SueidaSanchai's Reading List
3 stories
Dendam Seorang Cinderella by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 712,990
  • WpVote
    Votes 26,372
  • WpPart
    Parts 66
Elyana, anak seorang pembantu rumah telah didera oleh Datin Sakinah, anak perempuannya yang gedik, Aishah Ilya dan anak lelakinya yang sombong, Idham Fauzi. Hanya Dato Munir yang menyayangi Elyana seperti anak kandungnya sendiri. Satu hari, di majlis perkahwinan Idham, tunangnya Raziah tidak sampai-sampai ke dewan majlis, dan Elyana dipaksa berkahwin dengan Idham sebagai pengganti Raziah demi menjaga air muka keluarga mereka. Selepas kahwin, Elyana tidak dilayani seperti seorang isteri dan Idham berfoya-foya dengannya dan Raziah berjanji dengan bekas tunangnya itu akan merampas dia kembali daripada Elyana. Raziah dan Idham ditangkap khalwat dan mereka berdua disahkan berkahwin. Elyana rela dimadukan namun dia sering didera oleh Raziah. Satu hari, Raziah telah merancang untuk membunuh Elyana dengan membakarnya di dalam rumah hidup-hidup. Namun sebenarnya Elyana berjaya melarikan diri dari ruah namun wajahnya sudah terbakar dan sudah tidak memiliki wajahnya yang dulu. Dia dijumpai oleh Datin Hasliza, pemilik syarikat fesyen dan janda yang kaya itu menanggung perbelanjaan pembedahan plastik yang perlu dibuat oleh Elyana. Elyana mendapat wajah lain dan baharu dan dijadikan anak angkat oleh Datin Hasliza. Setelah mengetahui akan kisah silamnya, Datin Hasliza merancang untuk menolong Elyana membalas dendam terhadap keluarga Dato Munir. Adakah misi Elyana akan berjaya? Highest peak : #25 in Romance (6/6/2017) Status : Ongoing
Cinta Last Lap by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 1,868
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 3
Cinta Last Lap - Peanut KarnaDya Publishing Sdn Bhd Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016 Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon isteri pilihan bapanya. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, Nazirah terpaksa menempuh perkahwinan tersebut. Namun begitu, sampai bila hati ini mampu bertahan jika terus dihimpap dengan kata-kata kasar apatah lagi apabila Nazirah mendapat tahu bahawa perkahwinan ini bukanlah setakat penyatuan antara dua keluarga tetapi suatu lakonan demi kepentingan Ryan sendiri. "Kalau macam tu, berapa lama awak nak kita teruskan lakonan ni? Sebulan? Dua bulan? Atau seminggu? Tapi saya lebih suka seminggu..cukup tak agak-agak untuk memperbaiki nama baik awak tu, En.Ryan? Atau awak perlukan surat perjanjian? Saya tak kisah.." ~ NAZIRAH. Namun hari demi hari, saat Zira hampir berputus-asa dengan perkahwinannya ini, hatinya kembali terpikat dengan sikap aneh Ryan terhadapnya. Bagi Ryan pula, kehadiran Nazirah dalam hidupnya seolah-olah mengembalikan suatu perasaan istimewa yang tak pernah dia rasai sebelum ini. "Siapa kau ni? Kenapa aku boleh rasa macam ni bila tengok kau? Kenapa hanya kau je yang mampu buat aku jadi macam ni? Kenapa aku macam boleh dengar dan nampak kau sedangkan kau tak ada kat sini? Sejak bila aku jadi macam ni? Tapi kenapa? Aku tak ada apa-apa perasaan terhadap kau..sikit pun tak ada..kan? Sepatutnya macam itu..kan?" ~ RYAN. "Itu hak kau tapi, suatu hari nanti..kau akan sedar juga. Kitorang tak pernah bercinta pun tapi sekurang-kurangnya..kitorang tahulah juga apa itu cinta dan apa akan jadi kalau seseorang tu dah angau. Hah, macam kau tulah..cakap sorang-sorang. Silap hari bulan, boleh terbayang-bayang Zira tu..itu namanya..angau.." ~ ADAM. Mampukah seorang lelaki yang suatu ketika dahulunya membenci wanita, meluahkan kata-kata cintanya? Dari mana datangnya kebencian Ryan terhadap wanita ini?
AMBER (18+), SEASON 1 & 2. Completed. by ReneePearlStoryBook
ReneePearlStoryBook
  • WpView
    Reads 356,425
  • WpVote
    Votes 8,699
  • WpPart
    Parts 38
Mengisahkan Amber, seorang gadis berasal dari Putatan, Sabah yang merupakan anak tunggal dan anak manja kepada Mr Gabriel dan Mrs Suzie. Setelah habis SPM, Amber berhasrat mengambil kursus dalam bidang kecantikan, namun mendapat tentangan daripada bapanya kerana dikatakan tidak memberi manfaat kepada masa depannya. Namun, setelah berusaha memujuk bapanya, maka dia pun dibenarkan mengambil kursus pendek bersama rakanya, Collette. Kehidupan berdikari memberi banyak pengalaman baru kepadanya, dalam masa yang sama dia telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Cliff, yang juga merupakan abang kepada rakan baiknya, Collette. Adakah Cliff merupakan first and last love kepada Amber? Dapatkah mereka mempertahankan cinta mereka? Please follow... Note: Cerita adalah dalam versi Sabahan.