.
2 stories
Luka Seribu Rindu (Wattpad Version) by YanaaAgasshi
YanaaAgasshi
  • WpView
    Reads 91,509
  • WpVote
    Votes 4,101
  • WpPart
    Parts 28
LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke dalam bekal makanan Mawar, itu cuma rutin harian Akram. Samseng kampung itu pernah menolak Mawar jatuh ke dalam perigi lama sampai satu kampung tercari-cari. Meski sudah meningkat dewasa, kebencian Mawar masih belum surut. Ada saja pertelingkahan antara mereka. Namun kerana adat langkah bendul, Mawar terpaksa menikahi musuhnya itu demi kebahagiaan adiknya. "Kahwin dengan aku jelah, Mawar. Aku kenal kau, kau kenal aku. Kau memang tak suka aku jadi tak payah aku pening kepala nak jaga hati kau." - Akram Hidayat. "Kau ingat eh, Akram. Aku setuju bukan sebab aku tak laku tapi sebab adik aku. Kau settle masalah kau, aku pun dapat settle masalah aku." Mawar Safiya. Huru-hura kah rumah tangga mereka? Atau mungkin benci berubah cinta seperti novel cinta klise? Dan rahsia apa yang Akram pegang sehingga mampu menggoncang seluruh isi dunia Mawar? Ikuti kisah romantik komedi mereka dalam Luka Seribu Rindu.
Sweet But Dangerous [EBOOK] by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 854,308
  • WpVote
    Votes 28,438
  • WpPart
    Parts 53
Siapa sangka lelaki popular seperti Tengku Adam akan bergabung dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sebuah projek akhir semesternya dengan seorang gadis kampung seperti Marissa Dania? Pertemuan tanpa rela hati dengan penuh rasa benci menyelebungi diri itu memang tidak dapat disangkal lagi. Namun disaat mereka mula mengenali diri antara satu sama lain, ada perasan halus mula mengetuk pintu hati kedua insan itu dalam diam. Sehingga Tengku Adam tekad untuk memperisterikan Marissa Dania ketika masih menimba ilmu di London. 4 tahun berlalu, Tengku Adam telah menjadi seorang CEO yang berjaya. Dia dikenali sebagai pemuda yang terkaya di Malaysia. Syarikat papanya yang kini sudah berubah milik semakin berkembang dengan pesat. Marissa Dania pula memulakan hidup yang baru bersama si celiknya. Dia sudah meninggalkan sejarah hitam dengan lelaki yang telah mempermainkan hidupnya. Ya. Suaminya itu hanya pergi dengan meninggalkan sepucuk surat. Surat yang begitu menyayatkan hati! Takdir menemukan mereka semula. Pelbagai rintangan yang dihadapi Dania kerana masih terikat dalam perkahwinan ini. Setiap satu persatu, dugaan dan ujian datang melanda dirinya tanpa henti. Sanggupkah dia mengorbankan nyawa anaknya hanya untuk bersama lelaki berbahaya seperti Tengku Adam? "You're sweet but so dangerous to be with."