wata_sina's Reading List
90 stories
Husband? by blacknightpishh
blacknightpishh
  • WpView
    Reads 5,538
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 30
Aisyah Nur Farhani hanya mahukan satu perkara dalam hidupnya: Bau harum roti yang baru dibakar dan kebahagiaan pelanggan di bakerinya, Farhani's Delight. Baginya, tepung dan gula lebih mudah difahami berbanding perasaan manusia. Namun, dalam setiap kesibukannya, ada satu susuk yang sentiasa menjadi bayang-bayang setia-Ayyad Luthfi. Ayyad bukan sekadar kawan baik. Dia adalah lelaki yang tahu berapa sudu gula yang Aisyah mahu dalam kopinya, dan lelaki yang sentiasa ada saat oven bakerinya meletup. Hubungan mereka cukup selesa, cukup "selamat"... sehinggalah satu permintaan daripada keluarga Yunus mengubah segalanya. "Aisyah, aku rasa... kita patut kahwin." Hanya satu ayat daripada Ayyad, dunia Aisyah berpusing 360 darjah. Persahabatan yang dibina bertahun-tahun kini di hujung tanduk. Adakah Ayyad benar-benar mencintainya, atau sekadar mahu memenuhi tuntutan keluarga? Saat gelaran 'kawan baik' bertukar menjadi 'suami', Aisyah mula menyedari bahawa dia tidak pernah benar-benar mengenali siapa Ayyad Luthfi yang sebenarnya. Di sebalik sifat tenang Ayyad, ada rahsia dan rasa yang tersimpan rapi. Dapatkah Farhani's Delight bertahan apabila hati tuannya sedang bergelora? Dan mampukah Aisyah memanggil Ayyad dengan gelaran... Husband?
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 532,388
  • WpVote
    Votes 11,105
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,032,414
  • WpVote
    Votes 8,546
  • WpPart
    Parts 12
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 1,056,737
  • WpVote
    Votes 53,565
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
Nayla Sophea [C] by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 20,582
  • WpVote
    Votes 997
  • WpPart
    Parts 41
Nayla Sophea. Seorang pelukis sepenuh masa dan peminat nombor satu Hasif Idham. Juga si kelam kabut yang berkepala batu. Dicarikan jodoh oleh mummy katanya mahu cari sendiri dan calon pilihannya tak lain dan tak bukan pastilah... Hasif Idham. Orangnya tenang-tenang saja. Kawan baik abang Nayla. Tetapi dalam tenangnya itu mampu membuatkan si Nayla sakit jiwa. Si kepala batu itu sering menjadi bahan usikannya. "Abang tak dengar ke Na cakap? Na sukakan abang!" "Pheah... pergi mandi dulu. Gosok gigi pun belum dah sibuk nak cakap sukakan abang." "Na dah mandilah!"
ELVINA: THE MISSING PIECE | EBOOK by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 88,041
  • WpVote
    Votes 753
  • WpPart
    Parts 10
(BACAAN AWAL) "Hutang nyawa mesti dibalas nyawa!" Elvina Puteri. Hidupnya penuh kelabu. Semenjak sedar dari koma, dia disahkan hilang ingatan. Ketika dia masih berperang mencari siapa dirinya, muncul seorang lelaki berwajah garang dengan mata helang - mengakui Elvina sebagai isterinya. "Nama kau, Elvina. Nama aku, Maleq. Dan kau Elvina, ialah isteri aku, Maleq." Kenyataan itu terasa seperti menghempap dada. Namun Elvina terpaksa menerima hakikat tersebut, kerana Maleq sentiasa di sisinya. Kasar bahasanya. Dingin nadanya. Tetapi kehadirannya terlalu nyata untuk dinafikan. "Aku faham, Elvina. Jadi orang jahat ni memang payah. Banyak muslihat kau nak kena fikir. Jangan risau. Take your time. Aku boleh tunggu." Kata-kata itu menambahkan kekeliruan dalam fikirannya. Sedikit demi sedikit, Elvina mula mempersoalkan dirinya yang lama. Layanan orang sekeliling menguatkan lagi sangkaan itu. Hingga Elvina percaya... dia benar-benar orang jahat. Dan dia telah melakukan kejahatan yang mungkin tidak layak mendapat keampunan. Start: 18/12/2025 End: 19/12/2025
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete) by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 491,016
  • WpVote
    Votes 18,134
  • WpPart
    Parts 56
Aku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah nya terhadap ibunya, menjadikan dia seorang yang berhati dingin dan sekaligus membenci ayah nya. Gemar terlibat dalam lumba haram. Walaupun dia kaya harta, tapi dia miskin dengan kasih sayang. Takdir telah menemukan dia dengan seorang gadis misteri yang telah menyelamatkan nya semasa dia kemalangan ketika terlibat dalam lumba haram. Hanya sepasang mata gadis itu yang kelihatan kerana dia memakai pelitup muka. Dan gadis itu kekal menjadi misteri sehingga 5 tahun lama nya Haq setia mencari dan menanti gadis itu muncul semula. Adakah Haq akan terus setia menanti gadis itu? Yang dia sendiri tidak tahu rupa sebenar gadis itu, dari mana usul nya dan siapa nama nya..
THB [Treat Her Better] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 633,603
  • WpVote
    Votes 17,203
  • WpPart
    Parts 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"
MARRY MY SCANDAL (TERBIT) by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 838,775
  • WpVote
    Votes 9,556
  • WpPart
    Parts 10
NEW TUANKU'S GENERATION "Power tastes sweeter when it's forbidden." START : 23 JULAI 2025 END : 26 NOVEMBER 2025
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL  by mochies_
mochies_
  • WpView
    Reads 4,610,360
  • WpVote
    Votes 278,240
  • WpPart
    Parts 61
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya seperti budak 2 tahun Dan paling mengejutkan ialah apabila si ketua mafia yang kejam , Aidan Lutfi mahu menikahi si gadis kecil itu , Arya Amanda "abang hensem tolong sikatkan rambut Arya boleh? ibu dengan ayah kena ikat macam mana nak mintak tolong sikatkan rambut Arya hm" Arya Amanda " babygirl.. " Aidan Lutfi HLA- HIS LITTLE ANGEL