lizabasri's Reading List
45 stories
[EBOOK] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 418,820
  • WpVote
    Votes 2,761
  • WpPart
    Parts 8
Dia pembantu rumah. Dia anak majikan. Dan perasaan itu... tak sepatutnya wujud. Mya Elmira hanya mahu menjalani hidup dengan aman. Patuh, diam, dan tidak menimbulkan masalah. Itu prinsipnya sejak bekerja di rumah keluarga Rayyan Mikhael. Namun segalanya berubah apabila Rayyan Mikhael pulang. Dingin, baran dan penuh ego, Rayyan tidak pernah memandang Mya sebagai sesiapa yang penting. Tetapi semakin dia cuba menjarakkan diri, semakin kuat Mya hadir dalam hidupnya. Di antara jeritan, salah faham dan jurang status, lahir satu perasaan yang tidak pernah dirancang. Apabila cinta mula menuntut keberanian, adakah Rayyan sanggup melawan dunia demi gadis yang dipanggil his little maid? _______________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️PERGI JAUH LA ASYIK NAK SERIUS JE. ⚠️MAAF KESALAHAN TYPO DAN TATABAHASA. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE KALAU TAK SUKA BOLEH STOP BACA.
KYAIRA by Mrs_Lope
Mrs_Lope
  • WpView
    Reads 1,115,998
  • WpVote
    Votes 17,169
  • WpPart
    Parts 31
SOPHIE KYAIRA seorang yang keras kepala dan sosial.. Kesenangan yang dia miliki makin buat dia semakin angkuh.. Kerjaya dia sebagai model buat Kyaira lupa akan sikap merendah diri.. Tiada siapa yang mampu bantah dan kawal Kyaira.. Bagi dia hidup dia biar dia yang aturkan sendiri orang lain tak perlu serabut kan kehidupan sendiri hanya disebabkan kehidupan dia ADAM ISKANDAR seorang lelaki biasa yang berkerja sebagai driver kepada tan Sri Sulaiman.. Dan disebelah malam hanya mengambil upah mengajar kanak2 mengaji.. Dia bukan ustaz tapi hanya insan biasa yang tiada apa2 jawatan atau panggilan.. Ketenangan kematangan dan murah dengan senyuman buat dia disenangi orang.. Bagi dia tiada apa yang perlu disombongkan kerana setiap manusia adalah sama tiada yang beza.. --Cerita ni ada unsur keju2.. Yang bawah umur tu baik tak payah baca lah.. Pergi baca buku sana.. Hekhekhek..
The King Of Aarayan (Completed) by MissAeygo___
MissAeygo___
  • WpView
    Reads 1,151,071
  • WpVote
    Votes 53,504
  • WpPart
    Parts 50
Genre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. Tiada adik beradik mahu pun saudara mara. Dia hidup bersendirian. Dia hidup sebatang kara, ibu bapa nya meninggal dunia kerana dibunuh oleh lelaki durjana. Tan Sri Tengku Hafidz. Nama yang sering bermain difikirkannya. Lelaki itu yang membunuh ibu bapa nya. Orang sekeliling nya menganggap Ixora Yasmin seperti tiada kehidupan. Alhamdulillah, Ixora Yasmin menjadi seorang doktor pakar hasil usaha nya sendiri. Seorang lelaki tiba-tiba tersungkur di hadapan pintu rumah nya dengan berpakaian serba hitam seperti perisik. Yang paling terkejut, lelaki itu mempunyai pistol di dalam poket kecil nya di peha. Mikhail Arayyan, nama lelaki itu. Ixora Yasmin terpaksa menjaga lelaki itu buat sementara waktu sehingga dia lelaki itu betul-betul sembuh. Paling dia terkejut, lelaki ni adalah seorang perisik yang dikehendaki oleh oleh pihak agensi lelaki itu kerana melarikan diri ketika menjalankan satu misi yang besar. "Saya tak nak simpan penjenayah besar dalam rumah saya." Ixora Yasmin. "Aku bukan penjenayah. Aku perisik." Mikhail Arayyan. Mahu tak mahu, Ixora Yasmin terpaksa menyembunyikan identiti lelaki itu. Kesunyian Ixora Yasmin, di penuhi oleh suara Mikhail Arayyan yang banyak mulut. Pelik! Kata perisik, tapi macam bukan perisik. Namun setelah mengetahui siapa Mikhail yang sebenar. Ixora mula berjaga-jaga supaya tidak mudah untuk jatuh cinta. Dia tidak layak untuk bersama dengan Mikhail. Namun, kehadiran seseorang dalam hidup Mikhail sedikit sebanyak membuatkan Ixora iri hati dan cemburu melihat kemesraan mereka berdua. "Kiss my lips, just one minute only." Mikhail. Author syorkan baca story ni. Baca sinopsis macam gempak kan? Cerita ni tak banyak sangat sweet. Tapi sumpah ah best! Author akan buat yang the best.
