my favourite story
9 stories
Gengster Terguris by Polkadot_Adwa
Polkadot_Adwa
  • WpView
    Reads 688,065
  • WpVote
    Votes 23,917
  • WpPart
    Parts 110
Alif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan diri kerana tidak tahan dengan keluarga sendiri. Dicurangi dengan kekasih dan kawan yang sanggup menikamnya dari belakang.Sejak itu, dia mula berjinak dengan dunia gengster. Baginya, cinta dan kasih sayang itu tak perlu ada dalam dirinya. Kehadiran Dayah membuat hatinya keliru. Kembali mendekatnya dengan kasih yang sangat dia rindu dan sayang yang dia cari...tapi dia tak nak tersakiti lagi... Dayah Hanya kerana ingin ingin menyambung pelajaran, dia terpaksa berhutang dengan Dato' Kamal. Sekarang dia perlu membayar hutang beribu-ribu atau berkahwin dengan Dato' Kamal. Baginya, berkahwin sama dengan dia mengulang cerita ayahnya. Kehadiran AD membantunya menyelesai masalah malah turut membuat hatinya bergetar. "AD..aku nak kau dan Farid jaga pompuan ni..jangan biar dia lari..Dato' dah janji nak bayar tinggi kita kalau tak terlepas sampai tarikh nikah dorang. Aku percayakan kau.." kata Johnny. "Ok...Janji bayar.." kata AD. "Aku tak mau kahwin dengan orang tua kerepot tu... hangpa paham bahasa dak ?? Dah la tua, miang,gemok.... aku tak mau la kawin dengan dia...lepaskan aku !!! Jangan sampai aku repot polis... !!! " Dayah menjerit dengan loghat Kedahnya. AD berkata " Eh, makcik...diam...!!! Jangan sampai aku selotape mulut kau. Bising tau tak ?? Tak payah nak loghat utara sangat kat sini. Buruk.. !! " Tolong aku.. -AD Tolong apa ? -Dayah Tolong diam..- AD. Pergaduhan itulah merapatkan mereka. Muncul Haikal kawan lama Dayah ketika menyambung belajar di Australia dulu. Dia menawarkan pekerjaan dan hatinya untuk Dayah. Aku tolong kau cari kerja sebab kau kawan aku Dayah. Ada lagi satu tempat kosong untuk kau kerja.. - Haikal. Dekat mana ? - Dayah Sini.. - Haikal menunjukkan hatinya. Apa kesudahan GT ?? Kena baca. :)
Annihilasi by AimanQuinto5
AimanQuinto5
  • WpView
    Reads 984
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 5
Pernahkah kau bayangkan manusia diancam kepupusan? Setelah berabad lamanya manusia mendiami bumi, kepupusan tidak pernah dibayangkan oleh mana-mana manusia. Bermacam-macam cara yang diusahakan untuk kekal sebagai makhluk yang paling berkuasa di atas muka bumi. Manusia terus membiak dan spesies homo sapien semakin berkembang. Tahun 2145, makhluk aneh muncul daripada perut bumi untuk memakan manusia. Manusia terpaksa bergelut bertarung untuk mengelakkan kepupusan. Mampukah teknologi masa depan menghalang kepupusan manusia atau ini lah penamat bagi tamadun teragung manusia? "Survival of the fittest." "Kill or be killed."
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,532
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
Pluto by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 11,169
  • WpVote
    Votes 960
  • WpPart
    Parts 25
(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kelas itu pergi atas dasar hendak mengumpul maklumat dan sampel dari Pluto. Perjalanan sukar mereka tempuhi, namun apabila sampai sahaja di Pluto, mereka sedar ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk terus hidup. Kerana ada yang yang mengancam nyawa mereka.
KAMI by Panda_Box
Panda_Box
  • WpView
    Reads 151
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 3
Kami merupakan kisah persahabatan antara sekumpulan manusia dengan satu semangat. Mereka belajar memahami kehidupan masing-masing. Keinginan seorang insan yang ingin hidup harmoni bersama semangat yang wujud di dunia ini telah menjadi satu kisah tentang mereka.
KEM SUMPAHAN by asuka_miyoko
asuka_miyoko
  • WpView
    Reads 217
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 4
Kem yang dirancang... Lain pula yang mendatang... Semuanya,terjadi kerana satu sumpahan... Itulah kem sumpahan... Sebenarnya,Tuhan itu lebih berkuasa... Tiada sesiapa yang lebih hebat dari-Nya... Apa yang terjadi itu suatu ketentuan.. Yang perlu mereka hadapi dengan ketabahan...
BLACK RIDER:THE SILENT ASSASSIN by Panda_Box
Panda_Box
  • WpView
    Reads 1,489
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 8
Mengisahkan seorang pembunuh upahan yang mempunyai kuasa untuk mencipta pelbagai benda yang terdiri daripada pelbagai unsur logam. Dia telah menyertai satu organisasi selepas dirinya menjadi bahan eksperimen mereka. Bersama dengan rakan sepasukannya,mereka telah menggegarkan satu dunia dengan aktiviti mereka. Black Rider tersenarai dalam orang yang dikehendaki dunia. Walaupun yang sebenarnya dia bukanlah penjahat. "Kematian Dalam Seribu Kehendak Maut" #BlackRider
Harris by Panda_Box
Panda_Box
  • WpView
    Reads 25,696
  • WpVote
    Votes 1,368
  • WpPart
    Parts 38
Mengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan satu ritual. Namun siapakah Harris yang dimaksudkan pada tajuk novel ini? Adakah dia pembunuh? Hero kisah ini? Persoalannya akan terjawap di dalam kisah ini. Kisah Harris ini lebih kepada unsur pembunuhan berbanding unsur seram. Elemen pembunuhan merupakan bahagian utama dalam novel ini. Walaupun novel ini tidak dikatakan logik tetapi novel ini mampu memberikan impak fantasi yang tinggi Maaf atas segala typo yang ada.