XiaoYee648's Reading List
14 stories
DARLEN ROSE by Ellylovestory
Ellylovestory
  • WpView
    Reads 35,024
  • WpVote
    Votes 2,920
  • WpPart
    Parts 41
SINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi tidak Darlen Rose! Siapa tidak mahu berkawan dengan anak tunggal Tan Sri Eyan Walker pemilik Empayer Hartanah terkenal di seluruh Bandar Kota Besar itu? Bukan hanya perempuan sahaja yang berebut-rebut hendak berkawannya, para jejaka juga tidak melepaskan peluang hendak menjadi teman lelakinya. Ketika Darlen sedang seronok mengecapi zaman remajanya,tiba-tiba sahaja papanya,Tan Sri Eyan Walker menunangkannya dengan Shawn Andre. Darlen yang tidak mengetahui siapa sebenarnya Shawn Andre mengikut sahaja kemahuan papanya kerana dia punya banyak cara untuk memutuskan ikatan itu. "Saya tahu kau setuju bertunang dengan saya sebab duit saya kan.Kau ingat saya percayakah lelaki macam kau ni mahu khawin sama saya tanpa niat apa-apa.Entah dari mana dady pungut kau ni lepas tu tiba-tiba suruh saya jadi tunang kau pula.Gila!!" -Darlen Rose. Tapi semuanya berubah bila Tan Sri Eyan Walker dan Puan Sri Anatasia Jane meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.Kehidupan Darlen Rose berubah 360 darjah dalam sekelip mata sahaja.Apakah yang terjadi. Mengapakah dia perlu menerusakan pertunanganya dengan Shawn Andre? Siapa lelaki itu?Mengapakah ayahnya mewasiatkan semua hartanya pada Shawn Andre dan kenapa bukan kepada Darlen Rose. " Biarlah dia mak,orang macam tu perlu di ajar.Dia tu sudahlah gemuk,tak cantik lepas tu tak pandai buat apa-apa.Yg dia tahu tahu makan tidur merungut.Itu saja !! - Shawn Andre. Ketika Darlen Rose bersedih muncul pula Aiden John yang melayannya bagaikan puteri.Darlen Rose mula terharu akan keikhlasan Aiden John.Namun ikhlaskah lelaki itu padanya?.
SPLIT by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 80,999
  • WpVote
    Votes 3,060
  • WpPart
    Parts 30
Split maksudnya pecah. Ini kisah seorang manusia yang entitinya pecah kepada beberapa orang yang pelik-pelik perangainya. Mikael - Domain. Lelaki yang terpaksa bangun hari-hari untuk menempuh hari-hari mencabar tanpa dia duga. Bukan senang nak kawal emosi dan perasaannya. Tapi apabila dia leka, akan ada entiti lain yang akan ambil alih. Sudahlah ambil alih, kalau buat pasal, tak ke tiba-tiba dia yang kena selesaikan bila entiti itu pergi? Hafez - Entiti kedua yang sangat kuat. Kemunculan dia adalah sekerap mana Mikael sedar. Kenapa? Sebab Mikael manusia yang sangat susah untuk mengawal kemarahannya. Hafez yang bersifat protective. Tapi pada masa yang sama, sangat annoying! Ikut kepala dia, Degil! Dan dia sentiasa menang. Kalau Allah kata TAKKAN JUMPA, sampai kiamatlah kalau kau berjiran pun, kau takkan jumpa dia. Setahun lebih duduk di kondominium yang sama tetapi Mikael dan MAryam tidak pernah berjumpa. Kun Fa Ya Kun, bila Allah kata, jadi.. maka jadilah. Dan pertemuan mereka bukan memberi impak yang kecil untuk kehidupan mereka. Tetapi pertemuan mereka adalah antara sebab Allah ingin buka mata mereka untuk menyelesaikan apa yang tidak selesai. Jatuh cinta itu perkara biasa. Tapi macam mana Maryam nak hadap kesemua entiti? Macam mana nak toleransi dengan Hafez kalau setiap kali mereka jumpa, asyik nak bergaduh tarik-tarik rambut aje. Personaliti Mikael yang lain? Nak tahu, kena duduk hadap cerita ni. :D
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,353
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
Bitch... Me?  by BuahhatiJP
BuahhatiJP
  • WpView
    Reads 128,188
  • WpVote
    Votes 7,708
  • WpPart
    Parts 18