Architect Milik Dia by skyaaz
skyaaz
  • WpView
    Reads 206,461
  • WpVote
    Votes 8,436
  • WpPart
    Parts 34
Ardeana Reesa, elegant dan bergaya namun pelik minatnya. Dia mempunyai kisah sedihnya tersendiri. Syed Haiqal, seorang playboy merangkap CEO Verna Holdings. Dia menyesali perbuatannya dalam satu peristiwa dahulu. Mimpi ngeri sering menghantuinya tiap malam. Dia sering ego terhadap Ardeana. "Sukahati saya la nak suka bunga ni! Bunga rose biru ni cantik apa!"-Ardeana Reesa "I rsa you ni buta kot. Bunga ni bknnya wujud pun."- Syed Haiqal Outfits selalu hitam, kasut asyik merah dahtu sekarang rupanya Ardeana ni memang minat dekat ros biru pulak dah! "Saya memang minat dekat benda yang tak wujud atau benda yg org jarang minat"-Ardeana Reesa "You ni memang pelik dari lahir ke?"-Syed Haiqal "I suka you. You maybe pelik tapi, I sanggup tunggu you, sebab you're my Angel Red Shoes."- Nik Aiman Ros biru itu menyingkap rahsia masing-masing. Apakah kaitan ros biru itu dalam kehidupan Ardeana dan Haiqal? Adakah Ardeana Reesa milik Syed Haiqal?
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡ by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,796,738
  • WpVote
    Votes 54,955
  • WpPart
    Parts 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah berubah tapi aku tak menyangka.. Perkahwinan ini rupanya bukan atas dasar cinta tetapi hanya dipegang kerana bisnes.. Bila hati aku sudah sayang, dia lukakan hati aku.. Kerana, dari awal aku bukan pilihannya "Dia bukan pilihan aku. Perkahwinan ini atas dasar business. Dia senang ditipu maka dia mangsa aku. She's not my taste."-Karl. "Dari awal abang memang nak beritahu Aira, Karl memang ada niat tersembunyi nak kahwin dengan Aira."-Fakhrul. "Mulai saat ini,aku takkan percayakan sesiapa."-Aira.
