najmibrahim
- Reads 966
- Votes 93
- Parts 12
Kehilangan padahal belum pernah memiliki itu menyakitkan. Dimana harap telah membumbung tinggi, saling dekat, saling mengenali dan saling menggenggam erat.
Entah bagaimana kau pergi begitu saja dan aku? Aku pula tiada hak untuk meminta kau untuk terus bertahan.
Hari berganti hari bulan berganti tahun, begitu mudahnya bagi seorang jejaka melupakan segala kenangan bersama orang yang selalu dia dambakan kasih sayang manjanya.
Itulah kisah lalu Tiara binti Husin, seorang wanita yang masih lagi menuntut ilmu di Smk Tawau tahun ini.
Bertahun-tahun cuba untuk melepaskan, melupakan, mengikhlaskan segalanya namun apakan daya seorang gadis yang selalu bersikap memendam sesuatu untuk melakukan perkara yang dipandang rendah ini.
Begitu beratnya baginya.
Hadir pula jejaka lain yang pandai menceriakan hari-hari Tiara. Namun baginya cukuplah luka lamanya menjadi yang "terakhir".
Bagi jejaka baru bernama Syahmi itu tidak berputus asa untuk memenangi hati Tiara. Baginya juga semakin susah untuk menangkap sang puteri semakin syok hatinya kerana era kekayaan duniawi ini jarangnya ada wanita sebegini?
Berjayakah Syahmi memenuhi permintaan keluarga atau terpaksa melakukan perkara untuk keluarga yang dia sendiri tidak rela?
Mampukah hati sang puteri yang dahulu pernah dilukai, diguris, dibiarkan begitu saja dan langsung tidak dihargai untuk membenarkan jejaka tampan menjadi imamnya?
Saksikan pada bab 1💘