rozitaayob's Reading List
3 stories
Intern Di Hati Sang CEO by NadhilahRosdi
NadhilahRosdi
  • WpView
    Reads 27,338
  • WpVote
    Votes 414
  • WpPart
    Parts 72
Qeesya Aryssaa Imani, seorang pelajar tahun akhir jurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaya, bukan gadis yang mudah tunduk pada sesiapa. Berlidah tajam tetapi berhati lembut, dia dihormati kerana keberanian dan kejujuran dalam bersuara, walaupun terkadang disalah anggap. Kehidupannya yang penuh kasih sayang bersama umi, abi, abang dan anak saudara kesayangan membuatkan dia sentiasa berpijak di bumi nyata. Apabila dia bersama dua sahabat baik, Zahraa Humaira dan Nurin Ameera, ditawarkan tempat latihan industri di syarikat tenaga terbesar di Malaysia - Imras Oil & Power - hidupnya mula berubah. Hari pertama sahaja sudah menjadi detik permulaan perlanggaran takdir. Rayyan Zafriel Emran Bin Tengku Zariel Shah, pewaris tunggal empayar Imras Oil & Power, lelaki berjiwa dingin yang menyimpan sejarah luka masa lalu. Dia tidak pernah memandang perempuan lebih dari seorang pekerja, dan hatinya telah terkunci sekian lama. Namun segalanya berubah apabila seorang gadis intern dengan gaya berani dan mulut tajam melanggar egonya - dua kali. Perbalahan kecil antara mereka mula menyalakan api yang tidak dijangka. Dari benci, muncul peduli. Dari marah, hadir kekeliruan. Bila mereka dipaksa bekerja bersama dalam projek keselamatan tapak yang mencabar, keegoan dan prinsip diri mula diuji. Dalam dunia profesional yang penuh tekanan, mampukah dua insan berbeza dunia ini menafsir semula erti perasaan? Kerana kadang-kadang, cinta tak bermula dengan senyuman - tetapi dengan perlanggaran yang mencipta percikan takdir.
MRS. AWAKLAH!  by zatimuss
zatimuss
  • WpView
    Reads 380,831
  • WpVote
    Votes 11,917
  • WpPart
    Parts 29
" Apa niat kau setuju nak kahwin dengan aku? Duit? Harta?" Sinis percakapannya. Terguris hati Deanna Sufya mendengar bait bait hinaan lelaki yang kini sudah bergelar suami. Deanna Sufya seorang gadis cantik secantik ukiran namanya. Bergelar yatim piatu dibesarkan oleh Puan Khatijah ibu angkatnya. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Kasih sayangnya tidak berbelah bagi. Desakan dari keluarga Puan Fatimah dan Tengku Said menjadikan Deanna Sufya sebagai menantu mereka. Tengku Ryann Ziyad CEO Ryann Holding, personalitinya yang kacak, tubuhnya yang tegap menjadi igauan semua wanita di kota luas itu. Kisah pahit yang pernah terjadi 6tahun yang lepas mengajarnya untuk mempermainkan perasaan wanita. Semua wanita yang mengelilinginya hanya dijadikan sebagai hiburan. Fikirannya mula serabut apabila Puan Fatimah dan Tengku Said sudah meminang seorang wanita untuk dirinya. Puas dia membantah tapi tetap kukuh pendirian orang tuanya. Mampukah Deanna Sufya memiliki cinta Tengku Ryann Ziyad seorang lelaki yang sangat dingin semenjak bernikah dengannya? All written by Zatymuss ❤️
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 999,264
  • WpVote
    Votes 27,720
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?