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 840,856
  • WpVote
    Votes 28,058
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)
Oh! My Husband Tengku(HIATUS) by norlisahsanusi
norlisahsanusi
  • WpView
    Reads 412,219
  • WpVote
    Votes 9,129
  • WpPart
    Parts 44
#DALAM PROSES PEMBAIKAN💕 Kisah seorang gadis yang bernama Dayang Batrisha yang hidup sebatang kara kerana kematian kedua ibu bapanya dituruti dengan ibu bapa saudaranya serta abang sepupunya akibat kemalangan jalan raya. Selama setahun hidup bertiga dengan kakak kandungnya iaitu Aina Batrisha dan sepupunya iaitu Akmal kusyairi. Mereka akhirnya terpisah. Akmal diambil oleh nenek belah ibunya untuk dijaga. Manakala Aina Batrisha kakaknya pula yang tiba tiba menghilangkan diri ntah kemana pada umurnya masih 17tahun lagi. Dengan kekuatan yang ada Dayang menempuhi segala dugaan dengan seorang diri sehinggalah munculnya Hamba Allah datang menghulurkan bantuan dan mengambilnya anak angkat. Umur sudah menjejak ke 24tahun Dayang dikejutkan pula dengan lamaran Tengku Fahrin Suhaimi aka abang angkatnya secara tiba-tiba. Dayang terima ke lamaran Tengku Fahrin tu? Mampukah Tengku Fahrin mengubah kesedihan kepada kebahagiaan untuk Dayang? Mampu kah Tengkuh Fahrin melupakan Cinta pertamanya? Nak tahu apa yang berlaku mehh lah baca 😂🤗
B2 : Aniq Hawwaz by Serai_
Serai_
  • WpView
    Reads 47,923
  • WpVote
    Votes 1,798
  • WpPart
    Parts 13
Sambungan Cinderella untuk Mafia. Masih ingatkah dikau akan si dia? Dia ialah bukti cinta diantara Alesha dan Fawwaz. Ia juga merupakan amanah terakhir sang isteri kepada si suami. Aku, Aniq Hawwaz. Kau pun tahu ibu kandung aku dah mati kena bunuh. Tapi aku bukan macam novel, last last baru tau kebenaran. Aku tau dari aku kecil lagi. Aku tak kesah mana pun, sebab aku ada keluarga yang menyayangi aku sepenuhnya. Tapi, aku tak faham, kenapa sorang gadis ni suka sangat kat aku. Setiap hari ungkap kata-kata indah buat aku. Menyampah aku tengok. Sampai sanggup jatuhkan maruah demi nak kahwin dengan aku. " Kau kenapa lah bodoh, asyik kejar aku je " rungut Aniq Hawwaz. " Sebab tanpa awak, saya tak boleh hidup" balas Hannah Nur Rafa. Tak sangka, disebalik senyuman dan gelak tawa dia, tersimpan 1001 rahsia. Siapakah dia sebernanya? " Huh kau ingat aku bodoh sangat ke suka jantan macam kau " ujar Hana Start : 061217 End : -
S E P H I A by thenasyh
thenasyh
  • WpView
    Reads 2,800,219
  • WpVote
    Votes 37,378
  • WpPart
    Parts 56
Warning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.
Let Me Protect You by iamizzahizz
iamizzahizz
  • WpView
    Reads 182,502
  • WpVote
    Votes 9,224
  • WpPart
    Parts 24
Apabila sudah jodoh pasti akan bertemu jua. Tidak kira waktu, tempat dan cara berjumpa dengannya. Jodoh tidak pernah tersalah alamat kerana sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Begitulah kisah antara Adam Rayyan dan Inara Syifa. Pertemuan yang tidak diduga di pantai telah menyebabkan Adam terpaksa memperisterikan Inara Syifa semata-mata untuk menjaga keselamatan perempuan yang baru dikenalinya. Adam Rayyan seorang lelaki yang susah untuk menerima dan mencintai seorang perempuan. Baginya, perempuan hanya inginkan kemewahan yang dimilikinya dan semuanya bermata duitan. Kisah pahit yang dialami sebelum ini, telah menyebabkan dia menjaga Inara Syifa semampu yang mungkin. Kerana kecuaian dahulu, isterinya meninggal dunia dan dirinya diselubungi penyesalan yang tidak terhingga. Inara Syifa pula seorang perempuan yang lembut, naif dan mendengar kata. Tidak pernah melawan kata ibu bapa dan juga suaminya. Dirinya terasa selamat setiap kali bersama Adam Rayyan. Semakin hari semakin bertambah rasa cinta terhadap suaminya menyebabkan dia berusaha untuk meraih cinta si suami. Dapatkah Adam Rayyan menerima Inara Syifa dalam hidupnya sebagai wanita teristimewa selepas kematian isterinya? Atau terus bersama Inara Syifa hanya kerana ingin melindunginya dari bahaya?