"How dare you!!! Saitan!! She's my wife!!!!" Peter. Peter memberikan tendangan tepat di kepala Ah Hiong. Pemilik pub terkemuka itu jatuh ke lantai dan hidungnya berdarah. "Peter!! Tunggu dulu! Kau salah faham!!" Ah Hiong. "Aargggrr!!!!" Peter memberikan lagi tendangan mautnya. "Kau memang saitan!!! Kejora tu wife aku!! She is mine!!!" Peter. "Hoi!! Kalau betul dia wife kau, kau nda kan biarkan dia dilayan seperti itu!!! Kau memang nda layak pun sama dia!!!" Ah Hiong. "Anjing!!!!!!" Peter. Peter terus memberikan tendangan dan tumbukkan padunya. "Ah chai! Kasih tunjuk dia itu cctv!!!" Ah Hiong. Ah Chai mengeluarkan telefon pintarnya. Dia membuka galeri dan berikan pada Peter. Dengan matanya sendiri Peter melihat Ryan mengheret Kejora. "Saitan kau Ryan!!!" Peter. "Peter! Kita brothers! Aku memang langsi, tapi aku tak makan brothers punya barang. Kau tengok sendiri apa Ryan buat!!!" Ah Hiong melepaskan marahnya. "Kejora tau kau nda kan percaya cakap dia!! Sebab tu aku tolong dia rekod kelakuan Ryan!!!" Ah Hiong. "Arrggg!!!!!" Peter. Peter menghempas meja dan menendang kerusi. Keadaan pub itu huru hara dan hancur binasa kerana Peter. Siapa Kejora sebenarnya? Apa kaitan Kejora dengan lelaki yang menghampirinya? P/s ini adalah cerita pertama saya yang mengandungi 🔞🔞🔞 jadi yang bawa umur tu sedar2 diri juga ya. Jangan bantaton mau baca2 kalau masih underage. Jangan minta puji ok... Ni amaran keras.
Rindu Awak 200% by iamnazuren
iamnazuren
  • WpView
    Reads 7,643
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 6
ZILL FAEZRUL IQBAL - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang, tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya, rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku-sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Mencintaimu Mr.Photographer by aliyashafika
aliyashafika
  • WpView
    Reads 70,583
  • WpVote
    Votes 1,181
  • WpPart
    Parts 39
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat. "Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?" - Jemy Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal! "Saya nak kerja sini." - Aira Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta. "Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!" Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model. Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata. Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
Devil of My Life (Book 1) (Terbitan June 2017) by misselle_
misselle_
  • WpView
    Reads 651,015
  • WpVote
    Votes 8,039
  • WpPart
    Parts 19
Bermula dengan pertemuan dengan seorang anak guaman disebalik 'pagar besi', hidup Rasya Imani berubah sepenuhnya apabila dia diculik oleh anak guamannya sejurus kes itu selesai. Nasibnya malang apabila dia diculik dan dibawa ke sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Sebuah pulau yang penuh dengan kuncu-kuncu si 'Devil' yang ganas dan bersenjata. Silap sikit, mungkin kepalanya bakal hancur ditembusi peluru kuncu-kuncu si 'Devil' yang sentiasa berkawal diseluruh pulau tersebut. "Perlu ke kau culik aku macam ni?. Kau tahu kan apa akibatnya dari perbuatan kau ni?." ~ Rasya Imani. "Aku memang dilahirkan untuk melanggar undang-undang. Dan kau pula? Dilahirkan untuk pertahankan aku dengan pengetahuan yang kau ada didalam mahkamah." ~ Norman Daniel Eduardo. "Bukan ke kita ibarat pasangan yang serasi? Kau tak rasa ke tanpa penjenayah macam aku ni, peguam macam kau tak akan dapat kerja?." ~ Norman Daniel Eduardo. "Kau nak apa sebenarnya dari aku, Daniel?. Aku dah sedaya upaya bantu kau dan kes kau pun dah selesai. Tolonglah lepaskan aku. Kau nak apa?!. Beritahu aku cepat!. Aku tak ada masa nak layan kegilaan kau ni la, Daniel!." ~ Rasya Imani. "Aku nak kau.. Welcome to hell, Rasya!" ~ Norman Daniel Eduardo.
