CekMoon's Reading List
2 stories
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,857
  • WpVote
    Votes 799
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
BUKAN HANYA SEKADAR CINTA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 19,190
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: BUKAN HANYA SEKADAR CINTA Penulis: EMMA MARIAM Harga: RM24 / RM27 Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri. Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi 'pendengar' setia awak. - Isa Rafael. Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael 'dengar' dengan penuh setia. Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal. Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu! "Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?" - Kamelia. Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga. Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy. Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso. Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.