haniszukri's Reading List
5 stories
#HURT by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 56,431
  • WpVote
    Votes 1,064
  • WpPart
    Parts 15
Novel akan berada di pasaran Januari 2016
Selamat Tinggal Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 40,858
  • WpVote
    Votes 477
  • WpPart
    Parts 15
Novel akan berada di pasaran Januari 2016
Bius Cinta Dari Ardul Kinanah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,039
  • WpVote
    Votes 970
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bius Cinta Dari Ardul Kinanah Penulis: Azraq Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-81-5 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni "Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris Naim Fitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi. “Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani “Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim “Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya. “Ya zauji... Ya zauji... Ya zauji...” Sejak itu, hidup Haris Naim tidak tenang sehinggalah dia pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semester. Prinsipnya yang dipegang selama ini mula goyah apabila perempuan yang sering mengganggu tidurnya selama ini muncul di depan mata.
Pembuka Hati by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 31,070
  • WpVote
    Votes 458
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Pembuka Hati Penulis: Sara Aisha Penerbit: Karyaseni Harga: RM 24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) http://karyaseni.my/index.php/novel/pembuka-hati-detail
Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 299,905
  • WpVote
    Votes 1,755
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerana Dia Manusia Biasa Penulis: Wan Nur Najihah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-80-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.