I LOVE YOU MR REPLACE by Ellylovestory
Ellylovestory
  • WpView
    Reads 56,077
  • WpVote
    Votes 1,975
  • WpPart
    Parts 34
Iker Andrian menggantikan Iker Daniel untuk berkhawin dengan Holly Hanna di hari perkhawinan mereka. Dia terpaksa bersetuju di sebabkan kembarnya itu berjanji akan kembali semula selepas satu Tahun berkerja di luar negara. Holly Hanna gembira di hari perkhawinan nya.Namun keliru dengan perubahan sikap suaminya itu yang dingin dan tidak pernah mahu menyentuhnya. Seolah-olah lelaki itu sangat asing baginya.
Red Butterfly Season 4 by BuahhatiJP
BuahhatiJP
  • WpView
    Reads 30,492
  • WpVote
    Votes 1,843
  • WpPart
    Parts 12
"I swear by a god name..no one cant replace you in my heart baby..no one.." Christian. "So tell me the truth Christian! tell me!!" Berly "I will..but not now baby. please..Im begging you for this time. please trust me.." Christian menarik Berly dalam dakapannya. wanita itu masih tetap berkeras. masih mempertahan egonya. masih membiarkan rasa syak wasangka dan cemburu menguasai emosinya. "Please baby.." Christian. "Tell me Christian..tell me..dont make me hate you..because I hate that feeling..." Berly merenung tajam ke wajah Christian. "Yeah daddy! tell us! dont lie! no..no..no...!" Kyla menggoyangkan jari telunjukkan ke kiri dan ke kanan. kemudian dia berdiri sambil memeluk tubuh sama seperti Berly. Christian menggaru kepalanya. "Baby..see..now Kyla act like you..please baby..I promise,I will tell you but not now..please..Kyla please.." Christian memandang Berly dan Kyla. pandangannya beralih pada Ayden yang sedang duduk di meja sambil menyiapkan kerja rumahnya. "Ayden..help me.." Christian. Ayden geleng kepala. "You the one who make a trouble dad..now you sattle it. Im out of that..sorry dad..cant help you this time.." Ayden angkat lap top dan terus keluar dari bilik labrary. Pandangan Christian beralih pada Berly dan Kyla. isteri dan anak perempuannya itu berkongsi sifat yang sama. mereka sama-sama memiliki sifat cemburu yang tinggi. "Please baby..my princess..please.." Christian melutut. "N.O!" Serentak Berly dan Kyla sambil membuang muka.
ZURIAT BY ELLY LY by FaySerena
FaySerena
  • WpView
    Reads 7,988
  • WpVote
    Votes 324
  • WpPart
    Parts 24
Sad story written by Elly Ly. I do not own this story. derived from facebook. Kisah tentang seorang wanita bergelar isteri yang hidup bahagia...suami, kasih sayang dan harta semua dia miliki cuma satu yang belum dia miliki..ZURIAT. Bila dia di sahkan mengandung...suami yang di cintai telah pergi hanya kerana tidak dapat menerima sejarah hidup masa lalunya yang terbongkar dan juga atas hasutan mertuanya.