❤ M Y F A V 🌺 M A L A Y
7 stories
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,072,892
  • WpVote
    Votes 154,066
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,530,664
  • WpVote
    Votes 256,982
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,337,243
  • WpVote
    Votes 328,883
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Perjanjian Cinta  by faerydates
faerydates
  • WpView
    Reads 1,217,515
  • WpVote
    Votes 26,640
  • WpPart
    Parts 58
[ COMPLETE ] Perjanjian yang disebabkan oleh perkahwinan paksa telah dipersetujui oleh Rafeeq Irham dan Sara Ilyana telah membawa mereka ke arah percintaan yang lebih rumit. ' Aku akan ceraikan kau lepas Erina habis belajar ... ' - Rafeeq Irham ' Okey. Aku setuju. ' - Sara Ilyana Semakin lama mereka duduk di dalam satu bumbung, bibit-bibit cinta telah terukir. Hayqal yang masih mengejar cinta Sara sedikit demi sedikit mengganggu kehidupan rumah tangga mereka.
Cintai Aku. [ complete ] by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,914,123
  • WpVote
    Votes 63,932
  • WpPart
    Parts 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung sendiri. Tak pernah dia minta untuk dilahirkan supaya dibenci. Bila fitnah menghentam diri, dihalau pula dari rumah dan diminta untuk tidak memunculkan wajahnya lagi. Mujur masih ada yang sudi menerima dirinya. Menumpang kasih sayang Hajah Ameena sekeluarga walau sedar siapa dirinya. Bertemu pula dengan Datin Mariam yang punya agenda sendiri. Dia mahu dan dia tekad ingin bermenantukan gadis polos dan lemah lembut untuk Rafique Iman. Namun tidak bagi Rafique Iman. Cintanya hanya untuk Nadine. Tiada siapa mampu menghalang. Tapi sayangnya pada Datin Mariam melebihi segalanya, ditunaikan juga hasrat mamanya yang satu itu. "Aku tak kisah kalau kau suka dekat aku, tapi aku takkan suka dekat kau even mama aku suka kau sangat-sangat. Ingat tu." - Rafique Iman. Tapi bila cinta mula berputik, menyatukan dua hati, mulalah tersingkap kebenaran yang membuatkan hati Nur Adra terluka dan kecewa. Lalu, dia pergi mencari ketenangan demi mengubat hati. Dan Nur Adra sedar yang dia memang tidak berhak untuk bahagia. --- Start; 16 January 2018. End; 19 December 2018
Suamiku Kepala Batu by hyerika
hyerika
  • WpView
    Reads 382,405
  • WpVote
    Votes 11,936
  • WpPart
    Parts 59
Dini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raqish, Nina yang banyak songeh menyebabkan Dini bertambah bengang dengan keduanya. Satu kejadian yg tidak diduga berlaku menyebabkan Dini perlu berkorban demi maruah orang lain dan demi persahabatan kedua ibu bapa mereka. Muncul pula Zara dengan ragamnya. Dia hadir lalu mengharu-birukan hidup pasangan itu. Tetapi bukan sahaja Zara yang tidak menyukai rumah tangga mereka. Dini Aqisha yang tidak dapat menerima dirinya menjadi mangsa merancang sesuatu. 'Raqish Iqbal tersenyum hambar. Jika dibandingkan dia, entahlah. Mungkin lambat lagi masa yang akan tiba untuk dia memangku anak sendiri. Mungkin bakal anaknya juga bukan beribukan Dini Aqisha. Sekali lagi dia mengeluh.' Terbit rasa menyesal di hati Dini Aqisha. Dini Aqisha kembali mengatur rancangan. Kemunculan Fariz hampir menggagalkan perancangan Dini Aqisha. Sikap Raqish yang keras kepala juga turut menyukarkan rancangannya untuk berjalan lancar. Mampukah Dini Aqisha melancarkan perancangan dengan berjaya?
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 4,342,456
  • WpVote
    Votes 65,016
  • WpPart
    Parts 32
2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memulakan kerjanya yang pertama sebagai seorang houskeeper di situ tanpa mengetahui siapakah pemilik hotel mewah tersebut. Di fikirannya, CEO Lauren's Hotel pastinya dah tua. Rambut penuh uban yang memutih dan mempunyai cucu yang berderet-deret. "Hey, watch your eyes! Pervert!" - JANNA. Memang silap besar bila dia tuduh majikannya itu 'pervert'. Bagaikan satu mimpi ngeri baginya, dia sentiasa menjadi perhatian majikannya itu. "I don't know what kind of person you are. You have a beautiful face and I really hope you have beautiful manners too." - SYED FALIQ. Pertemuan demi pertemuan, JANNA ingatkan FALIQ akan membenci dia. Tapi dia salah. Serasa mahu luruh jantungnya bila FALIQ memperkenalkan dia sebagai bakal isteri kepada keluarga lelaki itu. "I ada prinsip hidup. Once I cakap I akan jaga you, that means, I memang akan jaga you." - SYED FALIQ Maka, perkahwinan antara mereka terjadi. Perkahwinan yang dibina tidaklah seteruk apa yang Janna bayangkan walaupun ia bukan berlandaskan rasa cinta. Tapi masalahnya, JANNA bukan menantu pilihan DATIN SRI SOPHEA. Bila sudah bergelar isteri kepada FALIQ, dia harus mengambil hati si ibu mentua. Tapi, mampukah dia untuk bersaing dengan si menantu pilihan?