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak? Baca dan selami masalah mereka dalam buku kedua ini! XD
Aku Adalah Aku by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 57,719
  • WpVote
    Votes 4,745
  • WpPart
    Parts 76
Noir Raiden adalah seorang pelajar lelaki yang sering dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah tinggi. Dalam dirinya terdapat jiwa yang lain iaitu jiwa vampire, Rikiya. Raiden adalah anak kepada seorang vampire dan manusia yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia berumur satu tahun. Selepas kejadian tersebut, dia dijaga oleh sepasang suami isteri yang mengambilnya dari rumah anak yatim untuk dijadikan anak angkat mereka. Tiga bulan selepas hari lahirnya, dia telah bertukar kepada Rikiya pada waktu malam dan dia telah melakukan kes pembunuhan terhadap para pembulinya di sekolah. Adakah Raiden akan bertukar kepada Rikiya untuk selama-lamanya? Adakah dia akan terima dirinya sebagai vampire yang telah membunuh ramai pelajar yang pernah membuli dia di sekolah? Adakah dia akan menyerah diri selepas Ayato berjaya membongkarkan misteri pembunuhan tersebut? Apakah hubungan Raiden dan Ayato? Siapa sebenarnya pembunuh dalam kes tujuh belas tahun lepas yang melibatkan nyawa mak dan ayah Raiden? -Rank- 2016 #4 - Jun #3 - Jun #10 - Sept #25 - Dec 2018 #16 - Jan #14 - Jan #7 - Jan #23 - Feb
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 439,892
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.