princess_qiestyna's Reading List
3 stories
MUA MOST WANTED de karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Leituras 22,541
  • WpVote
    Votos 646
  • WpPart
    Capítulos 15
PENULIS: AIFA BATRISYA TAJUK: MUA MOST WANTED TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT : 560 HARGA : RM23 (SM)/RM26 (SS) Pernah tak anda mengalami situasi begini? 1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal? 2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh? 3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis? 4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula? Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang. Tidak habis di situ, biarpun Lara 'cuba-cuba' lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara. "Faheem, saya rasa saya suka awak." - LARA Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan. "Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya." - FAHEEM
TUNANG KE-9 de karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Leituras 80,521
  • WpVote
    Votos 2,112
  • WpPart
    Capítulos 15
Tajuk: Tunang Ke-9 Penulis: Anabella Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-58-7 Harga: RM31.00 (Semenanjung) // RM34.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. "Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!" - Shah "Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?"- Reny Fathia "Apa?" - Shah "Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!"- Reny Fathia. Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast!
LELAKI KIRIMAN TUHAN de karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Leituras 141,919
  • WpVote
    Votos 1,706
  • WpPart
    Capítulos 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...