Romance
4 stories
Tercipta Untukku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 22,366
  • WpVote
    Votes 454
  • WpPart
    Parts 10
(Adaptasi Daripada Filem terbitan Astro) Tajuk: Tercipta Untukku Penulis: Marissa Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-64-7 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan. Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia. “Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.” “Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?” “Lupa…” “Ngeee, muda-muda dah lupa.” “Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?” “Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.” Habis! Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya.
Shhh... I Love You by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 255,964
  • WpVote
    Votes 3,197
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Shhh... I Love You Penulis: Farisya Natasha Muka Surat : 528 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-24-2 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,894
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira
Aku, Dia dan Stiletto by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 42,559
  • WpVote
    Votes 931
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Aku, Dia Dan Stiletto Penulis: Sri Sarah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-83-3 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje. “Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF “Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.