vongraceijien
I'jien Gracevon@copyright protected ©2019
Lang: malay, english
Genre: thriller, shortstory
Cerita ini hanya rekaan saja. Dilarang mencetak, kongsi atau meniru setiap karya yang saya tulis. Kisah di dalam cerita ini hanyalah imaginasi saya sendiri. Sesiapa yang saya dapati meniru, mengongsi, mencetak dan mengubahsuai cerita ini, AWAS!!
PERHATIAN! CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR2 KEGANASAN DAN PEMBUNUHAN KEJAM! PENGUNAAN PERKATAAN KOTOR TIDAK DITAPIS! HARAP MAKLUM! 🔞
■ TEDDIE THE CAKE EATER nama gelaran yang diberi kepada seorang lelaki psikopat. Sikapnya yang baik hati, suka bermesra serta minat dalam membuat kek sungguh dikagumi oleh penduduk setempat di sebuah pekan terpencil bernama Arizona. Tetapi disebalik kemesraannya, dia sebenarnya mempunyai masalah mental yang teruk akibat dari keganasan yang telah berlaku kepada dirinya ketika berumur 5 tahun dan tiada sesiapa pun yang tahu tentang kesihatan mentalnya. Dia telah menetap di pekan Arizona bersama ibunya selepas kedua-dua orang tuanya bercerai. Namun, ketika dia berusia belasan tahun, ibunya telah meninggal dunia. Ia mengakibatkan Teddie menjadi murung dan suka bersendirian sehinggalah dia berumur puluhan tahun.
■ Sewaktu ibunya masih hidup, dia sering mengajar Teddie cara-cara untuk membuat kek yang sedap. Dari situ, Teddie telah mempelajari ilmu yang telah diturunkan oleh ibu kandungnya. Ia adalah salah satu mata pencarian Teddie di pekan tersebut. Dia juga seorang yang gemar memakan kek dan tidak suka bila orang mengambil kek tanpa memaklumkan padanya dahulu.
■ Semuanya berubah semenjak kedatangan seorang gadis bertubuh gempal bernama Shiona yang baru sahaja berpindah ke pekan itu bersama keluarganya.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cerita ini, baca sehingga habis...
Rank▪#1-Cake (30/8/19)