bberlynaaa
- Reads 9,689
- Votes 579
- Parts 5
Mereka dikenali sebagai pelindung undang-undang.Memakai lencana, memegang senjata, dan menjalankan misi atas nama keadilan.
Fattah Asyari, Mike, dan Marcus kelihatan seperti barisan hero sempurna. Tenang, berdisiplin, dan tidak pernah gagal. Setiap operasi jenayah yang mereka sertai berakhir dengan kemenangan. Setiap perompak yang diburu jatuh ke tangan mereka. Terlalu sempurna... seolah-olah semua langkah telah dirancang lebih awal.Namun kebenaran jarang berpihak kepada yang kelihatan suci.
Di sebalik penyamaran itu, tersembunyi satu agenda yang jauh lebih gelap.Dendam yang dipendam bertahun-tahun. Apa yang mereka lakukan bukan semata-mata untuk menegakkan undang-undang, tetapi untuk merampas kembali hak dan harta yang telah dicuri secara sistematik oleh mereka yang berkuasa, termasuk mereka yang bersembunyi di sebalik seragam yang sama.
Ketika bandar semakin tenggelam dalam kekacauan, muncul seorang lelaki misteri yang mengatur segalanya dari belakang tabir. Identitinya kabur, kehadirannya jarang disedari, namun setiap gerakan musuh sentiasa berada selangkah di hadapan rancangannya.Dia adalah arkitek kepada kehancuran yang terancang.
Kehadiran lelaki itu membangkitkan sesuatu yang lama terpendam dalam diri Fattah.Serpihan memori yang kabur, mimpi tentang masa silam, dan rasa kehilangan yang tidak pernah mampu dijelaskan.Semakin kebenaran menghampiri permukaan, semakin jelas bahawa permainan ini bukan sekadar tentang jenayah atau kuasa.Ia adalah tentang dua jiwa yang terpisah oleh tragedi,tentang identiti yang dicuri,dan tentang keadilan yang hanya boleh ditebus melalui pengkhianatan.
Dalam dunia di mana undang-undang boleh dibeli dan kebenaran boleh dipadam,siapakah sebenarnya yang layak dipanggil hero?Apabila topeng-topeng itu akhirnya jatuh...adakah dendam ini akan membawa pembebasan atau kehancuran mutlak?