Fifytot's Reading List
5 stories
[C] Qaiser:Sempurna tanpa syarat  by Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Reads 1,003
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 41
Qaiser Hariz, seorang pemuda berkelulusan Teknologi Maklumat, kini bekerja sebagai System Analyst di sebuah syarikat teknologi terkenal. Dia memiliki personaliti yang gembira dan santai, berdikari, dan tetap manja dengan mamanya. Minatnya pada dunia motor sportbike membuatkan dia seorang lelaki yang gigih bekerja demi mencapai impiannya. Namun, takdir menemukan kembali Qaiser dengan cinta zaman sekolahnya, Nurin Izzati seorang gadis yang diuji dengan kehilangan ibu, ayah yang meninggalkan tanggungjawab setelah ibunya meninggal, dan terpaksa menjaga adik perempuan yang menghidap penyakit Sindrom Down. Nurin membesar dalam kekurangan, hanya sempat belajar hingga SPM, dan terpaksa bekerja keras demi menyara keluarganya. Pertemuan semula mereka di tempat kerja membawa kembali kenangan lama, namun jurang kehidupan membuatkan Nurin berasa tidak layak untuk berdamping dengan Qaiser. Dia cuba meletakkan jurang apabila Qaiser cuba mendekatinya. Sifatnya berubah apabila kehidupan mengajarnya untuk tidak percaya pada insan bernama lelaki. Bagi Qaiser, kesempurnaan tidak diukur melalui wang, pangkat, atau darjat cukuplah dengan hati yang setia. Namun, cinta mereka diuji apabila realiti kehidupan menuntut pengorbanan. Adakah cinta itu akan cukup kuat untuk menepis segala perbezaan... atau akan hancur kerana masa depan yang tidak berpihak pada mereka?
𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 223,741
  • WpVote
    Votes 8,923
  • WpPart
    Parts 66
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
Dr. Semantik Cinta by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 8,347
  • WpVote
    Votes 268
  • WpPart
    Parts 41
[COMPLETED] Lecturer & Student Edition Di fakulti, dia pensyarah 'hot' yang paling diminati. Di luar kampus, dia cuma seorang lelaki berumur 35 tahun yang penat disoal, "Bila nak kawin?" Bagi Dr. Fairel Calief Atharizz, pelajarnya tidak lebih daripada sekadar adik-adik. Mendidik itu keutamaan, cinta itu kemudian. Namun, tanggapannya punah bila perkahwinan aturan keluarga menemukan dia dengan Inara Helena-pelajar fakultinya sendiri yang memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) empayar perniagaan keluarga! Bernikah dengan pensyarah sendiri? Itu langsung tiada dalam perancangan Inara. Demi menjaga nama baik keluarga dan amanah kerjaya, mereka sepakat merahsiakan status rumah tangga. Maka bermulalah lakonan acuh tak acuh di dewan kuliah dan sikap Fairel yang selalu menduga kesabaran Ammara di depan pelajar lain! Ingatkan hidup berahsia ini tenang, rupanya tidak. Gaya hidup mewah Inara dan kereta mewah yang memukau mata mula mencetuskan fitnah hangat warga kampus, sehinggalah satu hantaran di confession universiti membongkar segala-galanya dan meletupkan ruang media sosial. Daripada hubungan 'pensyarah-pelajar' kepada rahsia yang terbongkar, mampukah Fairel dan Inara mempertahankan cinta ini?
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 747,259
  • WpVote
    Votes 21,039
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 211,179
  • WpVote
    Votes 14,234
  • WpPart
    Parts 66
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